Group Information- Members: 4542
- Category: Islam
- Founded: May 8, 2006
- Language: English
|
Nur Ramadan: Hukum bersetubuh pada siang Ramadan
ABU Hurairah, berkata, “Ketika kami duduk di sisi Nabi SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki menemui baginda, lalu berkata: Ya Rasulullah, aku telah binasa dan sengaja membuat bencana”. Nabi bersabda: “Apa yang terjadi”. Orang itu berkata: “Aku menyetubuhi isteriku, sedangkan aku berpuasa”. Rasulullah bersabda, “Adakah anda mempunyai hamba perempuan untuk dimerdekakan? Lelaki itu menjawab: “Tidak punya”. Sabda Nabi lagi: “Adakah anda mampu berpuasa dua bulan berturut-turut iaitu tidak berbuka sehari pun dalam tempoh dua bulan”, Jawabnya: “Tidak mampu’. Sabda Nabi lagi: “Adakah anda memiliki makanan untuk 60 penduduk miskin,” Jawabnya: “Tidak punya makan sebanyak itu”.
Nabi terdiam, kami semua berdiam diri, tiba-tiba disampaikan kepada Nabi SAW sekarung kurma. Nabi bersabda: ”Mana lelaki yang bertanya tadi?”. Lelaki itu berkata: “Akulah orang itu”. Sabda Nabi, “Ambil semua kurma ini dan
sedekahkan”. Lelaki itu bertanya,” Apakah wajib bersedekah kepada orang yang lebih fakir atau miskin dari diriku? Ya, Rasulullah, Demi Allah, tiada satu keluarga pun yang berada di antara (sempadan) Madinah ini lebih miskin dari keluarga ku. Mendengar itu, Nabi SAW tertawa sehingga jelas nampak beberapa gigi taringnya kerana hairan mendengar keterangan sahabat yang amat miskin itu. Beliau terus bersabda,” Kalau demikian, berikanlah makanan itu kepada keluargamu saja - iaitu anak isteri anda,” 1839 Sahih Bukhari. sumber berita harian online 1 sept 2009 --- Pada Sel, 1/9/09, zaharuddin arahman <zaharuddin@...> menulis:
Daripada: zaharuddin arahman <zaharuddin@...> Subjek: 07 - [zaharuddin] Jawapan : Re: Bersetubuh waktu siang di bulan ramadan Kepada: "HASRY IBRAHIM" <bu2h_tin@...> Cc: "zaharuddin" <zaharuddin@yahoogroups.com> Tarikh: Selasa, 1 September, 2009, 2:10 AM
|
Open emails faster. Yahoo! recommends that you upgrade your browser to the new Internet Explorer 8 optimized for Yahoo!. Get it here! (It's free)
|
Ummu Waheedah <assakynah@...>
assakynah
Offline Send Email
|
Salam beriktu disertakan jawapannya. Seks Yang Diperselisihkan Sama Ada Dikenakan Kafarat Atau Tidak.
Para
ilmuan dari keempat-empat mazhab: al-Syafi’e, Maliki, Hanafi dan
Hanbali memiliki perbincangan yang meluas berkenaan hukuman kafarat bagi aktiviti seks selain A-1. Sebelum
menyenaraikan aktiviti seks yang dimaksudkan, ingin saya gariskan
bahawa sebahagian daripada aktiviti seks tersebut ada yang haram
hukumnya. Hanya dalam risalah ini, saya tidak membincang halal atau
haram aktiviti tersebut, sebaliknya memberi tumpuan kepada wajib atau
tidak hukuman kafarat bagi sesiapa yang
melakukannya. Hukum halal atau haram boleh dirujuk kepada sumber-sumber yang membicara Fiqh al-Mubasyarah secara khusus.
Aktiviti seks selain A-1 yang dimaksudkan adalah:
-
Seks antara lelaki dan wanita tanpa memasukkan zakar ke dalam faraj.
-
Seks antara jantina yang sama, iaitu lelaki dengan lelaki (gay) atau perempuan dengan perempuan (lesbian). Tidak dibezakan sama
ada jenis kemaluan adalah semula jadi atau melalui pembedahan.
