|
ini dulu satu kumpulan bujang di serdang yang educated dan survive dalam hidup yang penuh cabaran. rumah no. 373 berpokok mangga nan sebatang. berjiran dengan bujang sabahan dan abang cina dari kelantan. Penghuninya berwarna-warni. Memeningkan tetapi tidaklah memualkan. Macam-macam kerja pernah dilakukan bersama seperti berBBQ, berniaga air di pasar ramadhan, berniaga frozen food untuk pasaran sekitar serdang, berniaga daging lembu segar, biskut dan kerepek untuk hariraya. Rumah tu juga pernah menjadi pejabat kecil sebuah perniagaan berasaskan bioteknologi yang juga kecil-kecilan. Hobi pun berbagai-bagai tapi bersatu kerana sebatang pokok mangga sebagai tali pengikat dengan masyarakat setempat.
kopra (johor), halim bachik (melaka), zubir (melaka), pak ya (melaka), din boroi (kelantan), boboi (johor), art (kedah) dan che li (kedah) adalah penghuni awal rumah itu. Kemudian silih berganti dengan penghuni lain: man talib (johor), haris (selangor), adik kopra (johor), man kamis (penang), mat noh (johor), amran (melaka), suriroowi (johor), jefri (pahang), katon (johor), badok (johor), jagung (johor), yeop (perak), shukri (perak), kid-koben(johor), ae (melaka), cheli (perak), abg azlan (pahang), badrul (melaka) dan radzi(perak). ada sorang lagi nama dia omar dan bekerja di MAB.
|