|
Pendatang tanpa izin: Persoalan dalam dilema…
Segala macam persoalan,kontrovesi dan lempar melempar dakwaan berbangkit
sejak kerajaan mengambil langkah lebih tegas untuk menghantar para pendatang
tanpa izin pulang.Disebalik dilema kemanusiaan…bagi Malaysia ialah dilema beban
berbagai masalah yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan maupun rakyat negara
ini.Bak kata Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas sentimen anti
Malaysia berikutan tindakan itu bahawa bukan orang Malaysia yang buat benda
tidak elok di negara orang tetapi mereka datang tanpa dokumen perjalanan sah dan
buat hal di Malaysia. Tambahnya ada yang terlibat dalam jenayah termasuk
membunuh di sini.Soalnya sekarang salah siapa? Amaran sudah berkali-kali diberi
dan rundingan sudah berkali-kali dijalankan.Apakah “masalah” negara orang perlu
ditanggong oleh Malaysia? Salah sendiri hendak dilepaskan keatas kepala orang
lain ….Juga kenapa tindakan tegas kerajaan Singapura termasuk menyebat pendatang
tanpa izin tidak pernah dipersoalkan sesiapa?.Apakah istimewanya Singapura dan
tidak istimewanya Malaysia? Inilah antara persoalan dilema masalah pendatang
tanpa izin yang riuh sekarang.Juga bayangkan apa pula tindakan negara-negara itu
jika mereka sendiri “dirempuh” oleh kemasukan pendatang tanpa izin sebegini rupa
?Mungkinkah permaidani merah akan terhampar hingga ke pelabuhan…?
[Gambar-Kira-kira 50 anggota pelampau Khamis mengadakan demonstrasi di depan
Kedutaan Malaysia di Manila bagi membantah "layanan buruk" ke atas pendatang
tanpa izin Filipina yang dihantar pulang dari Sabah. Mereka membawa sepanduk
berbunyi "Respect the rights of Filipinos" (Hormati Hak Rakyat Filipina) dan "No
to inhuman treatment of migrants." (Jangan Biarkan Layanan Tidak
Berperikemanusiaan Terhadap Pendatang). Mereka yang berdemonstrasi itu, yang
dikawal oleh polis, adalah anggota Kilusang Mayo Uno (Pergerakan 1 Mei) dan
Migrante (Migran). Demonstrasi itu berlangsung kira-kira sejam. Mereka turut
menuntut pampasan bagi pendatang tanpa izin yang dihantar pulang itu, yang
menurut mereka telah menderita "layanan tidak berperikemanusiaan" oleh pihak
berkuasa Malaysia di Sabah. Mereka berkata bantahan diplomatik yang dibuat oleh
kerajaan Filipina dengan kerajaan Malaysia tidak mencukupi. Pihak berkuasa
Malaysia perlu dipertanggungjawabkan bagi kematian kanak-kanak Filipina yang
ditahan di depot tahanan atau semasa menunggu untuk dihantar pulang ke selatan
Filipina, menurut mereka. Kumpulan itu kemudian bersurai secara aman. Tiada
sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. ]
**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**
[Non-text portions of this message have been removed]
|