MUTIARA SMTSP adalah merupakan egroup khas buat semua warga SMTSP. Keahlian adalah terbuka kepada semua para pelajar, pendidik dan kakitangan sekolah sekarang, dan juga semua bekas pelajar, pendidik dan kakitangan Sekolah Menengah Sains Perlis @ Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra @ Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra.
Objektif utamanya adalah sebagai saluran komunikasi bagi semua warga SMTSP untuk mendapat bantuan dan pertolongan akademik, serta nasihat dan kaunseling, pengumuman, saluran elektronik untuk berbicara, malah apa sahaja sumbangan yang ada kaitannya dengan SMTSP serta ahli dan warga di dalamnya.
Hasrat unggul kita adalah untuk mendekatkan lagi hubungan di kalangan kita warga SMTSP, semoga ia tidak akan berkembang tidak tertakluk hanya di ruang siber ini. Semoga manfaatnya akan kita kecapi bersama.
Mewujudkan egroup ini adalah merupakan salah satu tindakan susulan yang dirasakan perlu hasil dari aktiviti program Balik Sekolah oleh bekas alumni 1976-80 (SMTSP80) pada Mei 2001.