Perkongsian ilmu antara Jurulatih Kadet Remaja Sekolah, Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera,
Selamat datang kepada rakan-rakan jurulatih Kadet Remaja Sekolah (KRS) IPGM sekalian. Marilah kita sama-sama memanfaatkan kewujudan laman ini demi kebaikan kita bersama. Semoga dengannya nanti, ikatan ukhuwwah yang sekian lama terjalin akan lebih kukuh dan erat.
Sedikit panduan kepada rakan-rakan yang baru menyertai grop ini.
1. Hantar mesej
Klik 'Post' di bawah menu 'Messages' dalam kotak menu sebelah kiri laman ini. Taip mesej kemudian send.
2. Kongsi gambar
Klik Photos dalam kotak menu yang sama sebelah kiri. Sila wujudkan album sendiri atau klik sahaja 'Add Photo'.
3. Kongsi maklumat
Elok juga sekiranya kita semua memasukkan data ke dalam database yang saya wujudkan sebagai rujukan apabila memerlukan. Klik 'Database' kemudian masuk ke dalam folder yang tertera dan masukkan maklumat sendiri.
Harapan agar maklumat di dalam grop ini memanfaatkan kita semua.