Skip to search.

Breaking News Visit Yahoo! News for the latest.

×Close this window

umno-selangor · UMNO Selangor Dulu Kini dan Selamanya

The Yahoo! Groups Product Blog

Check it out!

Group Information

  • Members: 201
  • Category: Other
  • Founded: Nov 19, 2000
  • Language: Malay
? Already a member? Sign in to Yahoo!

Yahoo! Groups Tips

Did you know...
Hear how Yahoo! Groups has changed the lives of others. Take me there.

Messages

Advanced
Messages Help
Messages 472 - 501 of 4368   Oldest  |  < Older  |  Newer >  |  Newest
Messages: Show Message Summaries Sort by Date ^  
#472 From: mk <mkns@...>
Date: Sat May 18, 2002 5:40 pm
Subject: Re: [alternatif-net] Kezaliman anjing Mahathir
mkns@...
Send Email Send Email
 
gagal dalam susun prioriti.

kejadian ini amat menghiris hati dan perasaan.

sistem masyarakat  telah jadi hilang pedoman. Yang atas tidak turun
kebawah melihat nasib dan cara orang bawahan hidup dan dipimpin.

yang naik motor bukannya orang berada. mereka ramai yg hidup cukup-cukup
untuk menyara keluarga. Hanya motor sahaja yg mereka mampu.

ini sahaja sudah cukup untuk kita simpati dengan kehidupan mereka.
Sebaliknya mereka  mereka bahagia  dengan cara gitu
kehidupan yang memadai.
mereka tidak ganggu anggota masyarakat lain.
mereka hanya mahu melihat anak mereka sihat maka mereka naik motor -
bukan panggil doktor datang ke rumah mereka untuk diubati.

apakah konstable polis hidup dalam tekanan?
sehingga tidak dapat membuat pertimbangan?
tiada belas ehsan?
sesama insan?

what is wrong?

anything wrong in the system?










Salmah Ahmad wrote:

> By Parveen Gill mmnews@...
>
> "HOW could any human being, especially a policeman, just stand there
> and watch my husband suffer?
>
> "My husband did not even attack the policeman. He just tried to escape
> from a roadblock because he was not wearing a helmet. Must he be
> beaten for that?"
>
> Those were the words of anguish from 20-year-old Siti Rohana Mohammad
> after she buried her husband, Ramli Othman, at the Muslim cemetery in
> Bandar Baru Sri Puchong yesterday.
>
> "I last saw my husband less than an hour before I was told he was
> seriously injured and had been rushed to the hospital," Siti told The
> Malay Mail.
>
> "When my neighbours informed me that my husband was hit twice by a
> policeman with a plank because he was trying to elude a roadblock, I
> almost fainted."
>
> When Siti visited her husband at the Universiti Malaya Medical Centre,
> doctors advised her not to speak to him as he was in critical
> condition.
>
> "I could only tell him that he should stay alive for his children who
> were all waiting for him at home," she said.
>
> "I wanted to tell him how much his love was on my life. I have lived
> my life to the fullest because he was such a wonderful husband and
> father."
>
> Siti, who was to celebrate her fifth wedding anniversary next month,
> said her husband was on his way to buy medicine for their youngest
> daughter. Before that, he wanted to stop by at a motorcycle shop.
>
> The couple has three children - Mohammad Siafullah, aged four;
> Mohammad Nasrullah, two; and three-months-old Siti Norliana.
>
> Ramli's older brother, Rahmat Othman, 38, who was the first family
> member to reach the scene said he tried for at least 20 minutes to get
> someone to takehis brother to the hospital.
>
> "He was unconscious. His skull was cracked open. I begged the
> policemen for help," said Rahmat.
>
> "I was in tears. One of the policemen just said, Kalau adik awak tak
> lari, ini takkan terjadi (If your brother did not try to escape, this
> would not have happened)."
>
> Rahmat managed to stop a taxi some 20 minutes later.
>
> He later lodged a report against the policemen at the Puchong police
> station.
>
>
>
>
>
> ---------------------------------
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
>
> [Non-text portions of this message have been removed]
>
> ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor
>
> Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to
> Justice
>             Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan
>
> Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan
> Alternatif (BA) unless otherwise stated
>
> Complaint : Send to alt-net-moderators@onelist.com
>
> To Sub    : Send blank e-mail to alternatif-net-subscribe@onelist.com
> To Unsub  : Send blank e-mail to
> alternatif-net-unsubscribe@onelist.com
>
> Your use of Yahoo! Groups is subject to
> http://docs.yahoo.com/info/terms/

#473 From: Salmah Ahmad <salmahumno@...>
Date: Mon Jun 3, 2002 8:28 am
Subject: Kezaliman anjing Mahathir
salmahumno
Send Email Send Email
 
PUCHONG: “Saya tidak tahu apa yang patut dilakukan selepas kehilangan suami
kerana selepas tamat sekolah terus berumahtangga.

“Saya tidak pernah bekerja dan hanya bergantung kepadanya,” kata Siti Rohana
Mohamed, 20, balu kepada Ramli Othman.

Ramli terbunuh selepas kulit kepalanya terkopak apabila terkena sebatang kayu
yang dihayunkan seorang anggota polis dalam satu sekatan jalan raya berhampiran
Tol Batu 13, Puchong beberapa hari lalu.

Menurut Siti Rohana, dia kini mahu menumpukan usaha membesarkan tiga anaknya
berusia tiga bulan hingga empat tahun tetapi dalam tempoh terdekat dia tiada
sebarang perancangan.

Katanya, keluarga termasuk ibu, bapa dan adik-beradik Ramli menasihatkan supaya
memberi tumpuan terhadap tiga anak yang masih kecil.

“Saya berharap ada pihak sudi membantu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan
derita yang ditanggung terutama masa depan ketiga-tiga anak saya,” katanya
ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Siti Rohana berkata, anak sulungnya Mohamed Shaifulah, 4, sangat rapat dengan
arwah suami dan setiap kali bangun daripada tidur, dia akan bertanyakan mengenai
Ramli.

“Tersentuh hati setiap kali bangun tidur apabila Shaifulah bertanya mengenai
ayahnya, malah kadangkala apabila saudara-mara bertanya, anak saya yang masih
belum faham akan memberitahu ayahnya sakit dan belum bangun lagi,” katanya.

Dia turut terkilan kerana hasrat terakhir suaminya untuk menyambut ulang tahun
perkahwinan kelima mereka pada 21 Jun ini tidak kesampaian.

“Sejak berkahwin kami tidak pernah sambut ulang tahun perkahwinan tetapi apabila
mendapat pekerjaan tetap tiga bulan lalu, Allahyarham bercadang untuk
menyambutnya,” kata Siti Rohana yang menahan sebak.

Setakat ini dia menerima bantuan kilat sumbangan rakan kerja suami yang
disampaikan oleh majikan Allahyarham.

Bapa Siti Rohana, Mohamed Tabri, 56, berkata selagi mampu, dia akan membesarkan
tiga cucu yang tinggal bersamanya.

“Saya reda, walaupun susah biar cucu saya membesar depan mata daripada
diserahkan kepada orang lain. Selagi mampu saya akan menjaga mereka,” katanya.

Ramli Othman, 24, pekerja kilang Steelcase Artwright meninggal dunia di Pusat
Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sementara itu, Ketua Khidmat Guaman DAP Selangor, M Manoharan berkata, pihaknya
memberikan bantuan khidmat guaman percuma kepada keluarga mangsa.

Katanya, dalam tempoh terdekat, pihaknya yang mewakili keluarga mangsa akan
mengambil tindakan undang-undang terhadap empat anggota polis yang kini ditahan
kerja, Ketua Balai Polis Puchong, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Ketua Polis
Selangor, Ketua Polis Negara dan kerajaan Diktator Mahathir Laknatullah.





---------------------------------
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup

[Non-text portions of this message have been removed]

#474 From: aku punya <karkunku@...>
Date: Mon Jun 3, 2002 9:04 am
Subject: Ucapan Dasar Presiden Muktamar ke-48
karkunku
Send Email Send Email
 
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

[Non-text portions of this message have been removed]

#475 From: aku punya <karkunku@...>
Date: Mon Jun 3, 2002 9:37 am
Subject: Negara Islam yang diperjuangkan UMNO Baru
karkunku
Send Email Send Email
 
Inilah negara Islam yang diperjuangkan oleh UMNO BARU. Mereka akan mencipta
undang-undang
berdasarkan nafsu serakah mereka. Tidak hairanlah jika ada Menteri Wanita Islam
yang cuba
mentafsirkan hukum Allah berdasarkan logik akal mereka.

Selagi UMNO BARU dan BN terus memerintah negara, Islam yang diagung-agung
sebagai agama rasmi
negara hanya tinggal sebagai 'fasal' dalam perlembagaan sahaja.

Dulu kononnya untuk menerapkan nilai-nilai islam dalam pentadbiran negara,
tetapi setelah Dato
Seri Anwar Ibrahim, dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Negeri dan Timbalan
Presiden UMNO,
penerapan nilai islam telah bertukar sebagai pemerapan nilai-nilai islam,
sambutan maulud nabi
dibuat ala kadar, tetapi selang sehari, sambutan Citrawarna menjadi lebih
bermaya berbanding
sambutan maulud nabi. Jutaan wang rakyat dibelanjakan untuk menjayakan pesta
maksiat citrawarna
yang disiarkan secara langsung, kononnya untuk memberitahu seluruh dunia, itulah
cara hidup dan
budaya rakyat negara Islam, Malaysia.

Mungkin ada yang tidak perasan bahawa negeri Kelantan juga ada menghantar wakil
menjayakan
citrawarna ini, tetapi sedarkah saudara/i bahawa peserta wanita dari negeri Cik
Siti Wan Kembang
itu hanya menghantar kanak-kanak yang berumur dibawah 12 tahun!

Wanita yang belum akil baligh. Bagitulah bijaknya Tuan Guru Nik Aziz mentadbir
negerinya. Mereka
tertipu. UMNO BARU, kroni BN yang kononnya memperjuangkan Islam, sebenarnya
telah tenggelam punca
angkara kerenah pemimpin-pemimpin parti yang cuba untuk menonjolkan diri dengan
pelbagai idea yang
meremehkan tuntutan agama.

Tidak lama lagi pemimpin mereka akan berjumpa dengan Pope John Paul di Vatican
City, mereka
menyangkakan Tuan Guru akan memberikan komen yang negatif, tetapi telah
terserlah kebijaksaan Tuan
Guru yang tidak memperlekehkan rancangan tersebut, tetapi sedarkan kita siapalah
pemimpin mereka
itu untuk mewakili orang-orang Islam berbincang dengan Ketua Paderi Kristian,
jika dibandingkan
dengan ulama-ulama besar dunia????

Kononnya UMNO BARU memperjuangkan hak orang Melayu, itu satu kenyataan yang
benar semasa UMNO
ditubuhkan dan sebelum UMNO diharamkan...sejak UMNO diharamkan dan diganti
dengan UMNO BARU ( Ini
Pendaftar Pertubuhan kena ambil tindakan terhadap UMNO BARU kerana masih
mengekalkan nama UMNO
yang telah diharamkan... minta surat tunjuk sebab.!!

Jika perlu, pemimpin BA boleh buat lapuran Polis tentang perlanggaran Akta
Pertubuhan oleh UMNO
BARU ) UMNO BARU kini dianggotai oleh orang Portugis di Melaka, orang Siam di
Utara, orang Cina di
Sabah dan berbagai keturunan bukan Melayu, nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (Baru) itu
pun sudah jelas menunjukkan bahawa UMNO BARU bukan lagi memperjuangkan ISLAM dan
Melayu, sebab
itulah Jabatan Pendaftaran Negara pun bercadang untuk menghapuskan penggunaan
bin, binti a/l, a/p
dan sebagainya agar jika perlu lagi dipersoalkan tentang asal-usul ahli UMNO
BARU, agar unsur BIN
dan BINTI yang bersandarkan nama Islam akan terus terhakis....

Inilah perjuangan UMNO BARU tentang Islam, tentang Undang-Undang Islam...yang
diperlekehkan oleh
Menteri Negara Islam sendiri. UMNO BARU terasa sokongan terhadap parti
pembangkang sudah merosot
dan isu DSAI sudah tidak relevan lagi, sehingga pemimpin mereka, semasa sambutan
56 tahun UMNO dan
14 tahun UMNO BARU, bagitu lantang mengatakan 'orang itu' ( beliau amat takut
menyebut nama Dato
Seri Anwar Ibrahim ! ) sudah tidak menjadi isu lagi, tetapi sewaktu menyebut
'orang itu', bibirnya
menggeletar ketakutan.

Insyaallah dipilihan raya umum yang akan datang ini, pihak BA akan menggunakan
gambar DSAI
semaksima mungkin, pilihanraya kali ini adalah antara Dr. Mahathir vs Anwar
Ibrahim. Kita mulakan
dari sekarang, kita tampalkan gambar-gambar DSAI di kereta-kereta kita, kita
tuliskan kembali
kata-kata semangat DSAI, ini akan menggerunkan mereka.....



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

#476 From: Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd <kumsb@...>
Date: Tue Jun 4, 2002 1:21 am
Subject: PEGAWAI PEMASARAN
kumsb@...
Send Email Send Email
 
PEGAWAI PEMASARAN

Kelayakan Minima: SPM
Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris
Gaji : RM600.00 (tempoh percubaan 3 bulan)
Komisen pencapaian : sehingga RM5000.00 sebulan
Keutamaan >Mempunyai kenderaan sendiri & lesen memandu
Berpengalaman dalam bidang pemasaran minima 1 tahun.
(Bagi yang tiada kenderaan dan tiada pengalaman pemasaran, permohonan
anda boleh dipertimbangkan dengan syarat anda bersedia menerima tunjuk
ajar dan sanggup berusaha bersungguh-sungguh).

Keterangan lanjut hubungi:
En. Ahmad (03-55114530/ 55110139 / 012-6961148)

"KERJAYA PEMASARAN ANDA ADALAH LANGKAH PERMULAAN UNTUK MENJADIKAN ANDA
SEORANG USAHAWAN YANG DINAMIK DAN BERWAWASAN"
Selamat Datang Ke>    Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd
                                     N0. 41, Jalan Badminton, 13/29
Tadisma Business Park
                                     40100 Shah Alam, Selangor DE.
--------------------------------------------

     Lihat > Peluang Perniagaan

     Buku yang mesti anda baca sebagai bukti kecintaan kepada Rasulullah
SAW.

Ruang Niaga Siber Untuk Di Sewa:
http://www.dumei.com/direktori.asp bolehlah menghubungi kami untuk
perbincangan lanjut.

PORTAL USAHAWAN MUSLIM >beritahu rakanniaga anda supaya mereka boleh
mengambil manfaat khususnya dalam memperluaskan kontaks perniagaan dan
mendapatkan peluang-peluang perniagaan yang disediakan di portal ini.

Sekian, wasssalam. "Semoga Allah Menerima Amal Kami dan Amal Kamu"



[Non-text portions of this message have been removed]

#477 From: aku punya <karkunku@...>
Date: Tue Jun 4, 2002 4:21 am
Subject: Malaysia hanya menunggu hari………..
karkunku
Send Email Send Email
 
Suatu waktu dahulu, Argentina adalah antara Negara gergasi ekonomi di Amerika
Latin. Pada asasnya
kekuatan ekonominya banyak disumbangkan oleh industri eksport daging lembu pada
awal tahun 30-an.
Suatu ketika kekuatan ekonominya begitu tinggi sehinggakan per kapita rakyatnya
setara dengan
rakyat Perancis. Pada tahun 40-an keadaan itu berubah disebabkan oleh antaranya
dasar ekonomi
tertutup, pemerintahan tentera dan juga masalah dalaman Negara itu.
Kemelesetan ekonomi Negara itu memuncak pada tahun 80an dengan satu ketika
kerajaannya terpaksa
mencetak runcit matawang. Kadar inflasi mencanak sehingga 200%. Keadaan begitu
teruk sehinggakan
harga barangan pada petang hari menjadi lebih mahal dari yang dibeli ketika awal
paginya.

Carlos Menem selepas dipilih sebagai Presiden pada tahun 1989 telah membuka
perdagangan,
menswastakan sebahagian perkhidmatan dan juga membuang halangan birokrasi untuk
menggerakkan
pertumbuhan industri. Halangan yang muncul pada awalnya telah diatasi dengan
cara menambatkan
matawang pesos kepada US Dollar. Langkah ini menimbulkan keyakinan kepada
pelabur. Kemuncaknya
pentadbiran Carlos Argentina berjaya mengembangkan ekonomi kepada 7% pada tahun
91-94.

Argentina berjaya mengelak dari kejatuhan ekonomi apabila Mexico mengalaminya
pada tahun 1995.
Akan tetapi ia mula bergoncang ekoran kejatuhan ekonomi Asia dua tahun
kemudiannya. Apabila
ekonomi jiran terdekatnya Brazil menjunam pada tahun 1999, Argentina tidak dapat
bertahan lagi
kerana keadaan itu menyebabkan harga barangan eksportnya lebih tinggi dari
Negara jiran. Kejatuhan
harga hasil perladangan serta permintaan yang berkurangan telah menghimpitkan
lagi ekonominya.

Kejatuhan nilai eksport dan juga pengurangan aktiviti industri telah menyebabkan
kurangnya
perolehan Dollar US yang penting bagi ia melunaskan hutang kepada institusi
kewangan sehingga
USD140 billion. Ini menyebabkan kerajaan Argentina tidak dapat mengimbangi
belanjawannya apatah
lagi dengan kadar penganggurannya sehingga 30%.

Kerajaan baru Argentina telah menurunkan nilai wangnya kepada 30% berbanding
dollar supaya
barangan eksportnya menjadi kompetitif. Akan tetapi ianya juga mengundang
masalah lain seperti
peningkatan inflasi dan membebankan peniaga yang membayar hutangnya dalam bentuk
US Dollar.

Minggu lalu apabila terdapat ura-ura kerajaan Argentina untuk menurunkan lagi
nilai Pesos, ramai
pendeposit telah mengeluarkan wang mereka sehingga USD100 juta sehari. Untuk
mengelak dari
keruntuhan ekonomi, kerajaan membekukan urusan tukaran wang dan juga perbankan.
Selama seminggu
rakyat Argentina menderita oleh kekurangan tunai. Dalam setengah keadaan, ramai
pekerja asing yang
telah pulang ke negeri masing-masing seperti Paraguay atau Chile.

