Harap email dibawah dpt menjawab kemusykilan saudari (fwd drp group RJ)
Assalamu`alaikum wbt,
Mak aji ingin nak tolong jawab pertanyaan Sawayaka Hito (SH) mengenai “mandi wiladah”.
Wiladah (beranak) adalah antara perkara yang menyebabkan wajib mandi atau kita biasa sebut sebagai mengangkat hadas besar. Selain daripada wiladah, berjimak (bersetubuh), haid dan nifas adalah antara perkara yang diwajibkan mandi.
Ada perbezaan antara wiladah dan nifas. Nifas ialah darah yang keluar daripada rahim wanita yang baru bersalin manakala wiladah pula ialah bagi wanita yang bersalin tanpa keluar darah nifas. Keadaan ini boleh berlaku.
Mandi Wiladah adalah mandi janabah (mandi wajib) bagi perempuan yang melahirkan anak tanpa keluar darah nifas. Maknanya, kalau melahirkan anak secara pembedahan dan tiada darah nifas, mengalami keguguran, sama ada janinnya dalam bentuk seketul darah, seketul daging ataupun sudah cukup sifat (dalam kes bayi meninggal dalam perut atau sebagainya), semuanya wajib mandi.
Nifas pula adalah istilah bagi darah yang keluar (daripada rahim) SELEPAS melahirkan anak walaupun hanya setitik. Tempoh yang biasa (average) ialah 15 hingga 40 hari, manakala paling maksimum ialah 60 hari (selepas itu, jika masih keluar darah, ia dianggap darah istihadhah atau darah penyakit dan wajib mandi dan bersolat sebagaimana biasa). Selepas kering darah itu, wajiblah mandi atau mengangkat hadas besar bagi menyucikan tubuh dan membolehkan perempuan itu mengerjakan ibadah (solat, puasa, baca al-Quran dsb) serta melakukan jimak dengan suami.
(Nota: Darah yang keluar ketika sakit hendak bersalin atau keluar bersama anak tidak dikira darah nifas kerana ia keluar mendahului anak.)
Sama ada keluar darah nifas ataupun tidak selepas bersalin, hukumnya sama – wajib mandi. Ini kerana ia dihukum sebagai orang yang berjunub kerana anak itu adalah hasil daripada air mani perempuan dan lelaki (sila rujuk Kitab Fikah Mazhab Syafie – Menghuraikan Bab Bersuci dan Solat) .
Sering timbul kekeliruan sama ada perempuan yang baru bersalin itu wajib melakukan kedua-duanya sekali – mandi wiladah dan mandi nifas. Sebenarnya, sebagaimana yang dijelaskan di atas, mandi wiladah itu khusus kepada mereka yang melahirkan anak tanpa keluar darah nifas atau mengalami keguguran. Walaupun tiada darah nifas yang keluar selepas bersalin, wanita itu tetap wajib mandi sebelum dia boleh mengerjakan ibadah seperti biasa atau untuk bersama suami. Dan mandinya itu adalah mandi yang disandarkan kepada tafsiran illat (sebab) iaitu mandi kerana beranak.
Bagi wanita yang mempunyai darah nifas (dalam tempoh yang disebutkan di atas), tidak kira sama ada dia bersalin secara normal atau pembedahan, maka dia mesti menunggu hingga darah nifas itu kering dahulu barulah boleh mandi dan beribadah seperti biasa. Tak perlulah dia mandi wiladah pula selepas bersalin dan kemudian mandi nifas pula selepas darah nifasnya kering. Kalau nak ikut logik akal, memang tak logik perbuatan tersebut kerana mandi wajib bertujuan menyucikan diri bagi membolehkan beribadah. Apa gunanya mandi wajib kalau masih tak boleh solat kerana dalam keadaan bernifas?
Islam itu mudah sebenarnya, jadi tak perlulah menyusahkan diri.
Dalam satu Hadis Rasululullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Jemaah kecuali an-Nasa’ei, diriwayatkan bahawa baginda bersabda yang lebih kurang maksudnya, “Wanita hendaklah melakukan ghusi (mandi) dan solat selepas berhentinya darah selepas bersalin sama ada anak itu hidup atau mati”.
Hadis ini menyebut mandi hanya sekali sahaja selepas kering darah nifas. Tiada dalil mengenai mandi wiladah dan para ulama mentafsirkan mandi wiladah itu sebagai dalam lingkungan mandi nifas juga.
Wallahu`alam.
Mak aji harap penjelasan ringkas ini dapat menghuraikan kemusykilan SH. Maaflah sebab mak aji tak dapat nak membuat huraian terperinci dengan dalil dan nas macam yang SH minta. Sekarang ini mak aji betul-betul kesuntukan masa (dah dua minggu bertapa di pejabat sampai malam). Masuk ke tasik ini pun secara curi-curi sebab nak hilang letih dan bosan.
Kalau ada kesilapan dalam penjelasan mak aji ini, mak aji sangat-sangat berharap mereka yang arif dapat membetulkannya. Yang baik dan benar itu sesungguhnya datang daripada Allah SWT manakala yang mana tersilap itu adalah disebabkan kejahilan dan kelemahan mak aji sendiri.
MakAji Amatullah
From: ibu@yahoogroups.com [mailto:ibu@yahoogroups.com] On Behalf Of nhyati@...
Sent: Monday, October 03, 2005 10:57 AM
To: ibu@yahoogroups.com
Subject: [ibu] Mandi wiladah
Ni saya dah tengah tunggu masa nak bersalin anak ke3. Disebabkan kejahilan sendiri, bersalin terdahulu, tak buat mandi wiladah, mandi lepas bersalin. Cuma mandi lepas darah nifas kering.
Klu ada sesapa yang tahu macamana nak mandi wiladah, minta terangkan. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.
******************************* IMPORTANT MESSAGE ****************************** This transmission may contain information that is privileged, confidential and/or exempt from disclosure under applicable law. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any disclosure, copying, distribution, or use of the information contained herein (including any reliance thereon) is STRICTLY PROHIBITED. If you received this transmission in error, please immediately contact the sender and destroy the material in its entirety, whether in electronic or hard copy format. Thank you. ********************************************************************************