Skip to search.
filemkita · Filem Malaysia

Group Information

  • Members: 1194
  • Category: Malaysia
  • Founded: Sep 18, 2000
  • Language: English
? Already a member? Sign in to Yahoo!

Yahoo! Groups Tips

Did you know...
Real people. Real stories. See how Yahoo! Groups impacts members worldwide.

Messages

  Messages Help
Advanced
HIKAYAT JAGOAN 2010 - RECYCLE!   Message List  
Reply Message #5011 of 5065 |



HIKAYAT JAGOAN DUA PULUH SEPULUH YANG 
GEMILANG & TERBILANG LAGI TEMBERANG
 
Maka al-kisah, bersidanglah lima jauhari yang maha bijaksana dan arif, segak lagi tampan, gagah tiada perbandingan. Siapa lagi kalau bukan Orang Kaya Tinggi (juga digelar Sri Karma), Orang Kaya Gedebe (dicap sebagai Machchaan), Orang Kaya Berita Hairan (masyhur sebagai Akmar Hamba), Orang Kaya Rendah (disunting menjadi Dino Habok), dan Orang Rumah Tinggi (diberi ijazah dan digelar Dato’ Raim Armad).
Mereka menjalankan titah Sang Tak Ternilai Utama dari jajahan Mentera Komisi, Pening dan Buaya untuk menentukan siapakah yang layak dalam tahun dua puluh sepuluh dinobat sebagai Jagoan-jagoan Cemerlang, Gemilang lagi Terbilang (yang ada kala Temberang) di kalangan pendekar-pendekar yang begitu ramai di tanah Lumpur Kayangan yang dipelihara dengan begitu baik sekali oleh GIFAM dan PHFM dengan biayaan si pemurah hati, FANIS.
Begini kisahnya.
 
        SRI KARMA: Amacam? Okey tak pilihan kita?
 
       MACHCHAN:  Ayo-yo. Nanti kita kena belasah, anneh! Kali ini banyak pelik punya
         keputusan. Tak pernah jadi dalam sejarah.
 
AKMAR HAMBA:  Aaah, pedulikan! Di zaman globalisasi kita kena pandang jauh ke
          depan. Ini ’kuasa barisan pelapis’. Kita kena bagi peluang
          kepada ’generasi baru yang merintis semangat angkatan baru dunia
          perfileman’. Geng lama kita tolak tepi. Tarikh luput sudah lepas.
 
     DINO HABOK:  (Berbisik). Yang dua tiga orang kat sini pun amacam? Ada masuk
          susuk ka? Asyik muka ni aje tiap tahun? (Kepada Akmar Hamba).
          Halo, bro. Lu mau bertanding dalam pilihanraya ka?
 
AKMAR HAMBA:  Hamba bersedia pertaruh jiwa dan raga untuk negara! (Tersengih).
          Kalau ada offer, kapal selam (yang tak boleh selam) ditadahkan,
           bro!
 
      DINO HABOK:  (Bosan). Hmmph, pantang dipuji! Betul-betul Berita Hairan.
 
       DATO’ RAIM:  (Bersemangat). Kita sudah teliti. Kita sudah menilai. Kita ada kiraan.
          Kita sudah gunakan sukatan. Tak ada kesilapan.
 
         SRI KARMA:  Dah, dah. Macam cerita bangsawan je. Kita tahulah lu Orang Kaya
          Tinggi. Banyak mengkaji, banyak meniliti.
 
       MACHCHAN:  Sekarang untuk Yang Terbaik lagi Terbilang, amacam? Sapa kita
          mau kasi?
 
AKMAR HAMBA:  Tentu pada Pendekar Miracle! Tengok, dia sangat global. Dia bawa
                                  pelbagai manusia Melayu lagenda. CGInya macam ilmu sakti
          orang-orang Melayu zaman silam. Tak ada yang lebih hebat! Pukul
          David Teh-O!
 
      DINO HABOK:  Hai, bro. Macam ada apa-apa aje?
 
AKMAR HAMBA:  (Tersengih). Lumayan, pak! Tanggung beres!  
 
      DINO HABOK:  Tapi hamba fikir, genre-nya kucar kacir sikit. Kalau dia bersifat
                                  mistikal, mengapa sekejap fantasi, sekejap drama, sekejap komedi,
          sekejap parodi? Tengoklah macamana mistikal  Fiddler on the Roof,
          West Side Story atau Mama Mia. Kena pilih satu pendekatan aje,
          jangan masukkan semua. Jadi caca marbalah.
 
       DATO’ RAIM:  Tapi tesisnya bagus. Satu pembaharuan. Bersifat global.
 
       MACHCHAN:  Korek, korek, korek, Yang Arif!  Dia punya rupa saya suka betul.
         Macam filem Tamil tahun lima puluhan.
 
         SRI KARMA:  Adei Anneh! Ini filem Melayu, da. Tapi itu Nenek Kebayan
          overacting-lah. Dia punya make-up macam itu Zombi Kampong
          Pisang! Ayo-yo! (Tersedar). Dah, aku pulak jadi macam Machchan!
 
AKMAR HAMBA:  Ala, itu Aznal Hj Maggiemee pun apa kurangnya? Kat TV lagi
          teruk. Tapi itulah namanya Melayu.
 
     DINO HABOK:  Bro-bro sekalian. Untuk Yang Terbaik, segala-galanya mesti betul.
          Kita kena buat keputusan yang tepat, yang tak boleh dipertikai, yang
          Muktamad lagi tepat.
 
       DATO’ RAIM:  Ya. Nanti itu Tameme Serigala tumbuk dinding lagi. Nanti runtuh
                                   pulak bumbung! (Termenung). Tapi bumbung pun ada yang sudah
           runtuh. Satu lagi Projek Engineer Tak Lulus SPM.
 