Seminggu kemudiannya bank telah pun dibuka semula dengan matawang pesos
diapungkan kembali.
Terdahulu dari ini 1 pesos diikat bersamaan 1 US Dollar. Kini nilainya menyusut
kepada 3.71 pesos
untuk setiap dollar(penurunan 70%).Sekaligus ia melonjakkan nilai hutang luarnya
kepada hampir RM
500 billion. Suatu nilai yang amat besar bagi sebuah Negara yang terpaksa
berhadapan dengan
eksport yang merosot dan perolehan Dollar yang rendah oleh kejatuhan eksport
hasil perladangan.
Kini Argentina terdesak dan tidak dapat melunaskan hutang luarnya……

Malaysia yang berada di sebelah glob sana merudum ekonominya sebaik sahaja
Thailand terhumban
ekonominya mengikuti rentak ekonomi Hong Kong. Sebagai sebuah negara yang sangat
bergantung kepada
hasil eksport elektronik, kejatuhan tidak dapat dibendung lagi apabila
kemelesetan itu akhirnya
merebak sehingga ke negara pengimport seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

Malaysia pada asalnya adalah sebuah Negara yang berorientasikan pertanian dan
juga hasil lombong
sebagai pendapatan Negara. Getah, koko, kopi dan kelapa sawit adalah produk
eksport yang utama.
Bijih timah pula pernah meletakkan Malaysia di persada dunia sebagai pengeksport
berpengaruh.
Tanpa mempunyai kekecohan politik yang meruncing dan berhemahnya pentadbiran,
suatu ketika Negara
Malaysia mempunyai nilai matawang yang keempat tertinggi di dunia. Kini ia
hanyalah bahan sejarah
jua.

Dalam pemerintahan Perdana Menteri terdahulu, pertanian dititik-beratkan sebagai
tulang belakang
ekonomi. Tanah-tanah rancangan dibuka di bawah pentadbiran FELDA dan juga
FELCRA. Bekas-bekas
tentera juga diberi kemudahan menjadi peneroka untuk memiliki tanah dan
mengusahakan hasil
komoditi untuk negara.

Awal tahun 80an Malaysia dianugerah Allah dengan minyak (emas hitam) yang ketika
harganya tinggi
telah memberikan kekuatan ekonomi bagai menerima durian runtuh. Sekiranya
kewangan negara ditadbir
dengan telus dan juruaudit mempunyai akauntabiliti yang tinggi, kita percaya
Mahathir tidak perlu
bercakap besar menjual temberangnya; Malaysia akan muncul sebagai satu negara
Maju akhirnya.

Barah dalam ekonomi negara membengkak dan menular oleh cara tadbir kerajaan
UmnoBn yang tidak
telus apatah lagi ketika Dinasti Mahathir Kutty ini. Sekiranya kita
menghimpunkan segala kemelut
ekonomi yang pernah berlaku sepanjang dalam cengkaman kuasa Mahathir, bukan
sahaja pelajaran dan
kesihatan boleh disediakan secara percuma malah Cukai Pendapatan mungkin boleh
dikurangkan kalau
tidak dimansuhkan pun.

Penyelewengan Bank Bumiputra, koperasi milik MCA, perniagaan matawang dan
penswastaan yang
mengamalkan budaya KKN telah membakar hangus Dana awam dan juga sebagai asas
kepada kejatuhan
ekonomi sekarang.

Kemelesetan tahun 1997 telah menyedarkan anak bangsa betapa Mahathir tidak
mempedulikan nasib dan
pandangan rakyat. Mahathir mengamalkan pentadbiran kuku besi, menternak
perasuah, meneruskan
projek Mega dan mengkhianati amanah yang diberikan rakyat yang kebanyakan adalah
marhaen.

Kejayaan Menteri Kewangan yang dipecat Mahathir, Anwar Ibrahim dalam
mengurangkan hutang luar
negara kepada RM 10 Billion adalah suatu yang membanggakan ekoran perbelanjaan
berhemah. Ketika
Anwar memegang jawatan itulah kakitangan kerajaan merasa nikmat bonus tahunan!!
Tindakan
seterusnya bagi menahan negara dari tergelincir teruk adalah menghentikan dan
menangguhkan projek
bermodal besar yang tidak pun menjana wang. Malangnya ini berlawanan dengan
kehendak Mahathir yang
serakah dan tidak mempedulikan status kewangan negara. Inilah pokok pangkal
bermulanya konspirasi
menjatuh dan penganiayaan terhadap mantan TPM itu.

Sekaligus kejayaan konspirasi itu telah juga mengheret ekonomi negara ke dalam
jurang kemelesetan
yang dalam dan sukar untuk Negara keluar daripadanya. Secara tidak langsung
Mahathir dan regim
yang patuh kepadanya telah mengkhianati kuasa yang diamanahkan rakyat kepada
mereka.

Mahathir bercakap besar dan berkelentong seluruh dunia dengan cerita ekonomi
hapraknya. Sedangkan
rakyat dalam Negara sudah nampak tembelang dan kecurangannya dalam mentadbir.
Sebagaimana dengan
pengurusan Enron America, Mahathir memperkudakan syarikat milik Negara untuk
berhutang bagi
pihaknya. Kemudian Regim ini pula berhutang atau menyonglap Dana yang masuk.
Pemimpin kemudiannya
menyebat sebahagian besar dari Dana itu untuk kepentingan diri dengan nasib
rakyat dan negara
diperjudi.

Enron sudah terlungkup namun Pengurusannya mempunyai kekayaan yang begitu ketara
sekali. Begitu
juga perihalnya dalam negara kita. Mahathir bersama kabinet belaannya mempunyai
harta yang banyak
tersimpan di luar Negara. Mahathir memiliki ranch di Argentina dan hartanah di
berbagai tempat
lain. Muhammad Taib pernah melarikan wang tunai berjuta ringgit ke luar negara.
Begitu juga
pemimpin lain seperti Rafidah Aziz, Shahidan Kassim dan Megat Joned. Aneh dan
janggal apabila
manusia korup seperti ini sering mempertikaikan moral orang lain. Telunjuk lurus
kelingking
berkait!

Dengan menolak segala cerita mekap dan pandir yang dikeluarkan oleh beberapa
ilmuan dan Pegawai
yang dibayar kerajaan dan membuka mata serta minda dalam mencerna rentak
kehidupan serta badai
ekonomi yang mendatang, jelas terbayang haluan ekonomi negara seperti bahtera
yang tenggelam-
haluannya menjunam dan menjulang buritannya.

Ekonomi dah pulih, Mahathir??



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

#478 From: aku punya <karkunku@...>
Date: Tue Jun 4, 2002 4:23 am
Subject: Bukti Mahathir Gagal menarik sokongan Melayu
karkunku
Send Email Send Email
 
Senario yang berlaku dalam tanahair dewasa ini menunjukkan rejim Mahathir & UMNO
sebenarnya berada
dalam keadaan gelisah, gelabah dan takut dengan bayang-bayang sendiri. Petunjuk
ataupun indicator
palsu yang diciptakan UMNO melalui pilihanraya kecil IK dan Ketari , iaitu
kembalinya sokongan
Melayu kepada UMNO kian pudar. Justeru itu , kemenangan yang dicemari momokan
rasuah , ugutan dan
pengundi hantu bukanlah satu kenyataan yang asing kepada kepimpinan UMNO dan
BN,maka hakikat yang
harus diterima ialah kemenangan mereka hanyalah satu bentuk penipuan yang
terancang. Dalam
ertikata yang lain kepimpinan UMNO dan BN sedar bahawa sebenarnya mereka masih
lemah untuk
menghadapi pilihanraya yang sebenarnya.

Keputusan pilihanraya kecil yang memihak kepada BN, berjaya sedikit sebanyak
menarik tumpuan
golongan atas pagar, akan kembalinya UMNO ataupun BN beraksi dalam senario
politik tanahair
setalah melaui zaman kegelapannya semenjak meletusnya kebangkitan rakyat ekoran
penangkapan DSAI.
Tetapi ianya hanya bersifat sementara dan tidak kekal dan pragmatik , sokongan
ini dapat dicuri
sekelipmata jika isu yang lebih serius dapat diketengahkan oleh BA. Rata-rata
kaedah perang gerila
yang dipamerkan oleh penyokong-penyokong BA juga membimbangkan Mahathir dan
rejimnya. Jika sedikit
waktu dahulu kita melihat banyak pelekat dan sticker yang dilekatkan dikenderaan
dengan lambang
Pas , Keadilan & Ba namun jumlah yang agak berkurangan ini adalah tanda
bermulanya perang secara
gerila menempur UMNo dan BN iaitu "hide & attack" Faktor penangkapan
beramai-ramai pemimpin
Keadilan sedikit sebanyak menakutkan para reformis untuk menampilkan diri mereka
yang sebenarnya
kerana bakal menghadapi risiko yang tinggi.

Trend sokongan rakyat kepada Ba kini lebih bersikap "cooL" dan tidak menonjol,
sekadar menjalankan
tugas menjatuhkan BN bila tibanya pilihanraya. Hakikatnya Mahathir sendiri yang
tahu !!!!! Bahawa
jika media massa dan kuasa polis tidak digunakan semaksimumnya maka UMNO dan BN
akan bungkus lebih
awal. Dua jenis bahan ini digunakan sebagai stimulant ataupun perangsang sebagai
penyambung hidup
UMNO khususnya, dalam menghadapi realiti kejatuhan setelah menghidap penyakit
kronik. Menerusi
kajian dan survey yang giat dijalankan oleh Mahathir dan UMNO , tentang kekuatan
sebenar banyak
masih tidak memihak kepada mereka, rata-rata ianya menunjukkan Mahathir tidak
disukai oleh ahli
UMNO sendiri dan UMNO masih dalam keadaan yang longlai tidak bermaya. Seluruh
bahagian UMNO telah
dikerah kan untuk mencari sokongan anak muda menerusi sayap Pemuda dan Puteri
UMNO untuk
menyambung tradisi menipu rakyat.Umno sebenarnya berjaya mendapatkan ahlinya
melalui pemuda dan
puterinya namun kebanyakan ahli yang berjaya dikumpulkan tidak mampu melonjakkan
parti itu ketahap
yang tinggi seperti yang dimimpikan oleh Mahathir.Menurut tinjauan rambang yang
saya lakukkan ,
kebanyakkan ahli pemuda yang berjaya dikutip oleh UMNo terdiri dari anak-anak
muda yang mempunyai
masalah moral,tidak celik ilmu dan banggang.Pendek kata mereka ini "tonggong"
sehingga tak tahu
apa yang mereka buat dan tak ada matlamat oleh itu kita tidak perlu bimbang
dengan golongan ini
kerana mereka sebenarnya dalam lamunan dan khayalan yang dijanjikan oleh
pemimpin UMNO.Adakalanya
kesian saya melihat mereka ini diperkudakan oleh pemimpin UMNo tempatan ,
kebanyakkan mereka ini
terdiri dari anak-anak muda yang menjadi pelumba haram motosikal, taik ganja ,
kaki disko, suka
lepak dan hubungan bebas lelaki/perempuan.(Ini adalah tinjauan saya berdasarkan
kawasan
utara).Puteri Umno pula dilanda masalah salahlaku seks oleh penajanya
Azalina,lantaran
mengakibatkan ahlinya "bercempera" dan berbelah bahagi.Mereka ini tidak mampu
menyumbang untuk
parti malah mempercepatkan kejatuhannya.

Sebenarnya sebagai seorang pencinta Islam , kita perlu dekati golongan ini
dengan cara berhikmah
dan diserapkan ilmu agama, untuk menunjukkan jalan keluar dari terus begelumiang
dengan
"keraplahan" UMNOisme yang merosakkan bangsa.Ini adalah tugas kita bersama
dekatilah mereka
ini,sebenarnya mereka ini kurang cerdik dalam membuat keputusan. Berikan
penerangan dan cuba
dekati mereka dan dedahkan mereka ini dengan kuliah ilmu agama untuk mencelikkan
hati yang gelap.
Saya sendiri telah berjaya convince beberapa orang UMNO karat dengan hanya
meminjamkan VCD tragedi
di Malau, Kubang Pasu. Oleh itu saya ingin menyeru , agar kita dapat menggunakan
segala bahan yang
ada untuk memimpin rakan -rakan kita yang masih dalam kegelapan, sya percaya
banyak lagi kaedah
dan bahan yang boleh digunakan Pelantar UMNO yang kukuh cuba dibina kembali oleh
Mahathir untuk
menghadapi pilihanraya ke-11semakin reput dan hancur sedikit demi sedikit.Oleh
itu menghadapi
pilihanraya yang beliau jangkakan awal pada mulanya mungkin tidak
kesampaian.Tetapi jika
ditangguhkan pula pelbagai ledakan terbaru akan kedengaran ,mengenai skandal dan
perpecahan
dalaman yang merugikan UMNO dan BN. Percayalah hidup Mahathir dalam keadaan
tertekan dan serba
salah, mungkin jalan yang mudah ialah mendapatkan nasihat ahli sihir negara
sepertimana Firaun
dalam membuat keputusan. Kerana ketidakyakinan nya orang Melayu akan kembali
menyokongnya beliau
cuba mendapatkan sokongan bukan bumiputera dengan mengula-gulakan tawaran yang
menarik yang
sekaligus menekan orang Melayu.

Sistem Meritokrasi, Bahasa Inggeris dalam matapelajaran Math & Sains ,dan yang
terbaru ialah
menghadiahkan 10% kerusi matrikulasi dan MRSM kepada bukan bumiputera.Dalam
keadaan yang terdesak
UMNO sanggup menggadaikan apasaja semata-mata untuk mencari sokongan bukan
bumiputera. Cabaran
Ketua pemuda Pas, Mahfuz Hj. Omar supaya diadakan pilihanraya secepat mungkin
setelah Mahathir
begitu yakin dalam ucapannya di perhimpunan _56 UMNo bahawa akan menang besar ,
membuatkan UMno
dan BN tersentak dan tidak berani menjawab.

Episod Rais Yatim yang mencabar kredibiliti sistem pendakwaan trend Mahathir
sedikit sebanyak
menunjukkan permulaan episod yang lebih kritikal di dalam UMNO. Ahli UMno yang
sudah mula berani
menyaman Mahathir , adalah satu perkembangan yang perlu diambilkira. Hubungan
Paklah dan Pm yang
renggang bakal memperlihatkan aksi -aksi yang menarik. Sama-samalah kita melihat
saat kejatuhan
UMNO dan mengambil iktibar bahawasanya manusia yang mempunyai nafsu dunia yang
tinggi , menolak
hukum syariat Allah ,menghina nabi,berjuang atas dasar bangsa bukan agama,
rasuah, penipu, zalim
dsbnya akan menerima pembalasan Allah kelak.




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

#479 From: aku punya <karkunku@...>
Date: Tue Jun 4, 2002 9:01 am
Subject: Petronas: Makin Sihat atau Makin Tumbang?
karkunku
Send Email Send Email
 
Petronas Yang Makin Rancak Berhutang.....


Business Times Singapura (3/5/2002) melapurkan Petronas menawarkan sebegitu
banyak bon (US$3.5b)
untuk membiayai aktiviti perkembangan (expansion) dan pembiayaan kembali hutang
(refinance debt).
Reuters pula melapurkan kempen-kempen promosi oleh agen penjual bon yang kencang
itu serta
limpahan berita berkaitan dan paparan serta gubahan angka yang molek-molek
sana-sini itu
menunjukkan bon-bon tersebut 'mesti dijual' (must sell) sekarang!



Kenapa agaknya? Kerana - jika tidak ramai tidak akan senang.... khususnya
Mahathir seorang!
Seolah-olah Petronas kini sudah tidak cukup wang kerana terpaksa dua kali
berhutang! (refinance
debt). Pandanglah wajah semua eksekutif Petronas kerana di sana ada banyak
jawapan ngeri yang
terbayang.......


Soalnya - apakah Petronas akan terus berhutang memanjang? Sejak Mahathir
memegang tengkuk Petronas
badan ini semakin rancak pula berhutang sehingga menaikkan harga petroliam untuk
mencekik rakyat
tempatan. Ramai tidak tahu untuk setiap sen minyak yang dipam di stesyen
Petronas ada komisyen
yang perlu dibayar kepada satu syarikat komputer 'diam' yang menjual (bukan
buat) perisian (dari
Afrika) .... Sekarang Syed Mokhtar yang 'diam' itu sudah memiliki syarikat ini
juga dalam
diam-diam.



Rezab Minyak Negara Semakin Kurang?


Petronas mengatakan rezab minyak negara masih mampu bertahan sehingga 12-15
tahun akan datang.
Perlu diingatkan di sini - ini cuma satu ANGGARAN!! Sebanyak manakah jumlah
sebenar minyak itu
berada di dasar lautan hanya tuhan sahaja yang Maha Berpengetahuan. Mungkin ia
sebenarnya jauh
lebih kurang - jika tidak Petronas tidak akan beria-ria mahu mencebur minyak di
negara asing
walaupun disumpah-seranah oleh orang tempatan!! Bayangkan beberapa projek
Petronas di negara luar
itu adalah projek yang ditinggalkan oleh syarikat minyak gergasi lain (yang jauh
lebih besar dari
Petronas) kerana sudah tidak tahan! Daripada tenggelam lebih baik mereka
menghilang......



Sekarang pandanglah ke mana Petronas mahu melayang bila hutang masih tidak
tertanggal walaupun
sudah cukup bulan. Petronas rupanya sudah menjadi badan yang kaya dengan hutang
dari seberang
lautan yang perlu dilunaskan dengan pencarian masa depan (yang penuh dengan
anggaran) dan masih
tidak ketentuan - jika tidak menara Petronas akan tumbang diambil orang....






