Dari alam siber ke kancah realiti, RJSelatan menjadi pelengkap kesinambungan wadah Relexjap yang akan merapatkan jurang budaya antara masyarakat tidak kira didalam Malaysia ataupun diluar negara.
RJSelatan adalah bukti asas persefahaman yang jitu diantara warga Relexjap yang menduduki wilayah selatan semenanjung Malaysia dan Singapura agar ikatan yang terjalin itu adalah ukhwah sempurna yang bukan berlandaskan persefahaman di alam siber semata-mata, tetapi melangkau jauh untuk sebuah masyarakat yang saling tolong menolong diantara satu sama lain dan bersikap mesra walaupun tidak pernah bersua muka.
RJSelatan adalah jambatan silaturrahim di antara negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Singapura. Perhubungan yang diharapkan akan dapat menjana minda yang sihat dengan artikel-artikel yang berinformasi dan memudahkan interaksi setempat. Agar setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya.
RJSelatan tidak akan menggantikan Relexjap tetapi menjadi tulang belakang Relexjap dibahagian selatan Malaysia dan Singapura yang akan merubah hala tuju masa hadapan ke arah masyarakat yang celik IT.
GUNAKAN RJSELATAN SEBAIK BAIKNYA DAN ANDA AKAN TAHU MAKSUDNYA!