Search the web
Sign In
New User? Sign Up
mymares · my-mares
? Already a member? Sign in to Yahoo!

Yahoo! Groups Tips

Did you know...
Want to share photos of your group with the world? Add a group photo to Flickr.

Best of Y! Groups

   Check them out and nominate your group.

Messages

  Messages Help
Advanced
tentatif program GlobalSET 2 2009....   Message List  
Reply Message #7433 of 7543 |
AMARAN KUNING BANJIR

AMARAN KUNING BANJIR

Sila buat persiapan untuk bergerak serta-merta sekiranya MARES dipanggil untuk
memberi bantuan.

73 de
9w2fd

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=\
Timur&pg=wt_01.htm


Siap sedia hadapi banjir
Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@...

KUANTAN 14 Nov. - Jabatan Meteorologi Pahang menasihatkan penduduk
di beberapa daerah negeri ini supaya bersiap sedia dan berjaga-jaga
berikutan hujan lebat diramalkan bermula esok hingga Khamis ini.


Pengarahnya, Md. Kamsan Hamdan berkata, pada Khamis lepas, pihaknya
telah mengeluarkan amaran kuning iaitu nasihat berikutan hujan
sederhana dan kadangkala lebat yang boleh menyebabkan banjir.

Beliau berkata, antara daerah yang dikenal pasti akan berlakunya
banjir ialah Kuantan, Maran, Rompin, Temerloh, Rompin dan kawasan
rendah yang sering berlaku banjir.

''Bagaimanapun, kita akan sentiasa berjaga-jaga dan mempertingkatkan
arahan kepada amaran jingga dan merah jika hujan masih berlarutan,"
katanya kepada pemberita sempena Kempen Kesedaran Awam- Mengenai Cuaca
Ekstrem, Gempa Bumi dan Tsunami di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran
kemungkinan banjir di kawasan rendah di Pahang dan Johor berikutan
hujan lebat dijangka berterusan sehingga pagi ini.

Menurut Md. Kamsan, amaran awal yang dikeluarkan tidak akan berkesan
sepenuhnya tanpa adanya kesedaran awam terhadap bahaya bencana cuaca
ekstrem seperti banjir, gempa bumi dan tsunami.

''Oleh itu kami mengharapkan kesedaran dan kerjasama daripada
masyarakat agar dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan
kemusnahan harta-benda," jelasnya.

Dalam pada itu, pihaknya telah meletakkan alat pengesan tsunami di
pantai Teluk Chempedak di sini bagi membolehkan orang ramai membuat
persediaan menghadapi bencana alam itu.

''Sekiranya berlaku gempa bumi di laut dan menunjukkan tanda-tanda
tsunami maka siren yang dipasang akan berbunyi dan terus dikesan ke ibu
pejabat.
''Dalam tempoh 15 minit, maklumat tersebut akan dihebahkan kepada
orang ramai supaya bersiap sedia menghadapinya dan bantuan akan segera
disalurkan," jelasnya.




[Non-text portions of this message have been removed]




Fri Nov 20, 2009 8:03 am

azizul_ghazali
Offline Offline
Send Email Send Email

Message #7433 of 7543 |
Expand Messages Author Sort by Date

Salam semua rakan rakan dan sukarelawan GlobalSET-2 2009. Berikut adalah tentatif program bagi aktiviti tersebut:   14hb Nov ...
ninjaz boyz
ninjaz_boyz
Online Now Send Email
Nov 11, 2009
1:36 am

Baru nak tanya tentatif dah keluar rupanya.. bagus bagus Tuan 9M2SQL.. 7 3 Hirman F. 9W2SUN...
Hirman F.
hfar.rm
Offline Send Email
Nov 11, 2009
5:38 am

Rakan-rakan, Pertamanya, maaf jika iklan ini melanggar tatacara Yahoogroup Mares. Rakan kita 9W2PJU bernombor telefon 012 977 9667 ingin membuat penjualan...
Hirman F.
hfar.rm
Offline Send Email
Nov 20, 2009
2:55 am

assalammualikum..rakan rakan... saya ingin mencari  Rig dual band ..jika ada rakan rakan yang dah bosan mengunakan dan ingin menjual...atau .nak bertukar dgn...
joe dino
jdino17@...
Send Email
Dec 6, 2009
2:02 pm

salam.. saya ada dual band rig brand new Yaesu FT10R/E bought at RM1350.. now want to sell back at RM1250, ( just about 7 months) blum pernah guna kecuali...
Amir Lagong
9w2amr@...
Send Email
Dec 7, 2009
7:22 am

AMARAN KUNING BANJIR Sila buat persiapan untuk bergerak serta-merta sekiranya MARES dipanggil untuk memberi bantuan. 73 de 9w2fd ...
Azizul Ghazali
azizul_ghazali
Offline Send Email
Nov 20, 2009
8:03 am

Sesetengah tempat di Terengganu sudah ditenggelami banjir disebabkan hujan turun tidak berhenti. http://infobanjir.water.gov.my/waterlevel_page.cfm?state=TRG ...
Azizul Ghazali
azizul_ghazali
Offline Send Email
Nov 22, 2009
5:56 am

En Azizul, Boleh terus update/forecast sebab saya akan ke Bachok Kelantan melalui Terengganu selepas hari raya Eidul Adha ni. Terima kasih atas makluman. Hj...
zul mess
hjctzul
Offline Send Email
Nov 22, 2009
7:13 am

Kepada rakan2 di Kelantan, berhati-hati. 73 http://infobanjir.water.gov.my/waterlevel_page.cfm?state=KEL StationID (Photo) Station Name (Graph) River Basin ...
Azizul Ghazali
azizul_ghazali
Offline Send Email
Nov 22, 2009
5:58 am
Advanced

Copyright © 2010 Yahoo! Inc. All rights reserved.
Privacy Policy - Terms of Service - Guidelines - Help