http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=\
Luar_Negara&pg=lu_13.htm
10 dilantik kakitangan Susilo
JAKARTA 20 Nov. - Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semalam menandatangani Dekri
Presiden berkaitan pelantikan 10 individu bagi menganggotai pasukan khas
kakitangan Presiden, lapor agensi berita Antara.
Jurucakap Presiden, Dino Patti Djalal berkata, dekri yang ditandatangani Susilo
itu berkaitan pasukan khas Presiden, termasuk enam muka baru yang akan membantu
beliau menjalankan tugas sebagai ketua republik tersebut dalam tempoh lima tahun
akan datang.
Menurutnya, 10 individu terlibat juga telah menandatangani satu pakatan
integriti semalam.
"Ini merupakan kali pertama pasukan khas Presiden ditubuhkan,'' kata Dino.
Sepuluh individu yang dilantik ialah bekas aktivis dari Parti Rakyat Demokratik
(PRD), Andi Arief; timbalan dekan Fakulti Sosial dan Sains Politik Universiti
Indonesia, Adrian Pasha; kakitangan khas Bappenas, Velix Wanggai; Kolonel Ahmad
Yani Basuki; Dino Patti Djalal; Deny Indrayana; Sardan Marbun; Heru Lelono;
Jusuf Wangkar; dan pemerhati politik, Daniel Sparingga.
Adrian telah diamanahkan tugas sebagai jurucakap Presiden untuk hal ehwal dalam
negeri, sementara Dino kekal sebagai jurucakap berkaitan hal ehwal luar. -
Agensi
[Non-text portions of this message have been removed]