Persatuan Penduduk Kampong Malaysia Raya dan Kepimpinan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Kg. Malaysia Raya dengan ini mengucapkan Selamat Datang dan mendaftar dengan egroup kampong kita ini.
Pendaftaran untuk menjadi ahli Persatuan penduduk ini adalah terbuka kepada semua penduduk Kg Malaysia Raya dan sekitarnya. Syarat terperinci untuk menjadi ahli boleh diperolehi daripada salinan Perlembagaan yang terdapat dalam file web page ini.
Egroup ini diharap akan dapat menjadi media untuk kita semua berhubung diantara satu sama lain.Semoga usaha murni ini mendapat tindak balas yang positif dari semua warga kampong khususnya.
Egroup ini juga bersedia menerima apa jua pandangan dan teguran yang membina asalkan ianya bersifat positif dan untuk kebaikan semua.
Sila rujuk file yang disertakan di dalam egroup ini untuk maklumat lengkap perlembagaan yang telah disahkan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS), senarai AJK Persatuan dan borang permohonan untuk menjadi ahli .Dalam File juga terdapat salinan maklumat Ahli Jawatankuasa Rukun tetangga. Anda adalah dialu-alukan untuk memaklumkan kepada rakan dan jiran terdekat mengenai keujudan egroup ini.
Gambar menunjukkan sebahagian daripada Warga Emas atau Penduduk asal Kg Malaysia Raya yang sempat dirakankan semasa Majlis Sambutan Hari Raya pada 20 November 2005 baru-baru ini.
KAMPONG KITA TANGGUNG JAWAB KITA -BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH