From: hanfeitsu <hanfeitsu_84@ yahoo.com>
To: hanfeitsu_84@ yahoo.com
Sent: Thursday, November 16, 2006 10:13:52 PM
Subject: [hanfeitsu] 11/16/2006 08:55:00 PM
Benarkah Drama Kiamat Sudah Dekat baik untuk 'kita'?

Hari ini seperti biasa, ruang lepak di tingkat atas rumah sewaku penuh dengan kawan-kawan yang datang menonton tv. Ramai yang menetap di kampus bertandang untuk tidur-makan- study-melepak- main futsal dan sebagainya di rumah ini.
Setiap petang yang tertentu, sesuai dengan jadual TV9, mereka akan bersama-sama dengan penghuni rumah ber'gelewak' di hadapan kotak ajaib untuk menonton drama Kiamat Sudah Dekat. Kata mereka cerita ni bagus, banyak pengajaran. Ya, mungkin...
Filemnya yang telah dipawagamkan beberapa tahun lepas, dibintangi Andre "Stinky" Taulany, Deddy Mizwar, Zaskia A. Mecca, M. Dwiki Riza, dan Anwar Fuady ini juga pernah mendapat pujian khusus dari Presiden SBY.Boleh berdakwah kepada golongan Rockers dan Mat Cintan
Kata seorang teman, "Baguh la crito ni, banyok mesej dio..mace ilmu ekhlas. Lagipun, kalu oghe-oghe biaso tengok, bagus, banyak unsur dakwah kat sini". "Hmm..mungkin juga" detik hatiku. Sebenarnya tahun lepas sudah ku tonton kisah ini sewaktu menumpang rumah Nuar, OR. Dan, bagiku ianya mampu merubah seseorang jika dilihat-tonton secara mendalam.
Dahulunya hanya ditonton melalui cd, namun sekarang hampir saban petang kita boleh menatapnya di kaca televisyen.
Melihat kepada kesungguhan seorang pemuda yang jahil, yang jauh daripada agama, kaki rockers, yang mahukan wanita solehah sebagai isterinya, hingga sanggup melakukan apa sahaja,
hinggakan sanggup berubah menjadi baik, maka hati mana yang tidak terpikat untuk menuruti plot cerita ini hingga ke akhirnya. Lagi-lagi, ada unsur lelucon oleh Pak Haji, Saprol, Nenek Laila, Gofar dan Kipli.Mungkin sudah ramai yang berubah setelah menonton dan mengikuti episod ini setiap hari. Mungkin.
Bagaimana dengan 'kita'?
“Kita” di sini pada kiraan saya adalah para pejuang Islam, aktivis agama. Sahabat-sahabat yang setiap petang menonton drama ini, tidak kira daripada pelbagai peringkat usia dan jawatan dalam PMIUTM, harus bermuhasabah kembali. Diriku sendiri juga saban hari tertipu dengan syaitan. Ya, aku juga kadang-kala menonton drama ini bersama kalian.
Bagiku, drama ini bagus dan sudah pasti kita diperingkat PAS ataupun jemaah-jemaah lain harus mengusahakan perkara yang sama juga demi memartabatkan Islam. Drama, filem, teater, konsert, cerekarama, spektra, radio dan segenap ruang yang ada dalam industri seni dan hiburan negara harus dimanfaatkan untuk menyebarkan Islam. Mengapa kita membiarkan Yasmin Ahmad dengan Sepet dan Gubra-nya terus mencarikkan jahitan dan sulaman Islam dalam masyarakat Melayu-Islam kita? Mengapa Remp-it dan semua adegan seks-nya dibiarkan terus melakukan jenayah budaya? Di mana hiburan dan seni alternatif untuk masyarakat?
Namun, silap kita di mana sahabat-sahabat? Silapkah menonton drama Kiamat Sudah Dekat (KSD) ini?
Aku lihat ada antara kita yang gemar menonton KSD kerana heroinnya yang cantik lumayan. Yang bertudung ayu sopan. Yang tersenyum manis dengan barisan gigi yang memutih indah. Pernah ku terdengar, “Ish, comelnya!”, “Aduh, tak sabar-sabar dah aku ni..”, “Hemm..hemm”, dan banyak lagi perkataan dan dengusan yang lahir sewaktu melihat keayuan wajah Sarah si heroinnya. Tidak kurang juga yang tersipu-sipu tersenyum sendirian apabila menonton adegan romantis mereka. Mesti kita pernah tengok muka orang waktu dia tengok tv kan? Ada ekspresi pada wajah kita apabila terlalu asyik dengan apa yang ditonton.

Di sini silap kita yang pertama sebagai pejuang Islam.
Kedua, pernah ku rasa amat kecewa dengan beberapa sahabat yang rela (baca:sanggup) meninggalkan gerak kerja jemaah semata-mata ingin menonton drama KSD. Suatu petang, telah diarahkan semua ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah untuk turun ke program ifthor bersama-sama dengan satu lagi kawasan yang berjiran. Kami menunggu sahabat-sahabat ini di sebuah restoren cukup lama dengan harapan mereka akan hadir. Namun, jawapan yang mereka berikan adalah mereka tidak berapa berminat untuk hadir semata-mata kerana ingin menonton KSD! Pejuang Islam ke ni? Lambat lagi PAS menang kalau beginilah sikap amilin kita.
Dan, setiap petang pada bulan Ramadhan juga, ramai antara kita yang bertenggek ramai-ramai di hadapan tv menonton KSD. Kemudian kita, secara ramai-ramai juga, bergelak ketawa dengan mulut yang menganga luas hingga memungkin semua jenis syaitan daripada seluruh pangkat masuk. Ya, terlalu lucu dengan lawak bodoh si Haji Ramli, Saprol dan Kipli.

Seharusnya waktu yang ada sebelum berbuka puasa itu, kita isi dengan taqarrub kepada Allah, membaca quran dan berdoa. Saat itu adalah antara waktu yang dimakbulkan doa-doa kita. Namun, aku dan kawan-kawan semua bergelak ketawa di hadapan tv menonton KSD! Sedihnya.
Perkara baik yang perlu diguna sebaiknya
Pada akhirnya, ayuh kita sama-sama muhasabah kembali diri ini. Jika tidak silap aku, depa kata petang tadi adalah episod terakhir KSD di TV9. Jika benar, Alhamdulillah syukur. Syukur atas banyak perkara.
Ku doakan agar Media Prima melalui TV9 akan terus menyiarkan perkara-perkara yang baik di tv.
Dan, kita pula, harus menggunakan benda yang baik, dengan sebaik-baiknya. Betul tak kawan-kawan?
--
Posted by hanfeitsu to hanfeitsu at 11/16/2006 08:55:00 PM
Bangun dan Berikanlah Peringatan
"Therefore remember Me. I will remember you and be grateful to Me and never be ungrateful to Me." (Al-Baqarah: 152)


Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/