LELAKI YANG DAYUS
Mengikut tafsiran fuqaha, lelaki yang membenarkan perempuan dibawah tanggungjawab atau jagaannya melakukan maksiat/bergaul bebas, atau memperlihatkan kecantikan mereka kepada lelaki bukan muhram sehingga menggoda hawa nafsu mereka adalah lelaki yang dayus.
Pendayus akan mendapat balasan di akhirat yakni tidak akan masuk ke syurga dan Allah tidak akan melihat mereka pada hari qiyamat, dan dosanya setaraf org yg menderhaka kepada kedua ibu bapa (Az-Zahabi, Kitabul Kaba'ir)
Dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “3 jenis manusia yg Allah haramkan mereka masuk ke jannah yakni peminum khamr, penderhaka kepada ibubapa dan pendayus yang membenarkan ahli keluarganya melakukan maksiat.” (Hadith riwayat Imam Ahmad)
Dari Abdullah R.A bahawa baginda S.A.W bersabda: “3 orang tidak akan masuk ke syurga dan Allah tidak akan memandang mereka penderhaka kpd kedua ibubapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan pendayus ...”(Hadith riwayat Imam Ahmad)
Dari Abdullah dari ayahnya berkata, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Allah `Azza wa jalla tidak melihat 3 golongan di hari qiyamat iaitu penderhaka kpd kedua ibu bapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan pendayus…”(Hadith riwayat An-Nasa’ie)
Syarh Sunan An-nasa’ie:
Dayus itu ialah lelaki yang tiada ghirah (perasaan cemburu) terhadap ahli keluarganya.
Rujukan:
1. Syarah Sunan AN Nasai'e
2. Kitabul Kaba'ir, Az-Zahabi
Dayus menurut ulama' ialah "Seorang lelaki yang lemah perasaan cemburu (sensitif terhadap maksiat), ia membezakan diantara seorang Islam dari yang lain, dari orang kafir dan dayus yang membenarkan kelucahan dan perkara yang tidak bermoral keatas keluarganya"
Imam Al-Zahabi didalam bab "membenarkan kelucahan keatas ahli keluarganya" mengkelaskan dayus sebagai salah satu dari dosa-dosa besar Membenarkan ahli keluarga melakukan maksiat, misalnya tidak menutup aurat, melakukan zina, menonton filem lucah dan sebagainya adalah merupakan sifat-sifat orang dayus. Dengan kata lain, dia langsung tidak mempunyai perasaan cemburu keatas ahli keluarganya diatas maksiat yang mereka lakukan. Dari Abu Hurairah ra., sabda Nabi saw :
Sesungguhnya Allah cemburu dan orang mukmin juga cemburu, sesungguhnya cemburu Allah didatangkan kepada orang mukmin dengan apa yang diharamkan keatasnya" - [hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
Orang yang tidak ada perasaan cemburu keatas apa yang Allah larang keatas orang dibawah jagaannya dikatakan seorang yg dayus. Mereka disifatkan tidak mempunyai perasaan sensitif langsung dengan hukum-hukum moral dalam syariat Islam yg seharusnya dijaga keatas ahli-keluarganya.
Dr Abdullah Al-Faqih didalam membahaskan hadith mengenai "tidak masuk syurga" mereka yang dayus dan sebagainya, melalui 2 pengtakrifannya iaitu :-
2. Larangan masuk syurga adalah pada peringkat permulaanya, setelah ia diazab dineraka maka dengan izin Allah dibenarkan masuk syurga, atau Allah swt mengampunkan dosanya kemudian dan tidak masuk kedalam neraka, tetapi bukanlah dari mereka yang terdahulu (al-sabiqin) memasuki syurga, Ini adalah hak mereka yang mati dari seorang Muslim yang bertaubat dari kemungkaran yang besar, baginya dia telah bertaubat dan Allah menerima taubat darinya"
Ibn Khuzaimah mengatakan bahawa hadith-hadith diatas tadi menunjukkan bahawa orang-orang muslim yang melakukan maksiat ('asi) tidak boleh masuk kedalam syurga Allah bersama-sama orang mukmin yang soleh, kerana orang yg melakukan maksiat terlebih dahulu dimasukkan kedalam neraka sehingga bersih dosannya, selama-mana ia mentauhidkan Allah swt.
Ibn Manzur (5:3414) memberi erti fasiq sebagai : melakukan MAKSIAT, meninggalkan perintah Allah dan keluar dari jalan yang benar. Menurut Muqatil bin Sulaiman al-Balkhi (ms 328-330), 3 diantara 6 pembahagian FASIQ ialah :
1. maksiat kpd agama tanpa syirik
2. dosa tanpa syirik
3. kejahatan.
Maka ulama mengatakan bahawa orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar (seperti dayus) merupakan orang yang fasiq. Orang-orang yang fasiq sebegini masih boleh diampunkan dosanya sekiranya dia bertaubat kepada Allah swt.
Kesimpulannya, dayus ialah tidak mempunyai perasaan cemburu keatas maksiat yg dilakukan oleh kaum keluarganya, contohnya seperti tidak melarang isteri atau anak mendedahkan aurat mereka. Dayus merupakan salah satu dari dosa-dosa besar, dan orang yg dayus juga merupakan orang yang fasiq. Wallahu'alam.
wassalam
=============
Rujukan :
1. Sheikh Al-Hafiz Abu Abdullah bin Ahmad bin Uthman Al-Zahabi. Kitabul Kaba'ir. ditahqiq oleh 'Aamir Al-Jazzaar dan Anwar Al-Baaz. Dar Al-Wafaa', 1998. ms 80.
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.