__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

#480 From: aku punya <karkunku@...>
Date: Tue Jun 4, 2002 9:20 am
Subject: Anwar Ibrahim kemungkinan di dapati TIDAK BERSALAH?
karkunku
Send Email Send Email
 
Apakah ada kemungkinan Anwar Ibrahim di dapati tidak BERSALAH? Persoalan ini
sentiasa menjadi buah
mulut para reformis yang duduk membincangkan kes Anwar Ibrahim. Ada yang
mengatakan bahawa
keputusan mahkamah mengenai isu salah guna kuasa Anwar Ibrahim bakal keluar
sekitar bulan Jun 2002
akan mengubah senario politik tanah air kita. Jika Anwar Ibrahim tidak di dapati
bersalah maka
kesalahan akan terus menimpa kerajaan yang memerintah sekarang ini. Ada antara
mereka yang berkata
" Habislah UMNO" kalau Anwar di dapati TIDAK BERSALAH" Mereka yang duduk
membincangkan kes Anwar
Ibrahim seolah-olah meletakkan kerajaan Malaysia yang sedang di bicarakan.
Apakah itu tidak benar?
Dari pandangan saya, bukan sahaja para reformis yang beranggapan demikian malah
dunia luar juga
sedang meneliti seolah-olah sistem perundangan kita dan kerajaan Malaysia sedang
di bicarakan.
Sungguhpun begitu ada kalangan reformis yang duduk di kedai kopi mengatakan
bahawa Anwar tidak
mungkin bebas. Katanya kalau Anwar Ibrahim bebas Dr Mahathir sure mampos....dan
tak kan Dr
Mahathir mahu ini berlaku. Mesti dia cari jalan untuk menghalang perkara ini.

Begitulah adanya antara perbincangan yang wujud di kalangan pendokong Reformasi.
Pandangan
seumpama ini menampakkan kita beberapa perkara penting mengenai persepsi mereka
terhadap kerajaan
memerintah.Antaranya adalah:

1. Mengatakan bahawa sistem perundangan kita boleh di bolosi oleh kekuatan dan
kuasa politik.

2. Tetap mengatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah mangsa politik.

3. Meletakkan Dr Mahathir sebagai orang yang bertanggung jawab membolosi sistem
perundangan negara
ini.

4. Meletakkan Anwar Ibrahim sebagai orang yang paling berpengaruh dan mampu
menundukkan UMNO.

5. Mengatakan bahawa UMNO pasti tergugat kalau Anwar Ibrahim di dapati tidak
bersalah.

Justeru itu di sebelah pihak pembangkang masih mengharapkan agar keadilan dapat
terlaksana dan
perlaksanaan keadilan akan di ukur dengan pembebasan Anwar Ibrahim?

Apa pula impaknya dari suara-suara pendokong UMNO?

Apa yang perolehi dari mereka yang berada di peringkat bawahan UMNO hanyalah
sesuatu yang berbeza
dengan perbincangan mereka dari ahli pembangkang. Ahli UMNO di peringkat bawahan
tidak ambil
pusing mengenai isu ini. Antara mereka ada yang berkata " kita tak kisah, yang
kisah tu....mereka
kat atas". Bagi mereka Ketua-ketua mereka akan gelisah tetapi mereka kata pasti
ada plan lain yang
akan ketua-ketua mereka lakukan.

Di peringkat Pemuda lagi bagus. Mereka kata Dr Mahathir tahu apa yang akan dia
buat. Kita tak
perlu risau, Anwar tidak keluar punya....

Dan bagi saya.....

Kalau Anwar bebas atau di dapati tidak bersalah maka politik negara ini pasti
berubah. Kehadiran
Anwar Ibrahim pasti akan memberi suntikkan kepada pendokong reformasi sedangkan
di pihak UMNO
pula, masing-masing akan mendongak keatas melihat Dr Mahathir kebingungan.

Ghazali Mat Dom (UMNO REFORM)
02-06-2002





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

#481 From: aku punya <karkunku@...>
Date: Wed Jun 5, 2002 4:35 am
Subject: Rancangan Pembangunan Kerajaan Pas Kelantan
karkunku
Send Email Send Email
 
Berikut dilampirkan rancangan pembangunan Kerajaan Pas Kelantan. Laporan
rancangan pembangunan ini
dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan satu unit di bawah
Kerajaan Negeri
Kelantan.

PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN

1. Meneruskan amalan perundangan dan kehakiman yang bersumberkan Al-Quran,
Al-Sunnah, Ijmak Ulama
dan Qiyas

2. Terus mengkaji meneliti dan membuat pindaan serta menyesuaikan enakmen yang
sedang dipakai di
samping mengkaji, meneliti dan membuat pindaan serta menyesuaikan segala
peraturan pentadbiran
supaya tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

3. Terus berusaha ke arah mempastikan setiap pindaan dan perubahan terhadap
enakmen dan peraturan
pentadbiran adalah benar-benar memenuhi prinsip keadilan, keharmonian dan saling
hormat-menghormati pihak-pihak berkenaan.

KEMUDAHAN AWAM DAN INFRASTRUKTUR

4. Meneruskan program kemudahan asas (infrastruktur) kepada rakyat bagi
melicinkan urusan sosial,
ekonomi dan komunikasi dan berusaha mendekatkan jurang kemajuan masyarakat
bandar dengan luar
Bandar.

5. Mempertingkat, memperbanyak dan memperluaskan lagi program Desa Taqwa dengan
matlamat
membangunkan satu projek di setiap daerah.

6. Mempertingkatkan mutu dan menyediakan bekalan air bersih mencukupi kepada
seluruh rakyat
Kelantan.

7. Berusaha membina jambatan keempat merentasi Sungai Kelantan bagi mengatasi
kesesakan
lalu-lintas di Kota Bharu.

8. Mempertingkatkan amalan al-taawun dan kerjasama masyarakat setempat dalam
melaksanakan pelbagai
program kemudahan asas rakyat tempatan.

PERTANIAN.

Mempertingkatkan keupayaan rancangan pertanian yang telah terbukti berjaya
memajukan golongan
petani dan penternak:

9. Rancangan industri desa berasaskan pertanian.

10. Pemulihan tanah terbiar.

11. Penanaman sayur dan industri sayur-sayuran.

12. Penanaman secara komersil bawang merah, jagung bijiran dan nenas.

13. Penanaman buah dan industri buah-buahan.

14. Melahirkan usahawan tani (agro-tourism)

15. Penanaman padi. 16. Menampung pemberian subsidi baja padi.

17. Pengeluaran penternakan. 18. Penghasilan ikan air tawar dan udang.

19. Melahirkan petani pelapis.

20. Penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian dengan memberi latihan dan
membuka peluang
memajukan pertanian tanah tinggi Lojing.

21. Membina pasar borong pertanian.

22. Memajukan Taman Teknologi Pertanian.

PERHUTANAN

Meneruskan usaha menjadikan sektor perhutanan sebagai kegiatan ekonomi penting
dengan
mengambilkira perkara-perkara berikut:

23. Semua keputusan Majlis Perhutanan Negara dalam mempastikan pengekalan
keluasan , pertumbuhan
semula hutan dan kawasan hutan simpan, terutama dalam mematuhi kuota penebangan
hutan.

24. Tidak berlaku penebangan yang melanggar Akta Perhutanan dan
peraturan-peraturan di bawah Akta
Perhutanan.

25. Usaha-usaha penanaman semula (reforestration) dan pemulihan hutan melalui
rancangan Ladang
Hutan. 26. Mengekalkan prinsip mesra alam dan penjagaan alam sekitar.

27. Pengawalan pembalakan dan menyelesaikan masalah pembukaan tanah secara
haram.

PERIKANAN

28. Membina lebih banyak prasarana industri perikanan.

29. Menyediakan kemudahan pemasaran

30. Menyediakan latihan perikanan kepada nelayan pelapis.

31. Memajukan Projek Pelabuhan Perikanan dan Taman Industri Marin di Tok Bali.

32. Memajukan projek ternakan air (aquaculture).

PENTERNAKAN

33. Menjadikan Negeri Kelantan sebagai pengeluar dan pembekal hasil ternakan
utama seperti daging
halal bagi keperluan dalam dan luar negeri.

34. Memajukan ternakan susu.

35. Menggalakkan penternakan tradisi dengan cara membekal baka dan khidmat
nasihat.

36. Mengekalkan keluasan padang ragut milik kerajaan untuk dimanfaatkan oleh
penduduk tempatan.

37. Mewujudkan zon penternakan berkelompok untuk lembu, kerbau, kambing,
biri-biri dan ayam-itik.

38. Mewujudkan zon perusahaan berasaskan binatang ternak seperti makanan,
daging, kulit dan
penghasilan baka.

PERINDUSTRIAN.

39. Meneruskan pembukaan kawasan perindustrian baru di setiap jajahan.

40. Meneruskan usaha menarik pelabur tempatan dan asing menerusi pelbagai
perkhidmatan, kemudahan
dan galakan insentif.

41. Mempertingkatkan peranan Pusat Serenti Pelaburan bagi menggalakkan aktiviti
pelaburan dan
perindustrian. 42. Meneruskan usaha-usaha memajukan “cottage industryâ€
seperti industri
makanan.

KEUSAHAWANAN

43. Menyediakan kemudahan dan galakan bagi membantu usahawan-usahawan kecil.

44. Meningkatkan peranan perbadanan kerajaan dalam memajukan bidang usahawan.
KRAFTANGAN Memajukan
sektor industri tumpuan iaitu:

45. Industri batik, tenunan dan kain songket.

46. Industri kraftangan termasuk ukiran dan perak.

47. Industri barang kemas terutama emas.

48. Berusaha mewujudkan Pusat Reka Cipta bagi melahirkan ramai usahawan kraf.

PELANCONGAN.

Meneruskan usaha-usaha menarik pelancong domestik dan antarabangsa melalui:

49. Mewujud dan melebarkan lebih banyak pusat persinggahan/destinasi baru
pelancong dengan imej
budaya asli tempatan.

50. Menggalakkan reka cipta baru bertaraf antarabangsa sebagai tarikan.

51. Mempromosi peluang-peluang pelancongan.

52. Memasukkan lebih banyak acara tahunan di dalam kalendar pelancongan
nasional.

53. Mempopularkan pakej pelancongan berasaskan alam semulajadi
(eco-tourism/agro-tourism).

PENTADBIRAN TANAH

54. Menyediakan sistem pendaftaran dan bayaran hasil tanah secara berkomputer.

55. Menyediakan sistem bayaran hasil tanah secara “on-line†yang boleh
dibayar dimana-mana
Pejabat Tanah dan Jajahan.

TANAH TERBIAR

56. Mempastikan usaha pemulihan tanah terbiar.

57. Meneruskan usaha pemulihan tanah terbiar dengan aktiviti bercorak komersil
di samping menyedia
khidmat sokongan kepada mana pengusaha yang memajukannya.

PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN

58. Meningkatkan penguasaan ke atas pencerobohan tanah kerajaan dan hutan
simpan.

PERLOMBONGAN DAN KUARI

59. Meningkatkan usaha pengeluaran hasil bumi (batu-batan dan galian) termasuk
emas secara lebih
efisyen dengan kerjasam PKINK.

KEWANGAN

60. Mempertingkatkan punca-punca hasil baru di samping terus memajukan
punca-punca hasil sedia ada
berteraskan kaedah Islam.

61. Meningkatkan peranan Tabung Serambi Mekah demi kepentingan rakyat.

62. Mempertingkatkan dana terkumpul Tabung Warisan Tok Kenali.

PERBADANAN/AGENSI KERAJAAN NEGERI.

63. Mempastikan PKINK dan anak syarikatnya menerokai peluang-peluang baru
berasaskan sektor
ekonomi utama negeri seperti pertanian, hartanah, perhutanan, pembuatan,
perkhidmatan dan
pelancongan.

64. Meneruskan amalan tiada campur tangan politik dalam pengurusan dan
pentadbiran perbadanan
agensi Kerajaan Negeri.

65. Mempastikan PKINK dan anak syarikatnya menjalankan projek yang ekonomik demi
mengurangkan
pergantungan kepada kerajaan negeri.

MPKB/MAJLIS DAERAH

66. Memajukan Pusat Ekspo Negeri di Tanjong Chat, Kota Bharu.

67. Mewujudkan Taman Rekrasi satu jajahan satu taman seperti Taman Rekreasi
Bandar Tanjong Chat
Kota Bharu.

68. Meneruskan dasar perlantikan wakil-wakil kaum (Cina, India, Siam dan Orang
Asli), kumpulan
professional, NGO, ahli Persatuan Bekas Perajurit dan Ahli Persatuan Bekas
Polis, belia dan wanita
sebagai ahli majlis MPKB dan majlis daerah di seluruh negeri.

  PEMBANGUNAN WILAYAH/BANDAR BARU.

69. Meneruskan pelaksanaan pembangunan Jajahan Kecil Lojing dan Bandar Baru
Lojing.

70. Berusaha memajukan Bandar baru berkonsepkan Islam di Pengkalan Kubor Tumpat.

71. Meneruskan semua projek Bandar baru yang telah dirancang:

a) Bandar Baru Pasir Pekan.

b) Bandar Industri Perikanan Tok Bali.

c) Bandar Baru Rantau Panjang.

d) Bandar Baru Gua Musang.

e) Bandar Pelabuhan Darat Kuala Krai.Utara.

f) Bandar Petro-Kimia Senok.

g) Bandar Ilmu Machang.

72. Meneruskan Rancangan Pembangunan Bersepadu di perkampungan Orang Asli (RPS)
dengan pemberian
milik lot rumah dan lot dusun seperti di Kampung Jedik, Pos Brooke.

PERUMAHAN.

73. Melipatgandakan usaha pembinaan rumah awam kos rendah mengikut prinsip Islam
seperti
mengandungi tiga bilik sebagai memenuhi keperluan pembeli.

74. Berusaha menyediakan tapak-tapak rumah kepada golongan miskin seperti di
Bukit Tok Ali Jeli,
Pantai Mek Mas, Kota Bharu, Alor Pulai Bachok dan Kg. Tok Ewal, Bachok.

75. Mempastikan langkah-langkag prihatin diambil bagi mengatasi masalah
perumahan akibat banjir
atau ribut sepertimana projek penempatan semula di Batu Jong dan Kuala Nal Kuala
Krai.

PENDIDIKAN.

76. Memajukan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sebagai
universiti Islam ulung
di rantau ini yang mampu melahirkan ulamak, intelek dan pendakwah berwibawa.
BELIA.

77. Mewujudkan Tabung Belia Usahawan Negeri Kelantan agar lebih banyak modal
dapat dialirkan di
samping menyediakan bimbingan keusahawanan kepada belia tempatan.

78. Memperbanyakkan pusat latihan dan jaya diri belia di peringkat jajahan bagi
melahirkan lebih
ramai tenaga belia yang terlatih di bidang pekerjaan.

79. Menubuhkan Pondok Pemulihan Dadah berasaskan pendekatan Islam.

WANITA

80. Mempertingkatkan penglibatan wanita di dalam perlantikan ahli lembaga PKINK,
MPKB/Majlis
Daerah, Unit Dakwah Halaqat, YIK dan penglibatan agensi berkanun berkaitan.

81. Terus berusaha mewujudkan kumpulan penggiat ekonomi wanita di peringkat
kampung menerusi
pemupukan budaya keusahawanan secara teratur.

82. Mengenalpasti dan merangka program pembelaan kepada janda, ibu tunggal dan
wanita uzur.

WARGA TUA DAN KURANG UPAYA.

83. Mewujudkan skim penempatan warga tua yang terabai di Pondok Pengajian Islam
yang sedia ada.

PROGRAM AM

84. Mempertingkatkan program keagamaan, ekonomi dan kebajikan kepada saudara
baru Islam dengan
kerjasama PERKIM.

85. Mempertingkatkan perkhidmatan Pusat Rawatan Islam.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

#482 From: aku punya <karkunku@...>
Date: Wed Jun 5, 2002 8:41 am
Subject: Umno Lelong Melayu!!!
karkunku
Send Email Send Email
 
Sila perhatikan kronoloji langkah-langkah yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin
Umno MELELONG orang melayu:



1. 9-Jun-1999: PEMIMPIN BUKAN MELAYU BOLEH JADI PERDANA MENTERI

KUALA LUMPUR 9 Jun - Perlembagaan Malaysia membenarkan pemimpin kaum bukan
Melayu menjadi Perdana Menteri, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tun Mohamed
Zahir Ismail.
(Utusan 10-Jun-1999)


2. 17-Jun-2000: BUKAN MELAYU BOLEH JADI PERDANA MENTERI.

Menurut Dr. Mahathir, sesiapa sahaja dan mereka dari apa jua keturunan
termasuk bumiputera bukan Melayu berhak menjadi Perdana Menteri, yang tidak
semestinya disandang oleh keturunan Melayu sahaja.

Malah, Perlembagaan Malaysia, jelas beliau, tidak ada menyebut mengenai
keturunan bagi melayakkan seseorang itu menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, proses ke arah merealisasikan perkara tersebut sudahpun
berjalan dan jika semua pihak sensitif terhadap cita rasa rakyat negara ini,
soal kaum dan keturunan tidak lagi akan menghalang sesiapa sahaja daripada
memegang apa-apa jawatan.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perasmian Perhimpunan
Agung MCA ke-47 di sini yang kemudiannya disambut dengan tepukan gemuruh
oleh ahli-ahli parti itu.
(Utusan 18-Jun-2000)


3. 20-Mei-2001: PM MEMBERI KELONGGARAN KAUM CINA SABAH UNTUK MENYERTAI UMNO

KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata
kelonggaran yang diberi kepada kaum Cina Sabah untuk menyertai Umno di
negeri itu, tidak akan menjejaskan keanggotaan parti komponen Barisan
Nasional (BN) yang lain.


4. 7-Julai-2001: MAHATHIR BERCADANG UNTUK MEMBENTUK HANYA SATU PARTI TUNGGAL
IAITU BN

KUALA LUMPUR 7 Julai - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yakin usaha Barisan
Nasional (BN) untuk membentuk bangsa Malaysia di bawah satu parti mewakili
pelbagai kaum akan tercapai walaupun ia akan memakan masa yang panjang.

