Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya ingin memanjangkan mesej dari Sdr. Presiden kita, 9M2AU, berkenaan
persediaan MARES dalam menghadapi kecemasan.
-- begin
Salam Untuk semua...
MARES adalah sebuah persatuan yang objektifnya adalah untuk membantu
agensi-agensi penyelamat semasa berlaku kecemasan dan bencana. Kita baru
sahaja selesai menandatangani MOU dengan MAS / EMC (Emergency Management
Centre) Dengan adanya MOU ini bersama pihak MAS kita telah maju kehadapan
sedikit.
Dalam persiapan kita mengukuhkan barisan hadapan kita harus ada beberapa
peralatan seperti peralatan komunikasi, antenna, PSU dan lain-lain.
Baru-baru ini 9W2JAZ telah menghubungi saya memberitahu ada sebuah agensi
ingin menjual sebuah caravan dengan harga RM12,000. Oleh kerana harga yang
ditawarkan itu agak mahal maka beliau memohon agar ianya di kurangkan. Oleh
kerana kita ini sebuah badan NGO yang aktif dalam membantu agensi2
penyelamat semasa berlaku bencana besar maka syarikat berkenaan bersetuju
mengurangkan/menurunkan harga caravan tersebut ke RM8,000.00. Dan ianya amat
murah jika dibandingkan dengan harga pasaran.
Pihak MARES memerlukan sokongan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk membeli
dan mendapatkan caravan ini. Dengan adanya caravan ini maka pergerakkan kita
akan
lebih efisyen dan teratur. Segala maklumat berkaitan caravan tersebut
bolehlah didapati dengan menghubungi 9W2JAZ diemail 9w2jaz@... ataupun
ditalian 019-3873241.
Caravan ini juga boleh digunakan semasa Field Day atau Exhibition dan yang
lebih penting ianya dapat digunakan semasa bencana dan kecemasan. Dimana
ianya akan dijadikan mobile command centre sewaktu bencana. Caravan ini
boleh di tarik menggunakan kenderaan pacuan 4x4.
Sebarang pertanyaan silalah ajukan kepada 9W2JAZ, atau saya sendiri diemail
9m2au@....
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, deposit sebanyak RM1,000.00 telah
pun dibayar kepada penjual, untuk memastikan caravan ini dapat dimiliki.
Saya mencadangkan diadakan satu dana seperti yang kita adakan baru-baru ini
untuk membeli duplexer. Jika para ahli bersetuju dengan projek ini, maklumat
tabung akan diumumkan dalam masa terdekat.
Untuk makluman semua, kita harus mendapatkan caravan ini dengan kadar segera
sebelum ianya terlepas ke tangan orang lain.
A JOURNEY OF A THOUSAND MILES BEGAN WITH THE FIRST STEP.
LET'S US TAKE THAT FIRST STEP TOGETHER. TOWARDS BUILDING A BRIGHTER AND
BETTER FUTURE.
Sekian terima kasih.
de 9M2AU
-- end
Regards,
FahRoe Ibrahim
9W2BBS
+==============================+
WWW : www . fahroe . com
DOT : 9w2bbs(at)mares.org.my
HAM : 9W2BBS
VOICE : +60 - 12 - 235 3769
SMS : +60 - 12 - 242 1962
BBS : bbs.rindu.net
+==============================+
Disclaimer: Sorry - yesterday was the deadline for all complaints.
_____
avast! Antivirus <http://www.avast.com> : Outbound message clean.
Virus Database (VPS): 071121-0, 21/11/2007
Tested on: 22/Nov/07 6:21:31 PM
avast! - copyright (c) 1988-2007 ALWIL Software.