Search the web
Sign In
New User? Sign Up
jica · JICA Alumni Malaysia discussion group
? Already a member? Sign in to Yahoo!

Yahoo! Groups Tips

Did you know...
Show off your group to the world. Share a photo of your group with us.

Best of Y! Groups

   Check them out and nominate your group.
Having problems with message search? Fill out this form to ensure your group is one of the first to be migrated to the new message search system.

Messages

  Messages Help
Advanced
PROMO OPEN DAY myJICA 16 FEB 2007   Message List  
Reply | Forward Message #1418 of 1527 |
Re: [jica] PROMO OPEN DAY myJICA 16 FEB 2007


Cik Putih;

Program Hari Terbuka Kebudayaan Jepun ini memaparkan 6 aktiviti sekali gus, iaiatu ikebana, masakan, solekan, haiku, taman, homestay dan mendaki Mt.Fuji. Ia dilaksanakan pada 16 Feb.08 dan mel sdri bertarikh 17Feb08 menyatakan "sayaminat". Apakah yg saudari minat sebenarnya?> Kami kuran jelas.

Walau bagaimanapun, bagi tujuan rekod, aktiviti tersebut telah menarik minat lebih daripada 400 pengunjung. Booth Mendaki Mt.Fuji telah mendaftarkan lebih daripada 30 pendaki yg akan dilangsungkan pada Julai dan Ogos nanti.








2008/1/17 PUTIH DALIB <homestaypd@...>:

Assalamualaikum,
Sayaminat.  Dengan siapa patut saya hubungi?  TQ.
 
Intan
019 9407998/1099344344.  Harap sms kepada saya sesiapa yang patut saya hubungi.


MBA <mba4ever@...> wrote:
Disertakan Deraf promo. Promo ini akan dikeluarkan dalam majalah-majalan keluaran Kumpulan KarangKraf yang berkaitan.
Promo Ikebana akan dikeluarkan dalam Majalah Mingguan Wanita Khamis depan.

 
Persatuan Alumni Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun Malaysia (myJICA) akan mengadakan hari terbuka dengan menjalankan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan kebudayaan Jepun. Aktiviti ini terbuka untuk orang awam secara percuma.
Tarikh: 16 Februari 2008 (Sabtu)
Masa: 9 pagi hingga 5 petang
Tempat: Dewan Ukur, JUPPEM. Jalan Semarak, Kuala Lumpur
 
Aktiviti-aktiviti  yang akan dianjurkan adalah:-
1.        Bengkel Haiku
Haiku ialah puisi Jepun yang sangat terkenal dan telah berkembang hamper kepada semua bahasa di dunia. Puisi ini ditulis dalam 3  baris dengan 5 sukukata di baris pertama, 7 sukukata di baris kedua dan 5 sukukata di baris ketiga. Para peserta akan diberikan teori dan tip-tip menulis haiku dalam Bahsa Melayu.
 
2.        Demonstrasi Masakan Jepun
Beberapa jenis masakan Jepun akan ditunjukkan kepada peserta. Para peserta akan diberikan resepi , cara-cara dan tip membuat masakan Jepun yang biasa.
 
3.        Bengkel Ikebana
Ikebana ialah seni menghias bunga cara Jepun. Para peserta akan diajar  teori dan amali seni ini. Kesemua bahan akan disediakan oleh pihak penganjur dan bengkel akan diketuai oleh Ms. Noriko Ise daripada  Yayasan Jepun yang berpengalaman luas dalam bidang ini dan akan dibantu oleh dua orang instruktor tempatan.
 
4.        Demonstrasi Seni Solekan Jepun
Kebanyakan gadis Jepun mempunyai kulit muka yang cantik. Bagaimana mereka memelihara kecantikan ini?. Apa produk yang mereka gunakan?. Bagaimana mereka bersolek?. Kesemua ini akan terjawab melallui demonstrasi seni solekan Jepun ini.
 
5.        Pembinaan Taman Jepun
Negara Jepun dihuni oleh lebih daripada 120 juta penduduk. Kawasan lapang amat terhad. Walau bagaimanapun kita boleh temui di mana-mana sahaja taman di Jepun. Sekiranya ada kawasan lapang, di situ akan ada taman Jepun. Taman-taman ini boleh dilihat di beranda rumah, hotel, lapangan terbang, pejabat atau di mana-mana sahaja.

Taman Jepun menggambarkan alam semesta. Namun ia bukanlah replika sebuah dunia. Kesemuanya penuh makna. Batu melambangkan gunung ganang. Pokok mewakili hutan rimba. Kolam melambangkan tasik. Kesemua unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan membentuk sumber alam semesta yang harmoni.
 
Teori asas pembinaan taman Jepun akan diajarkan dalam sesi ini.
 
 
Di samping aktiviti utama ini, orang ramai juga berpeluang untuk melihat pameran aktiviti-aktiviti myJICA, mengunjungi gerai Aktiviti Pendakian Mt. Fuji dan Gerai Aktiviti Homestay di Jepun.
 
Ekspedisi Pendakian Gunung Fuji
Gunung Fuji atau Fuji-san adalah gunung tertinggi di Jepun yang amat popular. Ia hanya dibuka untuk pendakian pada bulan Julai dan Ogos sahaja. myJICA adalah satu-satunya organisasi di Malaysia yang menganjurkan pendakian ini. Lawati booth ini untuk makluman lanjut.
 
Homestay di Jepun
Tidak banyak organisasi yang menyediakan perkhidmatan homestay di Negara Jepun. Booth ini menyediakan maklumat lengkap mengenai program homestay yang disediakan oleh myJICA.
 
Ulasan & komen dialu-alukan. 


--
http://mba2u.blogspot.com
http://perjasa.net
http://myjica.net


Be smarter than spam. See how smart SpamGuard is at giving junk email the boot with the All-new Yahoo! Mail



--
http://mba2u.blogspot.com
http://perjasa.net
http://myjica.net

Mon Feb 18, 2008 5:39 pm

muhamadbinali
Offline Offline
Send Email Send Email

Forward
Message #1418 of 1527 |
Expand Messages Author Sort by Date

Disertakan Deraf promo. Promo ini akan dikeluarkan dalam majalah-majalan keluaran Kumpulan KarangKraf yang berkaitan. Promo Ikebana akan dikeluarkan dalam...
MBA
muhamadbinali
Offline Send Email
Jan 17, 2008
1:11 am

Assalamualaikum, Sayaminat. Dengan siapa patut saya hubungi? TQ. Intan 019 9407998/1099344344. Harap sms kepada saya sesiapa yang patut saya hubungi. MBA...
PUTIH DALIB
homestaypd
Offline Send Email
Feb 18, 2008
5:22 pm

Cik Putih; Program Hari Terbuka Kebudayaan Jepun ini memaparkan 6 aktiviti sekali gus, iaiatu ikebana, masakan, solekan, haiku, taman, homestay dan mendaki...
MBA
muhamadbinali
Offline Send Email
Feb 18, 2008
5:39 pm
Advanced

Copyright © 2009 Yahoo! Inc. All rights reserved.
Privacy Policy - Terms of Service - Guidelines - Help