SCS Communication & Sports : The Pre-Amateur Radio dahulunya dikenali sebagai (SACC), merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan komunikasi radio dengan menawarkan perkhidmatan radio tanpa wayar untuk berkomunikasi dan sekaligus mendidik ke arah memiliki lesen radio amatur (9W2)di Semenanjung Malaysia.
SCS ditubuhkan setelah diperkenankan oleh Y.B.M Tunku Abdul Jalil Ibni Tunku Osman yang juga selaku Penaung kepada SCS Communication. Ianya diwujudkan berdasarkan kepada keperluan SWAL yang ingin menggunakan radio tanpa wayar.
Setiap SWAL yang menjadi pengguna kepada SCS akan diberikan nama `call sign' (SC3) bagi Selangor dan KL iaitu bagi mewakili dimana negeri seseorang pengguna itu berada. Setiap pengguna akan dilatih untuk bercakap seperti yang dipraktikan oleh pemegang lesen radio amatur dan menggunakan `Q' code sebagai perantara untuk berkomunikasi. Setiap pengguna SCS Communication diwajibkan untuk menduduki dan lulus RAE yang dikelolakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam tempoh masa 2 tahun.
Pendafataran pengguna individu akan dikenakan bayaran yuran pendaftaran (One-Off) sebanyak RM200, pendafataran berkumpulan (5 orang min) sebanyak RM170/orang. Callsign yang diluluskan boleh digunapakai untuk seluruh ahli keluarga iaitu isteri dan anak.
Bagi pemegang lesen radio amatur 9W2/9M2, pakej korporat melalui kelab-kelab radio amatur adalah sebanyak RM120 sahaja. Callsign yang diberikan juga boleh digunakan oleh seisi keluarga. Bagi pengembara/pelawat dari luar Lembah Klang mereka boleh memohon callsign sementara bagi tujuan perhubungan.
Sebarang pertanyaan untuk menjadi pengguna di SCS Communication, boleh berhubung terus dengan SC1-LE :019.381.5969, SC1-GT :019.321.8549, SC1-WW :019.375.4950 atau email kepada sc1le@scs.net.my
Sekian, terima kasih.
73,
de SC1-LE
RADIO EQUIPMENT FOR SALE : http://www.kedaiscs.com