         SRI KARMA:  Aaah, mana depa tau! Kita yang terpakar dalam hal ini. Okey, kita
           bagi Miracle anugerah Yang Terbaik dan Terbilang. Muktamad.
           No Further Action! Sampaikan segera kepada Raja Felkra.
 
       MACHCHAN:  Pendekar Yang Terhandal mana punya tambi pulak dapat?
 
AKMAR HAMBA:  Siapa lagi? Sysyphul Soup-lah! Tengok apa dia sudah buat dengan
          semua kenderaan mahal-mahal. Mana ada pendekar yang lebih
          berani! Inilah Pendekar Melayu! Pendekar generasi baru! Jelmaan
          Mat Kilau! Sampai mata aku pun silau.
 
     DINO HABOK:   Wah, wah! Celuparnya mulut! Itu Almad Geram, Mamai Kulit
          dengan Jesen Corong nak letak kat mana pulak? Mereka terror,
          bro. Tengoklah kerja diorang dalam Ngiang Roket, Steak dengan       
          Berok-ka.
 
       DATO’ RAIM:  Saya masih ingat lagi kata-kata aruah Abdullah Zainol. Katanya di
          Lumpur Kayangan, berok pun boleh jadi pengarah.
 
        SRI KARMA:  Hai, perli nampak! Potong elaun juri!
 
       MACHCHAN:  (Tunjuk penumbuk pada DATO’ RAIM). Dei tambi! Lu nampak
          ini ka? Jangan kasi jatuh saya punya kemaluan.
 
AKMAR HAMBA:  (Berbisik). Dah lama jatuh pun! Tiap-tiap tahun nak jadi Ketua Juri!
                                  Tarak maklu ka?
 
     DINO HABOK:  (Tegas). Saya tak setuju.
 
SRI KARMA/MACHCHAN/AKMAR HAMBA/DATO’ RAIM:  Potong elaun!!      
 
     DINO HABOK:  (Bersemangat). SAYA SETUJU! (Tiba-tiba menyanyi). Inilah
          barisan kita, yang ikhlas berjuang -
 
AKMAR HAMBA:  Good dog!
 
       DATO’ RAIM:  Ai, pandai cakap orang putih.
 
AKMAR HAMBA:  (Tersengih). Takat tu aje. Tapi jangan suruh tulih. Lintang pukang
          punya. Nahu habis lari.
 
        MACHCHAN:  (Kepada DINO HABOK). Dei tambi, pilihanraya tahun depan, dah!
 
         SRI KARMA:  Bagaimana dengan Pendekar Wanita Terbaik?
 
       MACHCHAN:  (Tersengih).  Sapa lagi?
 
AKMAR HAMBA:  (Memandang kesemua panel juri, tersengih lebar).
 
     DINO HABOK:  (Hairan). Aik, ada ape-ape ke?
 
       DATO’ RAIM:  (Memandang ke siling). Dah dapat briyani honey chicken le tu!
 
AKMAR HAMBA:  (Terasa). Aik, sogok-sogok tak main, ah. (Tersengeh). Tapi kalau
          sudi -.
 
         SRI KARMA:  Okey, memang tak ada calon yang boleh rapat dengan dia. Kita bagi
–        Pizza Surirumah! (Berbisik). Dia masih solo, bro. Aku pun syok
dekat dia! Maya Karan dah jadi janda! Saham jatuh.
 
       MACHCHAN:  Pendekar Lelaki Terbaik?
 
AKMAR HAMBA:  Mesti itu Bronco Parathe!
 
       MACHCHAN:  Dia dari Siam ka atau dari Mongolia? Tapi okey-lah, kasi sama
         dia. Nanti dia bawa geng dari Thailand pukul sama saya dengan
         Rosyom Nar, banyak susah.
 
       DATO’ RAIM:  Tahniah pada semua ahli Juri. Keputusan yang amat bijaksana.
          Tahun depan kita jumpa lagi. Kita jumpa juga di Anugerah Skreng.
 
         SRI KARMA:  Ye ke? Kita jugak?
 
AKMAR HAMBA:  Mestilah. Inilah yang dipanggil – apa kata orang? – safe jury.
 
       MACHCHAN:  (Tersengih).
 
     DINO HABOK:  Oi, tuan hamba, speaking nampak hari ni!
 
       DATO’ RAIM:  Tidak hairan. Kerana itu beliau jadi orang penting dalam Berita
          Hairan.
 
         SRI KARMA:  Okey, kita nyanyi bersama lagu Filem Kita Wajah Kita. Satu, dua
           tiga -
 
            Maka dengan itu, tamatlah Hikayat Jagoan Dua Puluh Sepuluh yang diriwayatkan oleh Orang Biasa Darul Kartun yang fakir lagi miskin yang juga dikenali sebagai Hassan Abd Muthalib.
 
(Posted on malaysian-cinema@yahoogroups.com on 30 Oct 2010)
















Fri Nov 11, 2011 9:47 am

hassan.muthalib
Offline Offline
Send Email Send Email

Message #5011 of 5065 |
Expand Messages Author Sort by Date

________________________________ HIKAYAT JAGOAN DUA PULUH SEPULUH YANG  GEMILANG & TERBILANG LAGI TEMBERANG   Maka al-kisah, bersidanglah lima jauhari yang...
Hassan Abd Muthalib
hassan.muthalib Offline Send Email
Nov 11, 2011
9:48 am
Advanced

Copyright © 2010 Yahoo! Inc. All rights reserved.
Privacy Policy - Terms of Service - Guidelines NEW - Help