-
Seks bersendirian seperti onani (masturbation), menonton tayangan lucah, membaca majalah lucah atau menggunakan alat-alat mainan
tertentu.
-
Seks dengan selain manusia, seperti seks dengan mayat (manusia yang telah meninggal dunia), jin, haiwan dan makhluk asing.
Bagi
aktiviti-aktiviti seks di atas, para ilmuan bersepakat bahawa ia
membatalkan puasa. Akan tetapi mereka terbahagi kepada dua pendapat
berkenaan hukuman kafarat:
-
Pendapat Pertama menyatakan hukuman kafarat tidak dikenakan kerana
aktiviti-aktiviti seks di atas tidak melibatkan zakar yang dimasukkan ke dalam faraj wanita.
-
Pendapat Kedua menyatakan hukuman kafarat
wajib dikenakan kerana sekali pun aktiviti-aktiviti di atas tidak
melibatkan zakar yang dimasukkan ke dalam faraj, ia tetap merupakan
suatu aktiviti seks yang memberikan kepuasan seksual kepada pelakunya.
Di antara dua pendapat di atas, yang rajih
(kuat) ialah pendapat kedua. Ini kerana aktiviti seks wujud dalam
pelbagai bentuk dan cara, dimana kesemuanya memberi kepuasan seksual
kepada pelakunya. Padahal ibadah puasa ialah menahan diri dari makan,
minum dan seks dari waktu fajar sehingga maghrib. Ia bukan makanan dan
minuman tertentu sahaja tetapi meliputi semua jenis makanan dan
minuman. Demikian juga bagi seks, ia bukan aktiviti seks yang
melibatkan zakar yang dimasukkan ke dalam faraj sahaja, tetapi
melibatkan apa jua aktiviti yang masuk dalam kategori “seks”.
Cara melaksanakan hukuman kafarat adalah seperti berikut:
-
Membebaskan hamba. Pada
masa kini tidak ada hamba yang wujud, maka ia tidak lagi dilaksanakan.
Pembantu rumah warga Indonesia bukanlah hamba, maka membebaskan mereka
dari kontrak kerja tidak termasuk dalam kategori ini.
-
Berpuasa dua bulan berturut-turut. Iaitu
berpuasa secara berturutan selama dua bulan mengikut kalendar Islam
(hitungan berdasarkan peredaran anak bulan). Jika seseorang itu
memutuskan perturutan ini dengan sengaja, maka dia wajib mengulangi
kesemua dua bulan tersebut dari awal.
Jika seseorang itu memutuskan perurutan ini dengan alasan yang syar‘i,
seperti musafir, sakit, kerja keras yang tidak dijangkakan (kereta
rosak di kawasan pendalaman), haid, hamil, menyusu dan bertembung
dengan hari yang dilarang berpuasa, maka terdapat dua pandangan di
kalangan para ilmuan:
a)
Dia wajib mengulangi kesemua dua bulan tersebut dari awal.
b)
Dia menyambung jumlah hari yang berbaki setelah alasan syar‘i tersebut hilang.
Pandangan yang rajih
(kuat) ialah dia hanya menyambung jumlah hari yang berbaki. Pandangan
yang pertama mustahil dilaksanakan oleh sesiapa jua dan ia menyelisihi
ciri-ciri istimewa syari‘at Islam yang sentiasa memahami
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh manusia sebelum menggariskan sesuatu
hukuman.
-
Memberi makan enam puluh orang miskin. Iaitu
memberi makanan yang mengenyangkan kepada enam puluh orang miskin.
Setakat ini saya tidak menemui hadis sahih yang menerangkan jenis
makanan mahu pun kadarnya. Tidak juga ditemui ukuran bagaimana
menentukan seseorang itu miskin atau tidak. Maka jenis, kadar dan
ukuran ini dirujuk kepada kebiasaan (al-‘Urf) masyarakat. Di bandar-bandar besar, makanan yang mengenyangkan lazimnya bernilai RM5.00,
terdiri dari nasi, satu lauk dan satu sayur. Jika di pekan-pekan kecil, makanan yang sama mungkin bernilai RM3.00.
