Grup Seni Lukis Artmyas ialah grup siber pengamal, penggerak dan peminat seni lukis dalam lingkungan penutur bahasa Melayu. Keahlian grup pada dasarnya dibataskan kepada pengamal, penggerak dan peminat amatur sahaja. Ia tidak dibuka kepada artis profesional atau sepenuh masa kerana tujuan penubuhannya ialah untuk memberi peluang dan ruang kepada artis amatur dan bakat-bakat baru belajar, bertukar-tukar pengalaman dan mempromosi karya mereka di mana peluang untuk mereka agak terhad berbanding dengan artis profesional. Bagi artis pro, yang dipilih dan ditawarkan sahaja boleh menjadi ahli. Pemilihan adalah berdasarkan kepada keupayaannya dan kesanggupannya membantu ahli-ahli lain yang masih amatur. Setiap ahli grup berpeluang menjadi ahli Kelab Seni Lukis Artmyas, sebuah kelab seni lukis siber milik Artmyas Art Studio & Gallery. Setiap ahli juga berpeluang mempromosi hasil karya mereka di internet melalui laman web http://www.artmyas-portraits.cjb.net milik Artmyas Art Studio & Gallery.
Keterangan imej:
Catan di atas ialah salah satu hasil kerja Pak Abu (moderator / pemilik Artmyas Studio & Gallery) yang dilukis secara spontan menggunakan medium cat air semasa mengajar kelas bimbingan seni lukis (dewasa) anjuran Balai Seni Lukis Negeri Kelantan / Perbadanan Muzium Negeri Kelantan lebih sepuluh tahun dahulu. Sila klik Photos untuk melihat contoh lukisan-lukisan Pak Abu yang lain atau layari laman web http://www.asabart.com
Ahli yang ingin mempelajari selok-belok melukis dengan betul boleh memohon secara online melalui http://www.formdesk.com/artmyas/bimbinglukis.php.
TM minta laluan tolong hantar ke kawan2 semua TQ Assalammualaikum dan Salam sejahtera Beli kereta bawah skim siswazah '0' muka, interest rendah atau "cash
TM minta laluan tolong hantar ke kawan2 semua TQ Assalammualaikum dan Salam sejahtera GEMPAR 2009 Kereta baru '0' muka, interest rendah atau "cash rebet" Kami
TM minta laluan tolong hantar ke kawan2 semua TQ Untuk disewa bilik pejabat beserta internet Lokasi : Cheras KL Kemudahan: - Ruang tetamu untuk pelanggan -
TM minta laluan tolong hantar ke kawan2 semua TQ Assalammualaikum dan Salam sejahtera Anda pilih : Beli kereta dapat TUNAI,100% loan,trade-in tanpa top up atau
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera; Produk HEBAT yang di cari-cari oleh SEMUA orang! Dengan Modal Mula Cuma RM 65.00... Bukan RM200! RM 65.00 ajer.. Anda akan