Pesanan kepada pelanggan percuma:
LAWAK TANPA PERMIT adalah antologi satira tragedi-komedi sosio-politik Malaysia. Jurnal jenaka X-treme on-line ini menerima sumbangan artikel-artikel yang berbentuk gurauan sosio-politik dari laman-laman web dan forum-forum perbincanga maya. Dengan melanggan ke senarai ini anda akan diberi PERCUMA satu lawak via e-mail hampir setiap minggu! Ianya sesuai untuk digunakan sebagai ubat untuk memecahkan perut dan membasahkan gusi yang kering.
Pesanan kepada lanun cetak rompak:
Kami tidak mengaku bahawa artikel yang tersiar adalah hasil karya kreatif kami tetapi kami mempunyai hak eksklusif kepada koleksi artikel ini secara am. Ianya boleh dicetak dan disalin semula, namun begitu kegiatan mengambil untung berbentuk wang melaluinya hendaklah mendapat kebenaran dari pihak kami. Walaubagaimanapun, mana-mana webmaster boleh menggunakan artikel dalam koleksi kami sebagai "Free Content" dengan syarat setiap artikel yang digunakan mempunyai Link atau rujukan ke LAWAK TANPA PERMIT( http://lawaktanpapermit.blogspot.com). Doa juga perlu dipanjatkan kepada mereka yang memperjuangkan kebenaran.
Pesanan kepada Peguam:
PENGAKUAN BERSUMPAH ™ Artikel jurnal ini adalah Fiksyen (Bukan fakta! Bukan Fitnah! Hanya Fantasi Ning!). Segala persamaan dengan individu tertentu adalah kebetulan.