"Saya yakin lama kelamaan BN akan menjadi satu parti dan bukan lagi satu
parti campuran," katanya pada ucaptama di Konvensyen BN di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) di sini.
(Utusan 8-Jul-2001)


5. 8-Julai-2001: KERAJAAN BENARKAN MASYARAKAT CINA MENUBUHKAN SEBUAH
UNIVERSITI SWASTA

IPOH 8 Julai - Masyarakat Cina negara ini akan dapat merealisasikan impian
mereka menubuh sebuah universiti swasta apabila Kementerian Pendidikan
membuat tawaran rasmi kepada MCA berhubung penubuhan itu.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik berkata, MCA telah ditawarkan
menubuh universiti itu dan akan menamakannya Universiti Tunku Abdul Rahman.
(Utusan 8-Jul-2001)


6. 27-Julai-2001: MAHATHIR BERCADANG MENGHAPUSKAN SISTEM KUOTA DAN
MENGAMALKAN MERITOKRASI PENDIDDIKAN

July 27 (Bernama) -- Presiden Umno Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini
memberi amaran bahawa tindakan radikal akan diambil bagi menyelamatkan
pelajar Melayu daripada terus tercicir.

Tindakan itu termasuk mengurangkan tempat pelajar bumiputra di institusi
pengajian tinggi awam selain mengurangkan bantuan kerajaan kepada mereka,
katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi
Umno di ibupejabat parti di sini.


7. 3-Ogos-2001: SARANAN MERITOKRASI UNTUK DIPERLUASKAN DALAM SEMUA AKTIVITI
LAIN

KUANTAN, 3 Ogos (Bernama) -- Konsep meritokrasi untuk orang Melayu perlu
diaplikasikan dalam semua aktiviti yang dijalankan, termasuk perniagaan,
supaya kelayakan yang diperolehi itu diasaskan kepada kekuatan individu itu
sendiri, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri
Rafidah Aziz.


8. 2-Jan-2002: 100 REMAJA SIAM SERTAI UMNO

ARAU, Selasa - Seramai 100 remaja keturunan Siam dari Kampung Padang Petani,
Jejawi, dekat sini menyertai Umno.

Mereka yang berusia di antara 19 dan 22 tahun adalah kumpulan pertama remaja
keturunan Siam di negeri ini yang menyertai parti berkenaan menerusi Puteri
Umno Perlis.


9. 31-Mei-2002: MATRIKULASI UNTUK SEMUA KAUM -- KABINET PERUNTUKKAN KUOTA 10
PERATUS BAGI BUKAN BUMIPUTERA

KUALA LUMPUR 30 Mei - Kabinet memutuskan untuk membuka Program Matrikulasi
kepada pelajar bukan bumiputera dengan memperuntukkan kuota sebanyak 10
peratus untuk mereka, mulai tahun depan.


10. 1-Jun-2002: MRSM JUGA UNTUK SEMUA KAUM -- PERUBAHAN DASAR KERAJAAN TIDAK
JEJASKAN PELUANG PELAJAR BUMIPUTERA

KUALA LUMPUR 31 Mei - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara juga
akan dibuka kepada semua kaum mulai tahun depan dengan peruntukan kuota
sebanyak 10 peratus.


Komen:


Secara beransur-ansur, umno dan perjuangan umno akan berkubur (kubur yang
digali oleh pemimpin mereka sendiri) dan akan tidak lagi menjadi releven!

Dan kronologi yang tersebut hanya-lah sebahagian daripada usaha-usaha
pemimpin umno MELELONG orang melayu secara sistematik, beransur-ansur,
sedikit demi sedikit sehingga penyokong-penyokong umno terus lali dan
lalai!!!


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

#483 From: Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd <kumsb@...>
Date: Thu Jun 6, 2002 12:27 pm
Subject: Re: [umno-reform] PEGAWAI PEMASARAN
kumsb@...
Send Email Send Email
 
Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd wrote:

> PEGAWAI PEMASARAN
>
> Kelayakan Minima: SPM
> Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris
> Gaji : RM600.00 (tempoh percubaan 3 bulan)
> Komisen pencapaian : sehingga RM5000.00 sebulan
> Keutamaan >Mempunyai kenderaan sendiri & lesen memandu
> Berpengalaman dalam bidang pemasaran minima 1 tahun.
> (Bagi yang tiada kenderaan dan tiada pengalaman pemasaran, permohonan
> anda boleh dipertimbangkan dengan syarat anda bersedia menerima tunjuk
> ajar dan sanggup berusaha bersungguh-sungguh).
>
> Keterangan lanjut hubungi:
> En. Ahmad (03-55114530/ 55110139 / 012-6961148)
>
> "KERJAYA PEMASARAN ANDA ADALAH LANGKAH PERMULAAN UNTUK MENJADIKAN
> ANDA  SEORANG USAHAWAN YANG DINAMIK DAN BERWAWASAN"
> Selamat Datang Ke>    Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd
>                                     N0. 41, Jalan Badminton, 13/29
> Tadisma Business Park
>                                     40100 Shah Alam, Selangor DE.
> --------------------------------------------
>
>     Lihat > Peluang Perniagaan
>
>     Buku yang mesti anda baca sebagai bukti kecintaan kepada
> Rasulullah SAW.
>
> Ruang Niaga Siber Untuk Di Sewa:
> http://www.dumei.com/direktori.asp bolehlah menghubungi kami untuk
> perbincangan lanjut.
>
> PORTAL USAHAWAN MUSLIM >beritahu rakanniaga anda supaya mereka boleh
> mengambil manfaat khususnya dalam memperluaskan kontaks perniagaan dan
> mendapatkan peluang-peluang perniagaan yang disediakan di portal ini.
>
> Sekian, wasssalam. "Semoga Allah Menerima Amal Kami dan Amal Kamu"
>
> To unsubscribe from this group, send an email to:
> umno-reform-unsubscribe@yahoogroups.com
>
>
>
> Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.


[Non-text portions of this message have been removed]

#484 From: aku punya <karkunku@...>
Date: Fri Jun 7, 2002 4:01 am
Subject: ISU KHAS MENGENAI KOMPROMI UMNO DAN KEADILAN
karkunku
Send Email Send Email
 
Benarkah WUJUD DAN SEMAKIN KUAT isu ini? Kehadiran mereka yang menuntut agar
UMNO berubah semakin
kuat kedengaran dan kompromi antara pemimpin Keadilan dan Umno sedang giat
berlangsung. Namun
intipati perhubungan dan bentuk kompromi tersebut sungguhpun kedua-dua belah
pihak seakan mahu isu
ini di rahsiakan dahulu.

Pemimpin Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim sama-sekali menafikan bahawa pernah
wujud rundingan
antara beliau dengan Mahathir, menurut peguam Sankaran Nair.

Sankaran, yang menyampaikan pesan Anwar itu kepada media massa, menyatakan
bahawa desas-desus
adanya rundingan Anwar-Mahathir itu adalah "khabar angin semata-mata".

Difahamkan, desas-desus itu timbul akibat tulisan sebuah akhbar tabloid
sedangkan keadaan sebenar
ialah tidak pernah berlaku sebarang rundingan antara Anwar dengan Mahathir.

Sebelum ini, Naib Presiden Keadilan YB Azmin Ali telah pun menafikan kewujudan
"rundingan"
tersebut dan menyifatkannya "khabar angin" semata-mata.

Sebaliknya, keadaan sebenar ialah Anwar semakin ditekan dengan diletakkan dalam
bilik penjara yang
jauh dari orang lain dan berhampiran dengan bilik mayat.

Dari sebelah UMno perhubungan itu wujud dan usaha kompromi di buat melalui Ezam
Mohd Nor (Ketua
Pemuda Keadilan) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Saya juga pernah
memaklumkan bahawa Tan Sri
Muhd Muhammad Taib dan Datuk Aziz Sheikh Fadzir juga pernah di kaitkan dalam isu
ini. Fitnah atau
kebenaran? Ada pihak yang terus menghentam dan mengatakan bahawa itu hanya 
fitnah. Anehnya
kedua-dua UMNO dan Keadilan menolak pendedahan ini.

Sungguhpun begitu di katakan usaha ini adalah terdiri dari kepimpinan UMNO yang
mahu Datuk Seri
Anwar Ibrahim di bebaskan. Pembebasan itu perlu untuk perpaduan semua kaum
melayu yang semakin
terpisah oleh politik.

Hush-hush adalah kerana dalam UMNO sendiri sudah ada golongan pendesak dan
golongan yang
mempertahankan kepimpinan tertentu. Golongan pendesak mendesak perubahan dalam
UMNO termasuk
perubahan kepimpinan yang dikatakan sudah tidak menepati ciri-ciri perjuangan
dalam UMNO.

Apakah suara reform dalam UMNO kini sudah tersebar luas? Apakah suara reform
dalam UMNO sudah mula
bertindak dalam membawa UMNO kearah politik baru yang lebih pro aktif dan
memperjuangkan rakyat
melebihi kepentingan diri? Atau seperti yang pernah saya katakan dahulu; hanya
mahu membeli
insuran kerana takut akan sokongan Melayu sudah berubah dari UMNO ke
pembangkang.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

#485 From: Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd <kumsb@...>
Date: Sat Jun 8, 2002 2:00 am
Subject: Re: PEGAWAI PEMASARAN
kumsb@...
Send Email Send Email
 
Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd wrote:

> PEGAWAI PEMASARAN
>
> Kelayakan Minima: SPM
> Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris
> Gaji : RM600.00 (tempoh percubaan 3 bulan)
> Komisen pencapaian : sehingga RM5000.00 sebulan
> Keutamaan >Mempunyai kenderaan sendiri & lesen memandu
> Berpengalaman dalam bidang pemasaran minima 1 tahun.
> (Bagi yang tiada kenderaan dan tiada pengalaman pemasaran, permohonan
> anda boleh dipertimbangkan dengan syarat anda bersedia menerima tunjuk
> ajar dan sanggup berusaha bersungguh-sungguh).
>
> Keterangan lanjut hubungi:
> En. Ahmad (03-55114530/ 55110139 / 012-6961148)
>
> "KERJAYA PEMASARAN ANDA ADALAH LANGKAH PERMULAAN UNTUK MENJADIKAN
> ANDA  SEORANG USAHAWAN YANG DINAMIK DAN BERWAWASAN"
> Selamat Datang Ke>    Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd
>                                     N0. 41, Jalan Badminton, 13/29
> Tadisma Business Park
>                                     40100 Shah Alam, Selangor DE.
> --------------------------------------------
>
>     Lihat > Peluang Perniagaan
>
>     Buku yang mesti anda baca sebagai bukti kecintaan kepada
> Rasulullah SAW.
>
> Ruang Niaga Siber Untuk Di Sewa:
> http://www.dumei.com/direktori.asp bolehlah menghubungi kami untuk
> perbincangan lanjut.
>
> PORTAL USAHAWAN MUSLIM >beritahu rakanniaga anda supaya mereka boleh
> mengambil manfaat khususnya dalam memperluaskan kontaks perniagaan dan
> mendapatkan peluang-peluang perniagaan yang disediakan di portal ini.
>
> Sekian, wasssalam. "Semoga Allah Menerima Amal Kami dan Amal Kamu"
>


[Non-text portions of this message have been removed]

#486 From: aku punya <karkunku@...>
Date: Sat Jun 8, 2002 2:48 am
Subject: Lagi Lagi Melayu!!!
karkunku
Send Email Send Email
 
Orang Melayu ramai tidak puas hati terhadap kerajaan yang akhir-akhir ini
terlampau menekan orang
melayu dan memberi ruang yang cukup selesa kepada bukan melayu yang sememangnya
sudah begitu
selesa. Kerajaan UMno/BN perlu menjaga hati dan memenuhi kehendak bukan Melayu
demi kelangsungan
pemerintahan dari jatuh ke tangan pembangkang (BA).Tanpa sokongan dari golongan
ini, mereka akan
kehilangan apa yang dinikmati sekarang. Sungguhpun UMNo mungkin berbangga kerana
mempunyai syer
majoriti dalam pakatan BN tetapi harus diingat yang parti2 lain mempunyai
kekuatan terutama MCA
dan Gerakan. Dalam kiraan matematik orang Cina mempunyai lebih kuasa kerana
diwakili oleh dua buah
parti ( UMno + [MCA + GERAKAN] + MIC) di sini saya tidak mengambil kira parti2
kecil yang lain
kerana hanya parti2 ini yg mempunyai byk kuasa.

Saya berkeyakinan sokongan orang melayu pada pilihanraya nanti akan bertambah ke
arah pembangkang
kerana ramai ahli-ahli UMNO di akar umbi sudah menyuarakan perasaan tidak puas
hati. Penindasan
terhadap orang melayu di dalam berbagai bidang amat ketara terutama di dalam
pengambilan
pekerjaan, perniagaan seperti alatan ganti kenderaan, pembekal komponen
elektronik dsb. Pihak
kerajaan perlu memikirkan seperti semasa zaman Tun Abd Razak bagimana untuk
memajukan dan membuka
ruang yang luas kepada orang melayu untuk menikmati kekayaan di bumi bertuah ini
daripada di
rampas oleh bukan melayu. Contohnya stesyen minyak petronas yang keutamaan
diberikan kepada orang
melayu dan kita perlu lihat perangai orang Cina yang pada mulanya memboikot
usaha kerajaan
membantu orang melayu. Saya ingin mencabar orang bukan melayu sekiranya mereka
benar-benar ikhlas
menolong orang melayu mengapa perlu iklankan jawatan yang cuma untuk orang Cina
sahaja yang masih
berleluasa sehingga hari ini.

Sekiranya syarikat itu beroperasi di Malaysia mengapa tidak mahu bertutur bahasa
Melayu tetapi
masih bertutur bahasa penjajah dan bahasa Cina sebagai alat komunikasi.
Pengalaman saya dengan
orang bukan melayu sebenarnya mereka sememangnya anti melayu dan anti Islam.
Lihat sahaja di Pulau
Pinang bagaimana orang melayu di tindas kerana jawatan-jawatan tinggi Kerajaan
Negeri dan swasta
diisi oleh bukan melayu dan akhir sekali melayu tidak mampu untuk tinggal di
bumi bertuah ini
lagi.

Mengapa kerajaan perlu menekan orang melayu adakah pemimpin sekarang terdiri
daripada kumpulan
elit yang lupa perjalanan sejarah keperitan orang melayu. Sekiranya peluang
pendidikan orang
melayu dihadkan dan bahasa melayu dalam matametik dan sains diinggeriskan di
mana lagi maruah
orang melayu hendak dibela. Pemimpin UMNO hanya tukang angguk sahaja dan tidak
terdapat pejuang
melayu seperti Syed Jaafar Albar lagi malah anaknya pun sudah hilang taring.

Ini hanyalah sebahagian kecil isu2 yang meresahkan orang2 Melayu yang sedar dan
insaf akan
percaturan politik survival UMno. Saya sememangnya tidak begitu berminat akan
isu2 perkauman
seperti ini kerana jelas ia bukan sahaja meresahkan dan mencemaskan banyak pihak
tetapi kestabilan
dan keamanan negara turut tergugat jika tidak diatasi dengan saksama.

Wahai pemimpin UMNO bangunlah dari mimpi indah kamu sekiranya tiada sedar juga
akan nasib bangsa
kamu maka tiada lagi caranya cuma 'Selamat tinggal UMNO(baru)'.







__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

#487 From: aku punya <karkunku@...>
Date: Sat Jun 8, 2002 3:33 am
Subject: Negara Islam tanpa undang-undang Islam???
karkunku
Send Email Send Email
 
Malaysia sebuah Negara Islam masih disembang-sembangkan lagi. Terbaru dalam
radio IKIM Jun 6.
Radio IKIM ini pernah seorang Makcik dan seorang student USM kata radio ini
banyak memberi
manafaat dan dapat menambah iman. Suara mereka ni dah jadi macam iklan pada
setiap pagi. (Kalau
tuan-tuan syok nak dengar suara sendiri cuba-cubalah talipon radio tu… bodek
habis-habis pasti
suara anda jadi iklan percuma tanpa royalti). Anda nilaikanlah sendiri iklan tu.
Kadang-kadang
rasa nak meloya…. budak USM tu kata setelah dia dengak radio tu dia terus jadi
rajin sembahyang
dan bertambah iman dia. Kalau dia dengar bacaan Al-Quran… alhamdulilllah..tapi
kalau dengar lagu
arab yang tak tentu hala..bertambah iman …masyaAllah.
Sebenarnya dengar radio tu taklah salah sekiranya kita dapat berfikir …tapi yang
kesiannya orang
yang tak mahu berfikir. Terima bulat-bulat terutamanya orang yang allergic
dengan ceramah/tazkirah
atau politik. Lepas sembahyang maghrib terus saja blah balik rumah. Kalau balik
baca kitab atau
Quran tu takpa la.. ni balik tengok TV.

Benda yang dibincangkan dalam radio tu ialah Malaysia adalah sebuah negara
Islam..katanya, menurut
Mazhab yang empat terutamanya pendapat Mazhab Syafie, iaitu kerana Malaysia ini
telah menjadi
Negara Islam sejak zaman dahulu secara automatiknya ia tidak akan jadi kafir
walaupun tidak
menjalankan undang-undang Islam dengan syarat rakyatnya hidup aman dan tidak
ditindas. Aku tak
naklah bincang secara ilmiah, kita ambil secara straight forward dan kita fikir
sama-sama. Cuba
hampa pikiaq mai…adakah orang Islam di Malaysia ni hidup aman dan tidak
ditindas?????.

Ceramah ugama yang tak dicampur politik (boleh tak kita guna istilah ceramah
sekular?) tapi
disampaikan oleh orang politik terutama dari BA ditentang. Nak buat demo bantah
keganasan dan
kekejaman Amerika ditentang. Orang Yahudi datang main kriket, rakyat buat demo
dihalang dan
ditangkap. Peristiwa Memali orang kampung diserang dan dibunuh. Nak dengar
ceramah politik lagi
la..kena sembur air asid. Kita nak biar anak kita pergi balik sekolah
sorang-sorang pun kita rasa
khuatir dan takut. Sekarang ni tengok Polis Raja Di Malaysia ni pun kita tambah
takut selepas
peristiwa kat plaza tol Puchong. Tengok FRU lagi la. Kalau dengar ISA pun ada
yang takut. Kalau
nak disenaraikan ada berpuluh dan mungkin beratus alasan yang buat kita tak aman
dan ditindas.
Hatta pemimpin ‘Negara Islam’ Hj. Mahadey atau Badawi pergi mana-mana pasti
berpuluh body guard
berpakaian preman. Lepas tu body guard tu pun sentiasa ditukar-tukar takut nanti
lama sangat dok
jaga dia..kut-kut menyampah dengan dia, ada yang bunuh dia. Macamanalah nak kata
aman, pemimpin
‘Negara Islam’ sendiripun boleh rasa takut dengan rakyat.

