Assalamualaikum,
Dari apa ana lihat diSingapura, mungkin juga berlaku dinegara lain, lazimnya
dikebanyakan masjid2 mempraktikkan shalat tarawihnya dengan 23 rakaat. Ada
jamaah yang bubar atau bermufarakah setelah tuntas 8 rakaat setelah itu mereka
lakukan shalat witirnya dipojok2 masjid atau ada yang melakukan shalat witirnya
dirumah. Mereka yang melakukan 8 rakaat ini berdalil bahawa nabi lakukan tidak
lebih dari 11 rakaat. Persoalannya ialah adakah kaifiyah nya itu betul? maksud
ana ialah pada mulanya berjamaah dengan imam setelah itu bermufarakah! Apakah
ini diperbolehkan atau adakah contoh dari para sahabat, tabiin dan tabiut
tabiin.
Bukankah imam untuk dituruti? Ana berpendirian shalat 11rakaat bersama keluarga
dirumah agar tidak menimbulkan fitnah berjamaah dimasjid. Cuba fikirkan bersama
seandainya terdapat 100 jamaah dengan satu imam dan sekiranya 100 jamaah ini
shalat dengan lapan rakaat ana fikir benar2 gawat. Mohon buat mereka yang
mempunyai saranan yang lebih baik. Semoga dilemma ini dapat dihurai. Syukron..