| Telah termasuk secara tidak sengaja dalam otak, dada dan perut saya (terlintas) perkara yang boleh membatalkan iman. Saya segera menafikannya tetapi saya sering teringat perkara tersebut dan ia masuk berulang kali menyebabkan saya rasa gelisah dan ketakutan. Walaupun saya cuba melawan tetapi ia tetap menghantui kotak pemikiran saya. Apa saja yang saya lakukan dan fikirkan ia terus masuk ke dalam fikiran, dada dan perut. Saya khuatir dan menjadi takut untuk beraktiviti dan berfikir kerana takut ia masuk ke dalam hati saya. Saya menjadi keliru adakah ia lintasan iblis atau hati. ia menyebabkan saya sering menangis dan takut untuk bersama isteri saya. Saya harap ustaz dapat bantu saya cara mengatasinya. soalan saya Apakah batal akidah kerana perkara tersebut. (lanpmp@...) |