Kes rogol dan berita terbaru wanita bergabung nak menentang peruntukan hudud
yang akan
dibentangkan oleh kerajaan Terengganu. Benda yang nak ditentang ialah berkenaan
undang-undang yang
disifatkan menzalimi wanita mangsa rogol. Shahrizat ni memang tahu 'Negara
Islam' ni memang  tak
aman dengan kes rogol. Punca ‘terbanyak’ kes rogol ialah wanita suka bepakaian
menjolok mata.
Kalaulah Shahrizat sendiri yang berjalan dilorong-lorong belakang kat KL tu
waktu malam dengan
lipstik, minyak wangi dan baju kebaya ketat belah kaki sampai paha pulak tu,
peratusan hang nak
kena rogol memang tinggi. Macamana la kita nak rasa selamat dalam ‘Negara Islam’
Malaysia ni.
Orang yang baik pun rasa tak selamat kalau tengok siShahrizat tu.

Aku meyokong penuh pendirian kerajaan negeri Terengganu yang akan tetap
membentangkan hudud dan
akan melaksanakannya seperti dalam manifestonya. Dulu puak-puak Umno tanya bila
nak jalankan hudud
di Terengganu, baru nak bentang saja depa habih gelabah. Di bawah adalah sedutan
statement yang di
buat oleh TG Menteri Besar Terengganu baru-baru ini:

"Insya Allah (ia) akan diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri, hak yang
kedua ini (hudud
dan qisas) akan menghadapi macam-macam halangan, kita buat dulu sekadar apa yang
mampu kita buat,
kalau ada halangan kita usaha buang halangan itu, bila habis halangan, insya
Allah kita akan dapat
laksanakan," ujarnya.

Ini, katanya selaras dengan pendapat ulama yang menyatakan bahawa `barang yang
kita tak boleh
dapat semua, jangan kita tinggal semuanya'.
"Kita tak boleh menyerahkan kalah, kita mesti berikhtiar sedaya upaya mengikut
jalan yang diajar
oleh Allah Taala.

"Kita nak melaksanakan syariat, kita akan melalui cara-cara ini dan kita akan
berjuang, berusaha,
kita tak biarkan sahaja, kena ada niat, azam dan kerja kita untuk buang
halangan-halangan ini, ini
mesti dilakukan oleh orang Islam," jelasnya.

Akhir kalam, aku harap kita semua dapat berdoa semuga Allah memberi kekuatan dan
kemenangan kepada
kerajaan Terengganu dan cita-cita kita untuk melihat undang-undang Islam
tertegak di bumi Malaysia
akan berhasil dan Allah menguatkan iman kita untuk sama-sama berjuang untuk
Islam. Amin.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

#488 From: aku punya <karkunku@...>
Date: Sat Jun 8, 2002 7:59 am
Subject: MELAYU, pasti pupus di bawah UMNO
karkunku
Send Email Send Email
 
Saya tergelak besar bila membaca artikel ahli-ahli umno yang marahkan
pemimpin-pemimpin UMNO
kerana mereka ingin membuka peluang kepada bukan bumiputra untuk memasuki MRSM.
Hak-hak istimewa
orang-orang melayu sudah nak habis baru mereka terjaga dari mimpi-mimpi indah
mereka. Saya taklah
marahkan mereka sebab sekurang-kurannya mereka bukanlah terdiri daripada
golongan bodoh-sombong.

MRSM nie tujuannya untuk tolong anak-anak orang-orang melayu yang cerdik tetapi
kurang
berkemampuan. Kalau kita biarkan anak-anak orang-orang melayu yang cerdik nie
bersekolah di
kampung-kampung perkembangan pelajaran mereka kurang baik berbanding bersekolah
di bandar.
Mereka-mereka inilah harapan kita untuk meneruskan pelajaran di menara gading.
Semakin ramai yang
belajar di MRSM nie maka semakin ramailah anak-anak watan yang belajar di
universiti. Tak gitu...

Ada satu pihak lagi yang sokong gila dengan idea gila nie, kunuuuuunnya;


a) Tepat pada masanyalah...
b) Orang melayu sudah mampu bersainglah...
c) Orang melayu tidak akan maju kalau dimanja-manjalah...

Pada saya golongan-golongan pengampu nie memang BODOH TAK BERJENIS sebab mereka
tidak fikir apa
akibat kemudian hari. Kalau kita tak jaga hak-hak keistimewaan orang-orang
melayu nie alamatnya
sepuluh hingga dua puluh tahun nanti kita akan jadi ANJING!!! Sebab... kalau
kita kira kesemua
IPTA dan IPTS antara pelajar melayu dan pelajar bukan melayu maka kita dapati
bahawa peratusan
pelajar melayu adalah sedikit kerana golongan melayu masih belum mampu untuk
memasuki IPTS kerana
bayarannya sangat mahal.

Dengan ini maka lebih ramai golongan terpelajar daripada golongan bukan melayu
akan menguasai
jawatan-jawatan tinggi di dalam syarikat-syarikat. Benda nie dah pun berlaku
sekarang. Kalau aku
kenallah sapa yang sokong dengan penghapusan hak-hak istimewa orang-orang melayu
nie aku akan
tarik hidung dia untuk tunjukkan buktinya. Cubalah jengah-jengah sikit
pejabat-pejabat swasta dan
lihat sendiri golongan mana yang lebih ramai sama ada melayu ataupun bukan
melayu.

Saya nie bukanlah perkauman sangat tetapi saya nak tanya pada orang yang tak de
otak nie (yang
sokong sangat dengan penghapusan hak istimewa ni) orang bukan melayu terutamanya
cina bila dia dah
pegang
jawatan tinggi kalau engkau kerja dengan dia agak-agak senang tak engkau naik
gaji atau naik
pangkat? Engkau kerja dua puluh tahun akan kalah dari segi gaji mahupun pangkat
engkau dengan
orang cina yang baru kerja lima
tahun. Orang-orang cina sudah tentu mahu tolong bangsa dia (orang melayu bangang
nie pulak nak
tolong pelingkup bangsa sendiri - melayu UMNO). Engkau kena maki tiap-tiap hari
dengan cina tapi
gaji tang tu jugak...

Kalau engkau minta kerja dia akan utamakan bangsa dia dulu, yang engkau... kalau
nak minta kerja
operator bolehlah kalau jurutera minta maaflah bebanyak. Kalau orang-orang
melayu pegang jawatan
pun untuk buat syarat saja itupun sampai tualah lu duduk kat situ. Benda ni
belum kena kat batang
hidung dia memanglah dia sokong dengan penghapusan hak istimewa nie bila dah
kena baru dia tahu
tinggi rendahnya langgit nie.

Cuba fikir kalau dah ramai orang-orang melayu berpendapatan kecil adakah mereka
mampu untuk
menghantar
anak-anak mereka ke universiti? Sedangkan orang-orang cina semakin ramai yang
bergaji besar mereka
sudah tentu mampu menghantar KESEMUA anak mereka ke universiti. Lama-kelamaan
orang melayu yang
belajar kat IPTA dan IPTS cuma 10%. Hah... baru padan muka orang-orang melayu.

Kepada AHLI GERAKAN minta maaflah bebanyak sebab aku ni bukannya perkauman cuma
nak beri maklumat
sedikit kepada engkau. Jangan hak orang sahaja yang engkau hendak tetapi hak
engkau, engkau
berkira. Saya bukan anti dengan orang-orang cina tetapi saya mahu keseimbangan
antara semua kaum
sama ada melayu, cina dan india sama-sama merasa kekayaan. Saya tidak mahu lagi
berlaku bergaduhan
kaum kerana ada jurang taraf hidup.

Akhir sekali....

HIDUP UMNO!!! HIDUP UMNO!!! MAMPUSLAH MELAYU!!!

Syuhadabadri
email: syuhadabadri@...



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

#489 From: ahmad helmi <matjenin21@...>
Date: Mon Jun 10, 2002 9:55 am
Subject: E-MENTOR untuk Melayu dunia. SURVEY NO. 1 Tolong beri INPUTS.
matjenin21
Send Email Send Email
 
MENDENGAR segmen ilmiah (BICARA DAN MOTIVASI) di radio
& kaset / CD dalam kereta sewaktu memandu - adalah
CARA yang paling mudah dan selesa untuk belajar dan
bermotivasi. Ia dapat mengatasi masalah KESIBUKAN,
tiada kelapangan untuk membaca dalam Konsep BELAJAR
SEPANJANG HAYAT. Kita dapat BERHIBUR SAMBIL BELAJAR
pelbagai bidang ILMU PENGETAHUAN di era pantas ini.
Apa PENDAPAT ANDA? Diharap sdr/sdri tidak keberatan
memberi pendapat dalam membantu saya menghasilkan
E-MENTOR. Sila ke:
http://groups.yahoo.com/group/mobilecampus/polls
Terima kasih. 'Kearah membina K-Komuniti'.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

#490 From: isisica <isisica@...>
Date: Mon Jun 10, 2002 2:15 pm
Subject: INITIAL SALES LETTER I use this,
isisica@...
Send Email Send Email
 
I'm gonna show you EXACTLY how I get money deposited RIGHT to MY bank account
(no company to hold my money while they "work things out"), and EXACTLY what I
do every single day. This is for normal, hardworking people who want to make a
steady, substantial and growing income from their computers, and to start making
money today.

[Non-text portions of this message have been removed]

#491 From: aku punya <karkunku@...>
Date: Tue Jun 11, 2002 7:24 am
Subject: PAS dan Islam
karkunku
Send Email Send Email
 
PAS sebagai wadah perjuangan untuk merealisasikan daulah islamiah tertegak
dibumi MERAYU ini yg
berlandaskan ALQURAN & HADIS sebagai perlembagaanya bukan semangat kebangsatan
(kebangsaan) yang
diwarwarkan oleh UMNO kununnya melaksanakan ISLAM melalui semangat Kebangsaan.
Kalau UMNO gunakan
ALQURAN & HADIS sebagai perlembagaan dah lama PAS dibubarkan. Cuba teliti dahulu
sebelum memberi
sokongan pada mana-mana pihak dan jangan jadi HAPRAK & BARUA....

Sama-samalah kita mencari jalan yang terbaik untuk mempastikan Malaysia menjadi
negara Islam.

Persoalan ini berfokus kepada cara untuk menegakkan Islam, setelah pemerintah
umat Islam hari ini
tidak boleh diharapkan untuk mendaulatkan Islam secara syumul. Persoalannya
apakah boleh Islam
diperjuangkan menerusi penubuhan parti politik,  tidak pernah dilakukan oleh
para nabi dan Nabi
Muhammad s.a.w. Arab Saudi juga mengharamkan penubuhan parti politik kerana
boleh memecahbelahkan
umat.

Jika persoalannya ialah berkaitan hukum atau pandangan Islam dalam sesuatu
perkara, maka sudah
pasti alat2 yang wajib untuk menuju kepada kefahaman yang sebenar ialah
kefahaman asas terhadap
sumber Islam iaitu nas2 al-Quran dan hadis (yang sahih) serta perbahasan ulama
yang muktabar
tentangnya. Oleh kerana nas2 al-Quran, hadis dan perbahasan ulama muktabar itu
kebanyakannya dalam
B. Arab, maka kefahaman mendalam dalam bahasa itu adalah satu keperluan yang
wajib. Tidak cukup
setakat itu, kefahaman yang mendalam terhadap ilmu disiplin berhujah dengan
al-Quran dan hadis
(iaitu ilmu Usul al-Fiqh dan Qawa`id al-Fiqh) adalah juga suatu yang mesti dan
wajib.

Apakah masyru` (dibenarkan syarak) penubuhan parti politik utk menegakkan Islam?

Mungkin kita beranggapan ia tidak masyru` berdasarkan hujah2:

(1) Di Arab Saudi tiada parti politik kerana menurut mereka parti politik boleh
memecahbelahkan
umat,

  (2) Tiada seorang nabi dan para pejuang syuhada zaman dulu yang berjuang
menegakkan Islam melalui
parti politik,

(3) Parti politik berasal drp sistem kafir,

(4) Parti politik boleh digantikan dengan cara berdakwah kepada iman dan amal,
seperti yang
dilakukan oleh Jamaah Tabligh.

Tetapi ada hujah2 lain yang menunjukkan penubuhan parti politik Islam sebagai
suatu yang masyru`
bahkan dituntut dalam zaman sekarang. Hujah2nya seperti berikut:

1) Tiada nas s/ada dalam al-Quran, hadis atau kata2 ulama terdahulu yang
muktabar bahawa penubuhan
parti politik itu dilarang syarak. Dalam syariah (Usul al-Fiqh), ada satu kaedah
yang berbunyi
"Aslul Asy-yaa' al-Ibahah" (Asal sesuatu perkara itu adalah harus). Semua
perkara di dunia ini
asalnya harus, melainkan setelah datangnya nas2 yang melarangnya, barulah
hukumnya bertukar
menjadi haram atau makruh, ataupun apabila datangnya nas2 yang menyuruhnya, maka
ia pun bertukar
menjadi wajib atau sunat. Antara haram dan makruh, atau antara wajib dan sunat,
adalah berdasarkan
sejauh mana larangan dan suruhan itu, dengan sokongan nas2 yang lain, yang
difahami oleh ulama
yang berkecimpung dalam bidang ilmu prinsip pengeluaran hukum Islam (iaitu ilmu
Usul al-Fiqh),
dengan sokongan ilmu yang luas tentang hadis Nabi s.a.w., yang merupakan praktis
kepada seluruh
hukum Islam yang wujud sebelum kemangkatan baginda.

Oleh kerana tiada nas yang melarang, maka penubuhan parti politik adalah harus.
Itulah asal dan
dasarnya.

2) Apabila kita bercakap mengenai parti politik Islam (iaitu parti yang berjuang
untuk
mendaulatkan Islam), maka kita telah terkeluar daripada asal dan dasar hukum
tadi (harus). Hukum
itu telah bertukar menjadi sekurang-kurangnya sunat, kalaupun tak wajib. Ini
berdasarkan nas
al-Quran yg bermaksud: "Dan bertolong menolonglah kamu dalam perkara kebajikan
dan taqwa, dan
janganlah kamu bertolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan" (Al-Maidah:
2). Jika parti
Islam bertujuan untuk bergabung tenaga menegakkan Islam, bagaimana ia dikatakan
haram, sedangkan
ia bertepatan dengan kehendak ayat tersebut? Apatah lagi tiada satu nas pun yang
melarangnya.

3) Walau bagaimanapun, jika kita merujuk kepada nas yang lain, kita dapati
penubuhan parti politik
dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia adalah dituntut oleh syarak. Ada
nas yang bermaksud
"Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang berjuang di jalan-Nya dalam satu saf
(barisan/front/organisasi) seumpama sebuah bangunan yang berdiri teguh" (Al-Saf:
4). Alangkah
bodohnya umat yang ingin melihat Islam tertegak di muka bumi, tanpa membuat
persediaan yang lebih
baik daripada kaum yang ingin merobohkan Islam atau yang berpura-pura cinta
Islam, ataupun
sekurang-kurangnya membuat persediaan yangg setanding dengan musuh itu. Adakah
Allah s.w.t. akan
menolong dengan mukjizat semata-mata tanpa wujudnya usaha yang tersusun dan
sistematik daripada
para pejuang?  Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri tidak diberikan mukjizat melainkan
setelah banginda
bekerja keras siang malam dengan tulang empat kerat.

Kalaulah musuh ada barisan/front/organisasi yang memonopoli sistem demokrasi,
apakah pejuang Islam
perlu pejam mata dan pekakkan telinga saja atas alasan demokrasi, parti politik
dan pilihanraya
adalah sistem ciptaan orang kafir!!?? Apakah patut pejuang Islam membiarkan saja
kerusi eksekutif
yang berkuasa mencipta undang2 ke atas umat di dewan rakyat, parlimen, dewan
undangan negeri dll
diduduki oleh puak yang benci kepada Islam secara zahir batin atau secara batin
sahaja (terlihat
kebenciannya secara luar kawalan/ tak sengaja)?  Realiti dan hakikatnya, sama
ada rakyat suka atau
tidak, orang yang menduduki kerusi2 eksekutif itulah yang mencipta, menggubal,
meminda atau
membatal undang2 sebaik sahaja mereka berkuasa setelah menang dalam pilihanraya
'demokrasi'. Bila
mereka memiliki kuasa itu, persetankan sahaja kehendak rakyat terbanyak. Mereka
kata mereka telah
diberi mandat selama 5 tahun, kalau tak setuju, tunggu 5 tahun!! (Walaupun
mandat itu diperolehi
secara penipuan seperti undi pos yang menjadi taboo kepada pembangkang). Bila
mereka kata kita tak
boleh laksanakan hukum jenayah dalam al-Quran (hudud), rakyat (termasuk orang
yang cintakan
al-Quran dan Islam) terpaksa terima. Bila mereka kata harga barang itu ini
dinaikkan, semua rakyat
terpaksa bayar walaupun perit. Bukanlah susah untuk mencipta beberapa rasional
di sebalik kenaikan
harga barang itu dengan sokongan sedikit 'statistik' atau 'angka' yang entah
betul ke tidak.
Rakyat terima ajelah. Bila mereka nak langgar perjanjian yang mereka sendiri
buat, rakyat pun
terpaksa akur, sebab mereka masih berkuasa sebagai kerajaan pusat.

Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pada hari ini, kenapa pejuang Islam
perlu mengasingkan
diri dan lari daripada merebut peluang untuk melaksanakan Islam melalui kuasa?
Apakah Nabi s.a.w.
mampu melaksanakan Islam tanpa kuasa yang diusahakan? Bukankah perpindahan dari
Mekah ke Madinah
(Hijrah) itu sebagai satu strategi untuk mempraktikkan Islam melalui kuasa
politik/pemerintahan di
sebuah negara yang bebas dan berdaulat (walaupun bukan secara parti politik
seperti hari ini)?
Secara logiknya, adakah baginda akan berjaya menegakkan Islam tanpa berhijrah
mendapat sebuah
negara yang berkuasa politik? Adakah Islam akan boleh dilaksanakan sepenuhnya
tanpa sebuah negara
dan sistem yang bebas dan tersendiri? Bukankah baginda telah boleh berdakwah,
beriman dan beramal
di Mekah? Kalau dah boleh, kenapa sibuk2 mengajak para Sahabat r.a. berhijrah?
Sedangkan beramal
di Mekah itu mendapat pahala yang paling besar?

Jawapan kepada soalan2 di atas ialah "kuasa eksekutif itu adalah asasi untuk
mempraktikkan Islam
secara syumul di bumi Allah s.w.t. ini". Zaman Nabi s.a.w. ia (kuasa eksekutif)
itu didapati
melalui hijrah dan jihad di medan, manakala zaman ini (dalam konteks Malaysia
dan kebanyakan
negara), ia diperolehi melalui pilihanraya.

Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal seperti solat, zakat,
haji, zikir atau
baca al-quran sahaja. Kalau itulah sahaja Islam, Nabi s.a.w. tak perlu
berhijrah, sebab semua itu
boleh dilakukan di Mekah, dengan pahala yang paling besar lagi. Itu semua amal
individu, kalau tak
ada negara dan kuasa pun kita boleh amalkan ibadat2 itu. Tetapi Islam lebih luas
daripada itu. Ada
banyak lagi suruhan Allah s.w.t. yang tidak boleh dilaksanakan jika Islam tidak
mempunyai negara
atau kuasa berdaulatkan al-Quran dan sunnah, seperti suruhan melaksanakan hudud
(sistem kawalan
jenayah secara Islam), suruhan melaksanakan ekonomi Islam secara total tanpa
campuran riba,
suruhan jihad memerangi musuh yang mengkhianati umat Islam, suruhan mengharamkan
segala yg
diharamkan Allah s.w.t. (seperti arak, judi dll) dan menghalalkan segala yg
dihalalkan-Nya
(tazkirah bulan Ramadhan, ceramah agama, perhimpunan aman dan segala perkara
yang bukan bertujuan
jahat) dan yang paling besar sekali ialah suruhan menyebarkan rahmat kepada
sekalian alam. Hampir
semua pemimpin umat Islam hari ini tidak melaksanakan agenda terbesar Islam ini
kerana mereka
bernegara dan kuasa sekular. Orang bukan Islam, khususnya kuasa2 barat semakin
memandang lekeh
kepada Islam di zaman pemimpin2 Islam sekular berkuasa kini. OIC? ...diketawakan
saja!! Malaysia
negara contoh?? nampaknya lebih kepada syok sendiri!!

4) Kalau demikianlah hal dan realitinya hari ini, maka tak mungkin hanya dengan
berdakwah keluar 3
hari, 10 hari, 40 hari, sebulan, 4 bulan bahkan setahun sambil beramal ibadat
individu (solat,
zakat, haji, zikir, baca al-Quran dan seumpamanya); tak mungkin dengan cara itu
saja negara Islam
akan tertegak seperti Nabi s.a.w. pernah sunnahkan di al-Madinah al-Munawwarah.
Walaupun tak
dinafikan amalan2 itu juga adalah baik. Tetapi baik semata-mata tanpa strategi
jangka pendek dan
panjang, lebih dekat kepada sia2. Apakah amal sebegitu telah menepati kehendak
Allah s.w.t. kita
berjuang dalam satu saf/barisan/front/organisasi seperti sebuah bangunan yang
terpacak teguh tanpa
goyah dek sebarang gegaran? Sedangkan musuh (yang jelas atau yang seperti musang
berbulu ayam)
sedang enak menjahanamkan Islam yang syumul bawaan Nabi s.a.w., kita masih asyik
berbalah tentang
apakah boleh berparti politik.

Maka dalam konteks hari ini, berparti politik untuk menegakkan Islam adalah
lebih dekat kepada
wajib berdasarkan satu prinsip al-Qawa`id Al-Fiqhiyyah yang berbunyi "Maa laa
yatimmu al-waajib
illaa bihii fahuwa waajib" (Sesuatu perkara, yang tidak akan sempurna perkara
yang telah wajib
melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga hukumnya). Mendaulatkan
Islam secara
syumul (menyeluruh) samada dalam bidang akidah, akhlak, ibadat, muamalat,
munakahat, jinayat,
jihad, dan sebagainya itu adalah satu kewajipan yang telah pasti berdasarkan
nas2 yang telah sedia
ada dalam al-Quran dan hadis sahih. Tetapi banyak bidang itu tidak dapat
dilaksanakan tanpa
wujudnya negara, kuasa dan sistem Islam yang memimpin. Maka mewujudkan negara,
kuasa dan sistem
Islam itu wajib hukumnya.

Dalam konteks hari ini, negara, kuasa dan sistem itu tak akan dapat dicapai
melainkan dengan cara2
seperti: pilihanraya demokrasi (di kebanyakan negara umat Islam walaupun
demokrasi palsu),
revolusi (sepertt Iran 1979), reformasi (seperti Indonesia, Filipina). Dua cara
terakhir itu boleh
mengakibatkan mudharat dan tumpah darah, maka hendaklah dielakkan selagi ada
jalan yang lebih
selamat, iaitu pilihanraya demokrasi.

Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh disertai oleh parti politik
berdaftar, maka
menjadi kewajipanlah kepada pejuang Islam untuk mendaftarkan paling kurang
sebuah parti politik
yang khusus untuk menegakkan Islam. Kalau tidak, tak boleh masuk pilihanraya.
Kalau tak boleh
masuk pilihanraya, tak mungkin akan dapat duduk di kerusi eksekutif itu. Kalau
tak duduk, tak
mungkin berkuasa dalam realiti negara hari ini!! Ada sesiapa lagi yang nak
menidakkan realiti
semasa secara membuta tuli???

5) Kalau pemerintahan dah OK (adil, bersih, bertanggungjawab macam al-Khulafa'
al-Rasyidin),
memang tak perlu kepada parti2 politik, sebab memang boleh menyebabkan
perpecahan. Tetapi apakah
pemerintah hari ini boleh membuktikan keadilan, kebersihan dan
kebertanggungjawaban sepertt para
khalifah yang dipuji oleh al-Quran dan mendapat didikan secara langsung daripada
Nabi s.a.w. itu?
Tak ada!! termasuklah kerajaan Arab Saudi sendiri. Kalau dah macam khalifah, tak
kan dia benarkan
tanahnya digunakan oleh Syaitan Terbesar (USA) sebagai pangkalan untuk menyerang
saudara Islamnya
di Iraq. Sebaliknya, ketidakwujudan parti politik langsung seperti di Saudi
lebih membawa
kemudaratan kepada umat kerana pemerintah boleh berbuat apa saja tanpa siapa
berani menegur.

6) Tidak semua perkara yang dicipta oleh orang bukan Islam/kafir itu haram
diguna pakai oleh umat
Islam (seperti sistem pilihanraya dan parti politik). Yang menjadi haram sesuatu
perkara itu bukan
sebab ianya dicipta oleh orang bukan Islam, tetapi sebab dah ada nas yang
mengharamkannya.

7) Tak semua perkara yg Nabi sa.w. tak buat, maka kita pun tak boleh buat. Nabi
s.a.w. tak buat
jalan raya berturap, bangunan tinggi2, pejabat agama, masjid surau yang banyak,
tabung haji,
dsb.nya. Tapi apakah kita pun diharamkan membuat perkara2 baik itu atas alasan
baginda tak buat?
Jadi kalau baginda tak buat parti politik yang sama sebijik macam hari ini pun,
apa salahnya kita
kreatif sikit dalam perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem musuh?

8) Parti politik Islam pun bukan hanya berpolitik saja, mereka juga mendukung
agenda dakwah, iman
dan amal. Bahkan dakwah, iman dan amal yang lebih luas lagi daripada yang tak
berparti politik.
Cuma kalau ada sikit2 kelemahan tu, memang manusia tak ada yang sempurna.
Perbaikilah mana2 yang
tak sempurna tu, setelah sedar dan tahu dasarnya betul dan tepat dengan kehendak
Islam. Jangan
kerana beberapa kelemahan itu, kita pun turut memusuhinya atau lebih sedih lagi
kita pergi sokong
parti jahiliyah pula. Ini yang parah nih!!

Kalau Jamaah Tabligh amat menitikberatkan pasal solat secara berjemaah di masjid
(dan inilah yang
sepatutnya), ajaklah ahli2 parti Islam berjemaah sama. Jangan kerana beberapa
kerat yg tak
berjemaah (atau yang tak solat pun ada), maka Tabligh terus hukum ahli parti
Islam sebagai tak
beramal. Cuba Tabligh pergi dengar kuliah2 ilmu para pemimpin parti Islam itu,
bukankah mereka
berdakwah kepada iman dan amal juga?? Bila dah ramai sangat tu, biasalah ada
yang nakal seorang
dua. Itu perlu ditegur dan dinasihat, bukan dihukum jahat terus. Ahli Tabligh
pun ada yang masih
tak selayaknya. Kalau Tabligh kata mereka berusaha meningkatkan diri dalam
jamaah, begitu juga
ahli2 parti Islam. Oleh itu, bekerjasamalah. Jangan hentam menghentam atau undi
parti sekular
pulak. Daftarlah sebagai pengundi yang sah dan berilah undi untuk parti yang
memperjuangkan Islam.

Jika pemerhatian rambang pemerintahan Kerajaan PAS Kelantan selama  hampir 12
tahun, Terengganu
dekat dua tahun setengah jelas menunjukkan kesungguhan untuk menegakkan
undang-undang Islam,
berbagai method dan kaedah pengurusan dan pentadbiran Islam telah direalisasikan
secara menyeluruh
dan bersungguh-sungguh ...

Pengurusan anak syarikat kerajaan negeri, pengurusan masjid, pejabat tanah dan
lain lain mengalami
perubahan sungguhpun tidak keseluruhan kerana sebagaimana yang umum ketahui,
pertukaran KERAJAAN
negeri dari BN kepada PAS/BA tidak melibatkan pegawai2 kerajaan yg mana tidak
sehaluan dengan
pendirian kerajaan negeri. Perkara ini memerlukan satu proses yg berterusan
supaya setiap arahan
kerajaan negeri diterimapakai kerana mereka bekerja dengan kerajaan negeri
bukannya parti yg
memerintah. Kerajaan negeri tidak boleh membuang pegawai2 yg tidak sebulu
dengannya dengan sesuka
hati. Doktrin ini perlu difahami dengan jelas.

Tak hairanlah sekiranya kita melihat Kelantan sebagai sebuah negeri ‘anak tiri’
kepada Persekutuan
tidak dapat berbuat apa-apa mengikut ideologi sendiri kerana terperangkap dalam
serba serbi
jerangkap yang
memenjarakan. Namun sekalung tahniah kepada Kelantan yang berjaya meminimakan
hutang negeri kepada
Persekutuan yang ditinggalkan oleh juak BN dikala mereka memerintah dulu.

Walaubagaimanapun mari kita renungkan sedikit komentar yang ingin diutarakan
disini, bukan
mengenai 12 tahun pemerintahan PAS di Kelantan tetapi setelah hampir 45 tahun
Tanah Melayu
asalnya, kini bertukar
menjadi Malaysia diperintah dijajah oleh satu parti perikatan majoriti rakyat
majmuknya, Barisan
Nasional, apakah yang dilakukan dan dibuat oleh mereka pada rakyat buminya ?

1. Sehingga borang permohonan murtad dari manusia yang berugama Islam meningkat
tebalnya mencecah
3 kaki di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau JAWI.

2. Sehingga kadar jenayah dimerata pelusuk negara meningkat mencecah paras
bahaya dan kritikal
yang menyebabkan anggota petugas keselamatan tidak mampu lagi memikul
tanggungjawab tersebut lalu
berebut-rebut
mereka memikul tugas orang lain seperti saman ekor !

3. Sehingga tertubuhnya badan pencegah dan pemantauan HIV yang dipimpin oleh
anak kandung PM
sendiri– Marina yang mana fungsinya juga menggalakkan lagi penambahan angka
pesakit AIDS dengan
kempen ‘guna
kondom’nya melalui dasar-dasar maksiat negara secular pimpinan bapaknya.

4. Sehingga kadar kemiskinan rakyat termiskin terus meningkat melalui dasar
ekonomi baru, dasar
pembangunan sosio-ekonomi dan pelbagai dasar yang kian menghimpit manusia
tertindas yang
majoritinya sama agama dengan pucuk pimpinan “haprak” negara !

5. Sehingga masih ramai terdapat ‘orang asli’ yang tidak menyedari hakikat dan
tuntutan Islam
terhadap umatnya. Masih berdiri dalam kawanan dan kawasan kelompok makhluk
engkar yang menerima
kebathilan dan menolak yang haq !

Saban hari kita melopong dihadapan kaca tv, tunduk diam membaca warkah perdana,
menadah cuping
telinga dicorong radio cerita dan berita mengenai warna-warni kemajuan negara
dicapai satu persatu
kononnya membawa nama negara setaraf negara maju ataupun negara Islam paling
maju ! (walhal hutang
keliling pinggang)Dan pada masa yang sama kita menyaksikan negara kita ‘maju’
dalam keruntuhan
akhlak rakyat jelatanya, kegagalan dasar-dasar sosio-ekonominya, kemusnahan
struktur dan harmoni
masyarakat madaninya, kepincangan sistem pentadbiran yang penuh korup dan hina
dina.

Bagaimana kita dapat mengIslamkan orang kafir dan orang asli sedangkan orang
Islam yang ‘asli’
masih belum redha menerima pakai Islam secara mutlak seperti ketua pemimpin
negara Islam sekular
Mahathir Mohamad yang tinggal di hutan tropika kekal Putrajaya bersama penasihat
dan pengikut
jumudnya. Itu lebih WAJIB kerana orang sebeginilah yang menghidupkan dan
mengagungkan hukum rimba
belantara demi kepentinga nafsu buas masing-masing daripada orang asli yang
mendiami hutan rimba
belantara.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

#492 From: aku punya <karkunku@...>
Date: Tue Jun 11, 2002 9:27 am
Subject: Fikir-fikirkan!!!
karkunku
Send Email Send Email
 
Assalamualaikum whb,

Bagi orang yang masih mempunyai pemikiran tak pentingnya undi lebih baik
mengkaji artikel kat
bawah ni. Tengok hujah dan dalilnya. Jangan jadi orang yang jumud dan mudah
menetapkan suatu
perkara dengan kaedah demokrasi haram jadi haram mengundi. Ada juga yang dia
kira undi ni ikut
suka je tak payah fikir banyak. Jadi yang sedihnya dia menyokong geng sekular
dan anggap takpe je.
Mereka tak fikir masa depan islam dan masa depan negara. Mungkin mereka hanya
"tahu" untuk isi
perut mereka dan fikir dunia aje.

Ada pula jenis warak tapi tak ambil kisah apa yang berlaku dalam negara kita dan
seluruh dunia.
Yang dikatakan tak ambil kisah ni bukan tak cakap tetapi tak ambil tindakan.
Kalau boleh undi
mereka ni tak kisah sangat nak undi golongan yang kurang zalim ke atau si zalim
dan tetap reda
dengan si zalim memerintah. (Zalim bermaksud tidak meletakkan sesuatu
ditempatnya yang betul)


Undi Mempunyai Nilai Besar dalam Islam

Seseorang mungkin menyangka bahawa apalah adanya kaitan diantara undian yang
diberikan kepada
seseorang dalam pilihanraya dengan kedudukkannya dihari akhirat. Pilihanraya
urusan politik
sedangkan agama urusan di masjid. Inilah pemikiran sekular yang sedang meresapi
sebahagian umat
Islam yang tidak diajar tentang Islam yang tulen.

Sabda Nabi saw yang bermaksud: Adakala seorang hamba Allah mengucapkan sesuatu
kalimat yang
mendatangkan kemurkaan Allah padahal dia tidak terfikir, maka kerananya dia
jatuh ke dalam neraka
jahannam. (Riwayat al-Bukhari)

Sabda Baginda lagi yang bermaksud: Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan
sesuatu kalimah yang
menyebabkan dia tergelincir ke dalam Neraka yang jaraknya antara timur dan
barat. (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Baginda lagi yang bermaksud: Adakalanya seseorang kamu berucap dengan
sesuatu kalimat yang
diredai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian
lalu dengannya
Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya
seseorang kamu
pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai oleh Allah, padahal dia tidak
menyangka ianya
akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaan untuknya
sehingga dia
bertemu Allah. (Riwayat Malik dalam al-Muwatta dan al-Tirmizi, katanya hasan
sahih).

Sufyan bin Uyainah menyebut: Hadith ini bermaksud kalimah di hadapan pemerintah
yang pertama (yang
diredhai Allah) ialah yang menghalang kezalimannya. Kalimat yang kedua (yang
dimurkainya) ialah
yang mendorongnya melakukan kezaliman [ruj: Tuhfah al-Ahwazi, oleh
al-Mubarakfuri, jilid 7, ms 21,
cetakan dar al-Fikr, Beirut].

Sesengguhnya undi memainkan peranan yang sama dengan sepatah kalimat bahkan undi
lebih besar dari
sepatah kalimat yang membolehkan seseorang pemimpin meneruskan atau
memberhentikan kezalimannya.
Dengan itu undi yang dilakukan oleh seseorang dalam negara demokrasi ini
diperhitungkan oleh Allah
pada hari akhirat kelak. Hendaklah seseorang muslim membuat perhitungan yang
betul dalam hal ini.

Muslim Sensitif Dengan Kezaliman

Seseorang muslim hidupnya berdaulat dan merdeka. Mempunyai kekuatan menilai dan
membenci kezaliman
serta kejahatan. Rasululah saw telah mendidik para sahabah agar perasaan anti
kezaliman itu hidup
dalam setiap muslim.

