Kelab Kepimpinan Putra, UPM Serdang ditubuhkan pada tahun 2002. Jumlah keanggotaan kini semakin bertambah.
Maklumat tambahan seperti senarai ahli, gambar aktiviti, serta latar belakang kelab adalah diperlukan. Ahli yang mempunyai maklumat-maklumat tersebut, boleh maklumkan kepada 'moderator' atau 'owner' untuk melengkapkan portal ini.
En. Sopian telahpun diupgrade menjadi 'owner' kelab ini. Oleh itu, segala urusan berkaitan KEPUTRA dan portal kelab hendaklah diajukan kepada beliau.
Diharap website ini akan menjadi satu perantara kepada semua ahli Keputra UPM berkongsi pendapat dan idea. Ia juga boleh digunakan sebagai tempat berkumpul semua ahli baru dan bekas ahli Keputra UPM.
Kepada semua ahli, pastikan anda:
1) adalah ahli berdaftar atau bekas ahli Keputra UPM yang berdaftar sahaja
2) tidak menyalahgunakan site ini untuk tujuan peribadi seperti cinta, fitnah, hasut, dan lain-lain aktiviti yang menyalahi Akta Universiti dan Kolej Universiti
3) sentiasa menjaga bahasa dan etika sebagai seorang terpelajar; dilarang menggunakan bahasa kotor dan kesat kepada ahli yang lain
4) tidak menghantar mesej yang pendek-pendek, tetapi mestilah yang sesuai untuk dibaca dan diperbincangkan oleh ahli lain
5) menjaga nama baik universiti, kelab, dan juga pelajar ketika menggunakan kemudahan yang disediakan di dalam site ini.