Assalamu'alaikum wbt Salam Sejahtera,
Selamat datang ke Group "Saujanaku". Di dalam group ini, anda dipersilakan menghantar sebarang jenis atau bentuk artikel seperti cerpen, sajak, lawak jenaka, rumahtangga, agama, resepi dan sebagainya.
Walaupun begitu, artikel-artikel yang berunsurkan politik, lucah, surat berantai, iklan skim cepat kaya internet dan boleh menyentuh sensitiviti orang lain tidak dibenarkan.
Sesuai dengan tema group ini, seboleh-bolehnya artikel yang dihantar tidaklah 'berat' sangat dan sesuai dibaca untuk menenangkan fikiran di masa lapang setelah sehari suntuk berada di pejabat ataupun di dalam kelas. Artikel yang dihantar sebaik-baiknya agak ringan untuk dibaca, memberi pengetahuan dan pengajaran kepada kita semua.
Group ini adalah di'moderated'kan untuk mengelakkan serangan virus, maki-hamun dan chatting sesama ahli group yang mungkin akan menggunakan mailing list group ini sebagai tempat chatting mereka. Ini untuk mengelakkan bilangan e-mail terlalu banyak (spam).
Di samping itu juga, 'attachment' seperti gambar, slideshow, flash dan sebagainya juga dibenarkan dengan syarat saiznya tidak terlalu besar. Saiz maksimum yang dibenarkan untuk sebarang 'attachment' per e-mail ialah 1 MB dan bilangan maksimum gambar per e-mail ialah 5 (kekecualian akan diberikan sekiranya saiz gambar tersebut adalah kecil).
Oleh sebab itu, pengguna Web-based Email (Hotmail, Yahoo, Excite dan sebagainya) tidak digalakkan untuk menerima setiap e-mail dari group ini di dalam mailbox mereka kerana saiz e-mail yang besar dan tidak sepadan dengan saiz mailbox. Anda digalakkan untuk membaca e-mail dari group ini di website group. Untuk menukar setting alamat e-mail anda, sila ke 'website group' kemudiannya 'Edit My Membership' kemudiannya 'No email - read in the website'.
Semoga anda terus ceria selama berada di dalam group ini.
Regards
Moderator Group Saujanaku
|