Dalam sebuah hadith yang bermaksud: Daripada Jabir katanya: Apabila para
muhjirin Habsyah pulang
kepangkuan Nabi saw, Baginda bersabda: Mengapa engkau tidak ceritakan kepada ku
perkara-perkara
pelik yang kamu telah lihat di bumi Habsyah?. Kata seorang pemuda dari kalangan
mereka: Bahkan
wahai Rasulullah! Suatu ketika tatkala kami sedang duduk tiba-tiba lalu seorang
wanita dari
kalangan orang-orang tua rahib mereka. Dia membawa di atas kepalanya bekas
tembikar yang berisi
air. Kemudian dia melalui seorang pemuda, Pemuda itu meletakkan satu tangannya
di atas belakang
wanita berkenaan lalu ditolaknya sehingga wanita itu jatuh tersungkur di atas
lututnya dan bekas
tembikar itu pecah. Apabila wanita itu bangun dia menoleh kearah pemuda itu dan
berkata: Wahai
pengkhianat! Nanti engkau akan tahu, ketika Allah meletakkan kursiNya dan dan
dihimpunkan yang
terdahulu dan terkemudian, bercakap segala tangan dan kaki di atas apa yang
mereka lakukan, nanti
engkau akan tahu bagaimana kedudukkanmu dan aku disisiNya nanti. Sabda Nabi saw:
Dia benar! Dia
benar! Bagaimanakah Allah memuliakan suatu umat yang tidak membela golongan yang
lemah dari di
tindas oleh golongan yang kuat! (Riwayat Ibn Majah, kata Mafmun Syiha sanadnya
sahih) [ruj:
Syarah Ibn Majah oleh As-Sindi tahqiq Mafmun Syiha jilid 4, ms 363].

Lihatlah para sahabat, mereka begitu sensitif bila sahaja melihat kejahatan dan
penganiayaan.
Terus sahaja terlekat dalam minda mereka dan membencinya.

Rasulullah saw pula dalam ulasan terhadap kisah itu, membenarkan ucapan wanita
itu dan menyatakan
bahawa kemuliaan dan ketinggian tidak akan diberikan Allah kepada sesuatu umat
atau bangsa yang
membiarkan orang yang kuat bemaharaja lela, menindas yang lemah dan tidak
berupaya. Demikian
indahnya sikap masyarakat yang hidup dan peka terhadap persekitarannya, bukan
yang mati dan
membiarkan apa saja yang berlaku.









__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

#493 From: jogho putera <putera_rimba@...>
Date: Wed Jun 12, 2002 8:33 am
Subject: (No subject)
putera_rimba
Send Email Send Email
 
A'kum..
Boleh saya tahu di manakah pejabat UMNO di sekitar
kawasan Bandar baru Bangi? Saya lihat banyak papan
tanda cawangan tapi belum pernah menemui satu pun
pejabat kawasan sama ada Cawangan atau Bahagian.

Ini bagi memudahkan saya mendapatkan borang permohonan
menjadi ahli memandangkan saya lihat situasi hari ini
kecenderungan sokongan terhadap UMNO kian meningkat.
Saya sudah hampir dua tahun menjadi ahli, borang ni
untuk kawan-kawan yang belum menyertai UMNO kerana
saya rasa semua orang melayu yang waras wajar sekali
menyertai UMNO
Sekian

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

#494 From: aku punya <karkunku@...>
Date: Wed Jun 12, 2002 9:39 am
Subject: PAS kini ‘Kerajaan Menanti’
karkunku
Send Email Send Email
 
Keyakinan akan mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang nampak
jelas menguasai
suasana Muktamar ke-48 Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang berlangsung di Pusat
Tarbiyah Islamiah
Kelantan (Putik) di sini, 31 Mei hingga 3 Jun lalu -InsyaAllah.

Presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Nor dengan penuh yakin telah menyifatkan PAS
sebagai parti
‘mainstream’ (arus perdana), dan Barisan Alternatif yang PAS merupakan komponen
utamanya sebagai
‘kerajaan menanti’.

Ketika memulakan ucapan dasarnya di hadapan kira-kira 5,000 peserta dan
pemerhati serta tetamu
yang membanjiri dewan Putik pagi Jumaat itu, beliau mengajak ahli-ahli PAS
memikirkan:
“Apakah kita dapat benar-benar merasakan dengan penghayatan parti dan jamaah
kita ini sudah
menepati kedudukan PAS sebagai parti ‘mainstream’ atau arus perdana yang
bersedia untuk
menempatkan PAS dan BA selaku kerajaan menanti?”

Beliau seterusnya bertanya:
“Apakah kita sudah keluar dari satu paradigma pemikiran yang secara tidak sedar
meletakkan parti
kita hanya mampu dilihat memerintah di kubu kekuatan lama kita atau
negeri-negeri Pantai Timur
atau Utara sahaja?”

Ustaz Fadzil sebenarnya tidaklah bertanya. Pertanyaan itu hanyalah pendekatannya
untuk
menyampaikan satu pernyataan penting, bahawa PAS sudah menjadi parti mainstream
dan sudah
berpengaruh di seluruh negara, tidak hanya di negeri-negeri Pantai Timur dan
Utara sahaja.

“Perubahan dan penampilan PAS sebagai parti politik mainstream,” tegasnya,
“adalah justeru kerana
penterjemahan polisi dan dasar PAS, yang semakin peka dengan kedudukan dan
persaingan politik,
akibat dari penempatan politik atau ‘political positioning’ yang semakin
menghampiri tampok
kekuasaan pemerintahan pusat.”

Beliau juga menegaskan, “PAS sudah lama keluar dari ‘mindset’ parti yang hanya
kuat di gelanggang
Melayu atau negeri Pantai Timur sahaja.”
Dan sebelum mengakhiri ucapan bertemakan “Memantap Iltizam, Menyemarakkan
Kebangkitan” itu,
Presiden PAS yang selalu memakai songkok putih sahaja (tidak berserban dan
berjubah seperti
Mursyidul ‘Am dan Timbalan Presiden), memperjelaskan lagi keyakinannya dengan
mengatakan:
“Selain mempertahankan kerusi-kerusi yang kita menangi serta dua negeri yang
diperintah oleh BA,
saya yakin kita akan dapat menawan Kedah, Perlis dan Pahang, insya-Allah. Saya
juga tidak akan
terperanjat sekiranya kita juga berjaya di Selangor dan Perak. Kerjasama
pembangkang yang mantap
juga boleh membantu mengalahkan BN di Pulau Pinang.”

Demikianlah yakinnya Presiden PAS di tengah-tengah tanggapan banyak pihak yang
terpengaruh dengan
dakyah kerajaan Dr Mahathir bahawa sokongan terhadap BN telah meningkat sejak
tragedi serangan 11
September, dan pengaruh BA semakin merosot.

Serentak dengan kempen memerangi keganasan oleh Presiden Bush di peringkat
dunia, Kerajaan Dr
Mahathir telah mengambil kesempatan untuk melancarkan kempen memburukkan imej
PAS.
Media-media mereka mengulang-tayang klip-klip video yang difikirkan boleh
mencetuskan senario dan
imej PAS yang militan, ganas dan tidak mesra wanita atau anti-pembangunan dan
ketinggalan zaman.

“Usaha-usaha ini dirasakan mereka telah mencapai sasaran berpandukan kemenangan
yang mereka kecapi
dalam beberapa pilihanraya kecil di Indera Kayangan dan Ketari khasnya,” kata
Ustaz Fadzil dalam
ucapannya.

“Namun kalau dilihat secara adil dan objektif,” tegas beliau, “pelaburan jutaan
ringgit dan
punggahan seluruh sumber termasuk agensi dan institusi kerajaan dalam setiap
pilihanraya kecil
itu, sebenarnya tidak berpadanan dan setimpal dengan sedikit penambahan undi
mereka.”

Lalu Presiden itu memberi ingatan:
“Ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali terasa kita boleh dikalahkan semudah
itu oleh Umno.
Kita sebenarnya berada di posisi yang cukup baik untuk melakukan kejutan ke atas
mereka.”
Tidak dinafikan muktamar PAS ke-48 ini adalah muktamar pilihanraya. Dalam ucapan
dasarnya pun
Presiden mengatakan muktamar ini mungkin yang terakhir sebelum pilihanraya umum.

Maka seperti ucapan dasar presiden, seluruh perbincangan dan perbahasan peserta
pun menjurus dan
memfokus ke arah persiapan untuk memenangi pilihanraya. Dalam semangat itulah
Dewan Pemuda PAS
Pusat mengemukakan satu usul tergempar supaya diisytiharkan Gerakerja
Pilihanraya Umum ke-11, dan
mencadangkan supaya diadakan satu muktamar khas dalam waktu terdekat, bagi
membincangkan gerakerja
tersebut.

Pada mulanya usul itu mendapat sokongan. Tetapi seorang perwakilan menyanggahnya
dengan berhujah
mengatakan segala panduan dan arahan yang sedia ada sekiranya dipatuhi dan
dilaksanakan sepenuhnya
nescaya PAS akan mencapai kemenangan.

Mengikut hujahnya, kemenangan PAS dalam pilihanraya lalu adalah kerana itu, dan
kekalahan PAS di
tempat-tempat tertentu pula adalah disebabkan mereka tidak mematuhi panduan dan
arahan yang
dimaksudkannya.

Berdasarkan hujah tersebut, apabila dijalankan pengundian, majoriti perwakilan
menolak usul
tergempar itu. Nampaknya para perwakilan begitu yakin bahawa kemenangan akan
berpihak kepada
mereka dalam pilihanraya akan datang, hingga tidak perlu lagi bermuktamar khas
untuk itu. Mereka
begitu yakin dengan penegasan Presiden, bahawa “kita sebenarnya berada di posisi
yang cukup baik
untuk melakukan kejutan ke atas mereka.”

Lalu bagaimana dengan sekatan dan halangan ceramah yang dikuatkuasakan oleh
pihak polis di seluruh
negara, hingga diakui oleh kebanyakan pimpinan PAS bahawa sekatan itu telah
menghalang usaha
mereka untuk menyampaikan penerangan kepada ahli-ahli, dan rakyat umumnya,
disamping usaha untuk
mengumpul dana?

Kata Presiden, “Ceramah terus disekat dan diserang tanpa belas kasihan. Rakyat
yang cintakan
keamanan diajar menjadi ganas. Rakyat difitnah sebagai pengganas. BN benar-benar
mengamalkan
ciri-ciri anti-kemanusiaan Nazi dan Israel yang ‘fascist’”.

Lalu beliau menyeru: “Setiap organ parti yang sedia ada, sama ada lajnah,
jawatankuasa dan
sebagainya tidak boleh lagi bersikap tunggu dan lihat, tetapi perlu segera
berperanan semaksima
mungkin, proaktif dan jitu. Tugas ini bukan tugas sukarela, tetapi amanah dan
tanggungjawab yang
menjadi kewajipan petugas.”

Persoalan ini pun disambut oleh perwakilan dengan perbahasan yang agak hangat.
Wakil dari Johor
menyatakan kesal kerana ada pimpinan pusat yang enggan datang berceramah di
Johor yang terkenal
dengan gangguan polis.

Timbalan Presiden, Ustaz Abdul Hadi Awang turut memberi respons kepada persoalan
ini. Beliau
menegaskan pentingnya ceramah diteruskan, walaupun tanpa kebenaran polis. Kalau
polis tidak
menghalang ceramah yang dibuat di tempat awam, maka ceramah itu diteruskan.

“Kalau polis menghalang, kita berhenti. Tetapi sekurang-kurangnya kita telah
membuat demonstrasi
ceramah,” katanya.

Demikianlah PAS mengambil sikap untuk terus menggiatkan aktiviti ceramah, sama
ada mendapat permit
polis ataupun tidak, kerana halangan polis itu adalah bertentangan dengan
Perlembagaan negara.
Dalam ucapan dasar yang disampaikan selama lebih satu jam itu, Presiden juga
telah menyentuh
pelbagai isu semasa yang penting, termasuk isu ekonomi dan sosial, di samping
isu agama dan
antarabangsa.

Beliau juga telah mengemukakan tujuh ciri penting Model Pemerintahan Islam,
dipetik daripada
“Memorandum Negara Islam” yang sedang disiapkan oleh pihak PAS Pusat, dan akan
dibentangkan tidak
lama lagi.

Tujuh ciri tersebut ialah
(1) Masyarakat Madani dan Negara Hadhari,
(2) Prinsip Kesaksamaan (Al-Musaawah),
(3) Kedaulatan Undang-Undang berdasarkan Perundangan dan Syari’at Islam,
(4) Pemerintahan berteraskan dan bermatlamat Keadilan (Al-‘Adalah),
(5) Pemerintahan yang mendukungi prinsip As-Solahiyah (Kelayakan) yang
sebenarnya,
(6) Negara Berkebajikan, dan
(7) Sistem Pemerintahan yang Dinamik dan Inovatif.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

#495 From: "hrdbody_nt" <morgan_j@...>
Date: Thu Jun 13, 2002 1:21 am
Subject: 2 Girls do a SEX DARE
hrdbody_nt
Send Email Send Email
 
See wild X RATED Sex Dares!

Did you ever wonder what people will do on a dare? You would be surprised!  CUM
Check it out!
THIS IS BETTER THAN JERRY SPRINGER
Obscene, erotic, dirty, insestuous, gross, wicked, indecent, sleazy, impure,
wild, erotic, pornographic, smutty, risque, sensual, sexy...You name it: -  we
have it!

All hard core and ALL REAL people!

http://www.xrateddares.com

Beyond the xxx fantasy of high school!!!

Indecent acts, people misbehaving, all in bad taste, obscene and disgraceful!

This is the real thing: Crazy people doing crazy sexy, smutty, slimy things for
a dare! Just like a car wreck... you gotta look!

All in bad taste and completely blood boiling! Its provocative and gross at the
same time! You know you want to look!

PORNOGRAPHIC SEX GAMES
Better than Jerry Springer and all REAL
               xxx
Sex stunts and    XRATED DAREs
              xxx
How far will people go for a DARE?

http://www.xrateddares.com

#496 From: aku punya <karkunku@...>
Date: Thu Jun 13, 2002 9:27 am
Subject: 'Pahala' Dan 'Rahmat' Menyokong PAS
karkunku
Send Email Send Email
 
(Menjawab Awang Sulung UM 8 Jun 2002)

Saya perlu memuji dan mengucapkan terima kasih diatas sikap Awang Sulung yang
cuba meluaskan skop
'dosa' dan 'pahala' dengan perkara 'rahmat' pula. Sikap beliau yang bertanyakan
khabar mengenai
"dengan pahalakah atau dengan rahmatkah seseorang itu dimasukkan ke Syurga";
adalah baik. Ini akan
memberi ruang kepada adanya soal jawab. Dalam hubungan ini, saya teringatkan
sikap Nabi S.A.W.
yang tidak pernah menutup mulut sesiapa juga termasuk orang bukan Islam untuk
melahirkan pendapat
yang berbeza. Apa yang ada ialah mengemukakan jawapan balas. Nabi juga tidak
pernah kenakan ISA
dan Nabi tidak pernah menutup mulut sesiapa pun. Kalau Nabi begitu, maka
begitulah juga kita.
Itulah cara Nabi. Cara sekat orang dari bersoal jawab tidak betul. Cara Awang
Sulung mengendalikan
ruangan 'BISIK-BISIK' dalam Utusan Malaysia keluaran 8 Jun 2002 sudah betul;
sekurang-kurangnya
untuk hari itu. Dia buat cara yang betul.

Sebagai jawapan, saya boleh terimalah bahawa jawapan "Manusia boleh dimasukkan
ke Syurga pada
akhirnya kerana rahmat Allah." Ini jawapan yang berkecenderungan Tasauf.
Bagaimanapun saya masih
suka mengambil pendekatan dakwah secara biasa yakni turun ke akar umbi.

Apabila kita bercakap mengenai akar umbi, kita mesti menyebutkan soal dosa dan
pahala. Ini
merupakan kaedah tauhid. Orang sufi bercakap memasuki Syurga dengan rahmat
tetapi bagi orang awam
yang terdiri daripada rakyat majoriti, saya lebih suka mengambil pendekatan
mendidik melalui
pahala dan dosa yang agak mudah. Perkataan 'rahmat' itu adab berbahasa sahaja
kerana dikhuatiri
menjadi terlalu 'muktazilah', sekadar itu sahaja. Sekadar untuk mengelak
daripada lidah kita
seolah-olah memaksa Tuhan memasukkan kita ke dalam Syurga kerana pahala
semata-mata. Jika Awang
Sulung masih mahu menukarkan semua perkataan 'pahala' kepada 'rahmat' maka
terpaksalah beliau
bekerja keras untuk mencari perkataan 'pahala' dan menukarnya kepada perkataan
'rahmat' satu
persatu. Barulah beliau boleh menukarkan kenyataan saya iaitu "Mengundi PAS di
tahun 1990 mendapat
'rahmat' daripada Allah S.W.T." Bagi saya, undi PAS dapat 'rahmat' atau undi PAS
dapat 'pahala',
tidak menjadi masalah. 'Rahmat' pun tidak mengapa dan 'pahala' pun tidak
mengapa.

Dalam 'BISIK-BISIK', Awang Sulung ada menyentuh tentang "orang-orang yang
beriman kepada Allah
dituntut bertakwa dan beramal soleh". Iman itu apa? Tentunya bermakna menyakini
6 Rukun Iman iaitu
asas-asas kepercayaan seorang Islam. Diantara 6 perkara Rukun Iman itu, tidakkah
kita dikehendaki
percaya kepada Kitab, yakni Al-Quran. Dalam Al-Quran ada disebutkan perkataan
"Athawwa atau Al
Ajrun". Ini bermakna pahala. Ada pula disebut perkataan "Al Ithmu" atau dosa.
Cuba lihat dalam
Surah Al-Hadiid Ayat 7 sebagai misalnya. Ia membawa maksud "Orang yang beriman
dan berderma itu
adalah memperolehi pahala yang besar". Di sini, beranikah 'BISIK-BISIK' tukarkan
perkataan
'pahala' kepada perkataan 'rahmat'? Munasabahkah atau tidak berdosakah?