Ada pun ukuran orang miskin, maka ia adalah berdasarkan penilaian orang yang dikenakan hukuman kafarat. Memadai penilaian secara zahir,
tidak perlu meminta penyata gaji atau melakukan temuduga kepada orang miskin yang bakal diberikan makanan.
Adakah Kafarat Dikenakan Atas Suami Sahaja Atau Suami Dan Isteri?
Terhadap pasangan suami isteri yang melakukan aktiviti seks di siang Ramadhan, adakah hukuman Kafarat dikenakan di atas suami sahaja atau
suami dan isteri? Persoalan ini berpaksi kepada hadis Abu Hurairah radhiallahu 'anh yang dikemukakan di awal risalah ini, dimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendiamkan
isteri lelaki yang datang berjumpa baginda. Sikap diam baginda menimbulkan dua pandangan di kalangan para ahli ilmu:
-
Isteri terkecuali kerana sikap diam baginda menunjukkan isteri tidak dikenakan hukuman kafarat.
Seandainya isteri dikenakan hukuman juga, nescaya baginda akan
menyebutnya kerana tidak boleh mendiamkan perkara yang memiliki hukuman
ke atasnya.
-
Isteri termasuk sama dikenakan hukuman kafarat. Ini kerana semua hukam Islam adalah sama antara lelaki dan wanita, suami dan isteri.
Tidak ada pengecualian kepada salah seorang dari mereka melainkan dengan dalil. Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendiamkan isteri lelaki yang bertanya, ia adalah kerana
isteri tersebut memang berada dibawah hukuman kafarat yang sama dengan suaminya. Seandainya isteri dikecualikan, nescaya baginda akan menyebut pengecualian tersebut.
Di antara dua pandangan di atas, saya memilih yang di pertengahan. Lelaki dikenakan hukuman kafarat bagai aktiviti seks yang dilakukan
bersama isterinya. Ada pun isteri, maka dia tertakluk kepada tiga keadaan:
-
Isteri turut rela, sama ada sebelum, semasa atau sesudah melakukan aktiviti seks dengan suaminya. Maka isteri dikenakan hukuman
kafarat.
-
Isteri
tidak rela melakukan aktiviti seks dengan suaminya, dari permulaan
hinggalah akhir. Maksudnya, isteri dipaksa melakukan aktiviti seks
padahal dia tidak menghendakinya kerana waktu pada ketika itu ialah di
siang Ramadhan. Maka isteri tidak dikenakan hukuman kafarat dan puasanya juga tidak batal.
-
Isteri
tidak rela melakukan aktiviti seks, tetapi terpaksa merelakan diri demi
menjaga kemaslahatan suami. Dibimbangi jika nafsu seks suami tidak
dilayan dengan baik, suami akan beralih mencari aktiviti seks yang
lain, yang haram hukumnya dan besar kemudaratannya. Maka isteri tidak
dikenakan hukuman kafarat tetapi puasanya
batal.
kredit to hafiz firdaus.. sekian
From: HASRY IBRAHIM <bu2h_tin@yahoo.com> To: zaharuddin@yahoo.com Sent: Monday, August 31, 2009 5:44:02 PM Subject: Bersetubuh waktu siang di bulan ramadan
Asalamualaikum Ustaz, Saya ingin bertanya :
1. Jika seseorang itu melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan ramadan,ketika baru hendak memulakan persetubuhan tersebut,air mani nya keluar sebelum dia sempat memasukkan zakar ke dalam rahim.soalan saya:
a. Wajib kah Kaffarah ke atas nya?
b. boleh kah dia memberi makan kpd anak2 yatim selain dari orang2 miskin jika kaffarah wajib ke atas nya?
c. jika pasangan(wanita) wajib kaffarah.bagaimana wanita tersebut hendak berpuasa selama 2 bulan tanpa henti,sedangkan wanita itu datang haid pada setiap bulan?
semoga saya mendapat jawapan dari kemusykilan ini..sekian
terimakasih.
|
|
zaharuddin arahman <zaharuddin@...>
zaharuddin@...
Send Email
|
|