Dalam hal beriman juga, ia menyentuh tentang kepercayaan kepada adanya Hari
Kiamat. Jumhur Ulama'
memahami hari selepas kiamat adalah Hari Pembalasan dimana 'pahala' dan 'dosa'
yang dibuat oleh
seseorang manusia di masa hidupnya akan dihitung dan diadili. 'Pahala' dan
'dosa' itu sebagai
kaedah. Ia cara untuk membalas segala 'dosa' dan segala 'pahala' dengan Syurga
atau Neraka. Ia
sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang sukakan penghargaan. "Reward" akan
menaikkan semangat
beribadat. Walaupun Allah S.W.T boleh membuat paksaan , tetapi kaedah menawarkan
pahala lebih
serasi dengan fitrah manusia. Sungguhpun kita akui bahawa Allah memasukkan
seseorang ke Syurga
pada akhirnya dengan rahmatNya tetapi Allah tidak berikan 'rahmat' sesuka hati.
Sebab itu ia kirim
Nabi untuk mengajar umat manusia dengan kaedah-kaedah berupa amalan dan
perbuatan yang boleh
menjadikan ianya taat atau maksiat; pahala atau dosa. Allah tidak memasukkan
seseorang ke Syurga
atau melemparkan ke Neraka sesuka hati. Para Nabilah yang mengajar kaedah-kaedah
yang menjadi
ikutan dan dipanggil Sunnah. Contohnya di Kelantan, kita haramkan riba kerana
Islam, kita kempen
menutup aurat kerana Islam. Kita adakan rumah awam kos rendah 3 bilik kerana
Islam, kita beri cuti
lebih sehari dalam seminggu kerana Islam, kita adakan Bulan Sembahyang dan Ihya
Ramadhan kerana
Islam. Kita asuh rakyat kita supaya tidak mendekati maksiat kerana Islam. Kita
tutup night club
dan tidak benarkan premis judi kerana Islam. Kita jumpa dengan pemimpin agama
lain untuk
mengembangkan Islam. Kita adakan dialog Islam - Kristian yang dipengerusikan
oleh Dr. Jomo Sundram
di Kuala Lumpur pada bulan Februari 2001 kerana Islam. Oleh sebab itulah saya
akhirnya menyatakan
bahawa mengundi PAS dalam Pilihanraya 1990 itu mendapat pahala. Ini kerana PAS
membuat kerja-kerja
yang menghapuskan kemungkaran dan menyuburkan kebaikan. Kaedah ini adalah kaedah
yang diajar oleh
Nabi S.A.W. Dalam soal Hari Pembalasan juga, dalam Surah Al-Faatihah sendiri
menyebut tentang
"Allahlah penguasa di Hari Pembalasan." Apa itu hari pembalasan di akhirat, jika
tidak Tuhan mahu
membalas kerja-kerja baik dengan 'pahala' dan kerja-kerja jahat dengan 'dosa'.
Mahu balas dengan
apa? Balasannya ialah dengan Syurga atau Neraka.

Ada juga disebut bahawa Nik Abd. Aziz "tidak habis-habis mahu bercakap fasal
pahala mengundi PAS".
Jawabnya, memang saya tidak akan puas-puas menyebutkan tentang dosa dan pahala.
Saya akan tetap
sebut sampai bila-bila. Selagi PAS memainkan peranan menegakkan makruf dan
menentang kemungkaran
maka selagi itulah mereka yang menyokong parti PAS akan mendapat 'pahala'. UMNO
pun kalau nak
sebut undi UMNO dapat pahala pun tak apa. Sebutlah. Biar rakyat pakat dengar.
Kenapa kalau badan
NGO membuat kerja-kerja amal dianggap berpahala. Mengapa bila parti PAS yang
berdaftar dan
mempunyai perlembagaan tiba-tiba pula dianggap sebagai tidak mendapat 'pahala'
apabila membuat
kerja yang sama. Sebenarnya perkara asas untuk mendapat 'pahala' ialah setiap
amal yang ikhlas
berasaskan kepada Al-Quran dan Sunnah. Dasar dan sandaran adalah Al-Quran dan
Sunnah. Jika nakkan
parti berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah, PAS ada dah dan jika nakkan parti
yang tidak pakai
Al-Quran dan Sunnah, UMNO ada dah - pah Awang Sulung nak buat lagu mana? Kena
buat parti ketigalah
nampaknya. Parti baru itu mestilah berjuang atas Al-Quran dan Sunnah. Nak
berjuang atas Al-Quran
dan Sunnah bagaimana kalau parti sedemikian sudah ada iaitu Parti PAS.
Perlembagaan kita jelas
mahu Al-Quran dan Sunnah. Hukum Hudud yang kita cadangkan jelas didasarkan
kepada Al-Quran dan
Sunnah dan dasar-dasar yang kita putuskan di negeri-negeri yang kita perintah
semuanya
bersemangatkan Islam.

Demi melaksanakan tuntutan sebagai hambalah Kerajaan Negeri Kelantan dan
Terengganu yang
diperintah oleh PAS sedang menggunakan Al-Quran dan Hadith sebagai panduan. Kita
mencari 'pahala'
dan mengelakkan diri dari melakukan dosa-dosa sambil berdoa agar sentiasa diberi
'rahmat' oleh
Allah S.W.T. baik di dunia dan di akhirat nanti.

Saya berterima kasih kepada Awang Sulung. Jawapan saya ini kira-kiranya sudah
jelas dan tak
mungkin lagi boleh menimbulkan kekeliruan bagi mereka yang mahu mengerti.


Menteri Besar Kelantan
Kota Darulnaim
Kota Bharu.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

#497 From: aku punya <karkunku@...>
Date: Thu Jun 13, 2002 9:32 am
Subject: Persoalan Mengenai Mahathir dan Islam
karkunku
Send Email Send Email
 
Dr Mahathir tidak seharusnya dilihat sebagai seorang yang mewaliki perbincangan
formal antara dua
ugama kerana beliau bukan diiktiraf seorang pemimpin tertinggi Umat Islam
didunia ini. Dr Mahathir
hanya seorang pemimpin sebuah negara Islam.

Walaupun beliau menerajui sebuah negara Islam tetapi umum sedia maklum bahawa
Malaysia tidak
mengamalkan hukum-hukum Islam tetapi mengamalkan Common Laws peninggalan
penjajah British. Umum
juga telah sedia maklum bahawa Dr Mahathir amat kritis tentang undang-undang
Syariah.

Beliau juga telah banyak melakukan titik-titik hitam dan menepikan isu-isu
keadilan. Dunia masih
lagi menunggu bila beliau akan menarik balik dasar kejam beliau terhadap
Timbalan beliau sendiri
iaitu Anwar Ibrahim.

Dasar ISA yang digunakan untuk menentang kominis oleh Pemimpin Malaysia
terdahulu telah disalah
gunakan dengan kejam oleh Dr Mahathir untuk menangkap rakyat Islam yang tidak
berdosa dan
menakutkan rakyat-rakyat daripada menyatakan yang hak dan mencegah yang bathil.

Ramai remaja Islam ditahan di penjarakan (ISA) kononnya ahli KMM tetapi Kerajaan
gagal
mengemukakan sebarang bukti hanya kerana mereka belajar Ugama di Pakistan satu
ketika dahulu.
Bayangkan seksaan yang ditanggung oleh mereka,ahli keluarga dan anak mereka.

Apa yang lebih malang banyak kenyataan beliau dengan terang-terangan menolak
syariat Islam. Bukan
sahaja beliau enggan melaksanakan syariah Islam setelah lebih 20 puluh tahun
diamanahkan menjadi
pemerintah tetapi telah turut menghina hukum Allah swt yang menjadikan beliau.

Secara tidak langsung beliau seolah-olah mendakwa beliau yang lebih bijak dalam
memutuskan
hukum-hakam yang sudah pun ditetapkan oleh Allah swt di dalam al-Quran.

Harap dapat tuan analisa kenyataan- kenyataan beliau ini :

1. 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada
pencuri, nescaya
ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat
Islam kerana orang
bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr Mahathir:
14/7/92)

2. 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki.
Bagaimana mereka mahu
bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud
tidak sesuai
dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'. (Dr
Mahathir: 2/5/92)

3. 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Dr Mahathir: 3/3/94)

4. 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan
melaksanakan
hukum hudud'. (Dr Mahathir: 1994)

5. 'Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus
peratus Islam'. (Dr
Mahathir:14/8/94)

6. 'Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak
fasiq'. (Dr Mahathir:3
Mac, Nilam Puri).

"Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka
menjadikan kamu hakim
terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasakan
dalam hati mereka
suatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan
sepenuhnya"
(al-Nisa':65)

"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mu'min dan perempuan yang mu'min apabila
Allah dan RasulNya
menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain. Dan
barangsiapa yang
menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang
nyata" (al-Ahzab:36)


“ Dan orang-orang yang berusaha untuk menentang ayat-ayat Kami (Allah) dengan
anggapan mereka
dapat melepaskan diri dari azab (Allah) mereka memperolehi azab, iaitu azab yang
sangat pedih”
(Saba:5)

Dr Mahathir bukan sahaja tidak setuju dengan pelaksanaan Undang-undang syariah
Islam tetapi beliau
juga telah menghina mereka yang berjanggut walau pun janggut adalah sunnah Nabi
Muhammad s.a.w.

"Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar?
Kita tak tau. Ada
pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu!
(ketawa). Apakah
kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam.
Kononnya Sunnah
Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi)
(menahan ketawa). Di
zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada
Gillette ke, tak dak.
Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu.
Lepas itu, dia
berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang
pasir".(Dr. Mahathir
Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

"Kenapakah ada antara kita yang lebih suka kepada simbol-simbol Islam seperti
pakaian dan janggut
dan tidak memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih berat bagi orang
Islam seperti
persaudaraan dan pertahanan?"(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC,
Perhimpunan Agung UMNO)


Mulut beliau sungguh celupar dan pemikiran beliau tentang sejarah sungguh cetik.
Masakan zaman
Nabi Muhammad s.a.w tiada pisau cukur sedangkan di zaman Firaun pun telah
terdapat pisau cukur
sebagaimana yang di pamirkan di Mezium di Mesir hingga kesaat ini.

Dr Mahathir juga tidak mengalakan rakyatnya mengikuti ajaran Islam terutama
ajaran Islam tentang
aurat bagi wanita. Kata-kata beliau sungguh memalukan.

1. "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang
disuruh oleh agama
Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam". (Dr. Mahathir Mohamad,
Majlis Tertutup
Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

2. "Tetapi apa guna tudung kepala tapi rogol anak - tolong suami rogol anak.
Tengok masuk dalam
mahkamah (ber)ketayap, (ber) kopiah putih, isteri pakai tudung kepala. Tapi buat
kerja apa?"(Dr.
Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

3. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai
nafsu yang kuat
sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain.
Akibatnya ialah
peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat". (Dr.Mahathir Mohamad: 5
September 1997, PWTC,
Perhimpunan Agung UMNO).

4. "Yang salah ialah kita kerana mengutamakan penutupan aurat dan bukan
pencegahan jenayah nafsu
seks yang merupakan tujuan utama ajaran Islam.(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September
1997, PWTC,
Perhimpunan Agung UMNO).

Akibat menghina ajaran Islam serta memerintah secara secular dan membiarkan
pergaulan bebas,
budaya berpesta setiap bulan, CD lucah bertaburan diseluruh negara akhirnya
negara yang di
perintah beliau menghadapi masalah akhlak yang gawat. Kes rogol, zina, sumbang
mahram, kes buang
anak menjadi-jadi hingga gagal dikawal lagi.

Rupa-rupanya rakyat beliau lebih ganas dan kuat nafsu dari Arab Jahiliyyah. Ini
terbukti apabila
rakyat dikejutkan oleh kes rogol dan pembunuhan kejam Norlaili di atas sebuah
bas. Berita maksiat
terpangpang setiap hari di muka-muka akhbar membuktikan dasar beliau yang gagal
walaupun
mengistiharkan Malaysia sebagai negara Islam.

Jemputan oleh Pope John Paul 11 tiada ertinya bagi umat Islam Malaysia apalagi
umat Islam Palestin
yang ditindas dan dibunuh dengan kejam oleh Israel laknatullah.

Dr Mahathir akan kembali kecewa sebagaimana beliau kembali dari Amerik.
Kekejaman beliau melalui
ISA yang terus terang melanggar ajaran Islam mahupun ajaran Kristian ataupun hak
asasi manusia
adalah dosa besar selain dari dosa-dosa besar mempersendakan ajaran agama Islam
dan sunnah Nabi
Muhammad s.a.w.

Beliau mesti bertaubat kepada Allah dan meminta ampun dari mereka yang beliau
ISAkan dan Anwar
Ibrahim yang beliau fitnah sebelum beliau menerima jemputan dari Allah untuk
kembali buat
selama-lamanya.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

#498 From: "Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd" <kumsb@...>
Date: Sat Jun 15, 2002 2:10 am
Subject: RE: [hidup_umno] 14 lagi anggota KMM ditahan
kumsb@...
Send Email Send Email
 
PEGAWAI PEMASARAN

Kelayakan Minima: SPM

Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris

Gaji Pokok : RM600.00

Komisen : Sehingga RM5,000.00 sebulan

Mempunyai kenderaan sendiri & lesen memandu ( boleh dirundingkan )

Berpengalaman dalam bidang pemasaran minima 1 tahun.

Produk yang hendak dipasarkan : Produk IT, Komputer, Buku-Buku Komputer,

Perkhidmatan Membina Laman Web, Perkhidmatan Penerbitan & Percetakan,

Latihan Keusahawanan, Buku-Buku Agama dan Akademik.

Keterangan lanjut hubungi:

No. 41, Jalan Badminton 13/29, Tadisma Business Park,

Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan.

Tel : 03-55114530 Pejabat

En. Ahmad Bahari Mokhtar 012 6961148 email:kumsb@...

En. Muhammad Firdaus 019 3566644 firdaus@...

www.kumpulan-usahawan-muslim.com.my / www.dumei.com



[Non-text portions of this message have been removed]

#499 From: "Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd" <kumsb@...>
Date: Sat Jun 15, 2002 2:31 am
Subject: RE: Peluang Kerja & Niaga
kumsb@...
Send Email Send Email
 
PEGAWAI PEMASARAN
   [Sepenuh Masa / Sambilan]

   Kelayakan Minima: SPM
   Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris
   Gaji : RM600.00 (tempoh percubaan 3 bulan)
   Komisen pencapaian : sehingga RM5000.00 sebulan
   Mempunyai kenderaan sendiri & lesen memandu
   (Jika tiada boleh dipertimbangkan)
   Mempunyai minat dalam kerja-kerja pemasaran

   PRODUK UNTUK DIPASARKAN:
   Kumpulan 1 : Buku-Buku Komputer
   Kumpulan 2 : Kad Jaringan & Lamanweb
   Kumpulan 3 : Komputer & Perkhidmatan Latihan

   Temuduga terbuka setiap hari:
   Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
   Tempat : Unit IT & Multimedia
   Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd
   Lot 02-09D, Tingkat 2,
   Kompleks PKNS, 40000 Shah Alam.

   Atau di lokasi di bawah:

   Unit Pembekalan,Pemasaran Dan Pembangunan Perniagaan.

   No. 41, Jalan Badminton 13/29, Tadisma Business Park,

   Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan.

   Tel : 03-55114530 Pejabat

   En. Ahmad Bahari Mokhtar 012 6961148 email:kumsb@...

   En. Muhammad Firdaus 019 3566644 firdaus@...

   www.kumpulan-usahawan-muslim.com.my / www.dumei.com



[Non-text portions of this message have been removed]

#500 From: "Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd" <kumsb@...>
Date: Sat Jun 15, 2002 2:31 am
Subject: RE: [kelab_umno_ns] 14 lagi anggota KMM ditahan
kumsb@...
Send Email Send Email
 
PEGAWAI PEMASARAN
[Sepenuh Masa / Sambilan]

Kelayakan Minima: SPM
Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris
Gaji : RM600.00 (tempoh percubaan 3 bulan)
Komisen pencapaian : sehingga RM5000.00 sebulan
Mempunyai kenderaan sendiri & lesen memandu
(Jika tiada boleh dipertimbangkan)
Mempunyai minat dalam kerja-kerja pemasaran

PRODUK UNTUK DIPASARKAN:
Kumpulan 1 : Buku-Buku Komputer
Kumpulan 2 : Kad Jaringan & Lamanweb
Kumpulan 3 : Komputer & Perkhidmatan Latihan

Temuduga terbuka setiap hari:
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Unit IT & Multimedia
Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd
Lot 02-09D, Tingkat 2,
Kompleks PKNS, 40000 Shah Alam.

Atau di lokasi di bawah:
   Unit Pembekalan,Pemasaran Dan Pembangunan Perniagaan.

   No. 41, Jalan Badminton 13/29, Tadisma Business Park,

   Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan.

   Tel : 03-55114530 Pejabat

   En. Ahmad Bahari Mokhtar 012 6961148 email:kumsb@...

   En. Muhammad Firdaus 019 3566644 firdaus@...

   www.kumpulan-usahawan-muslim.com.my / www.dumei.com



[Non-text portions of this message have been removed]

#501 From: hussin abdaziz <ful_moon@...>
Date: Sat Jun 15, 2002 2:50 am
Subject: Re: H-Net* RE: [kelab_umno_ns] 14 lagi anggota KMM ditahan
ful_moon@...
Send Email Send Email
 
kalau nak advertise gunalah subject heading yang betul sesuai dengan perkara
yang hendak dimaklumkan. gaya cam ni gaya orang habis modal. bagi saya kalau
kepala dah tak betul jangan harap badan akan betul. cam biasa lah ....

--- message from "Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd" <kumsb@...>
attached:

_____________________________________________________________
-------------------------------------------

All the intelligence of the internet
http://www.intelbrief.com

_____________________________________________________________
Promote your group and strengthen ties to your members with email@...
by Everyone.net  http://www.everyone.net/?btn=tag


[Non-text portions of this message have been removed]

Messages 472 - 501 of 4368   Oldest  |  < Older  |  Newer >  |  Newest
Add to My Yahoo!      XML What's This?

Copyright © 2010 Yahoo! Inc. All rights reserved.
Privacy Policy - Terms of Service - Guidelines NEW - Help