Fakta Perbincangan: Rumah berharga RM100k, pinjaman selama 30 tahun, dan
anggaran kadar riba pada kadar 9% setahun + BLR. Mengikut Bai-Bithaman Ajil,
bank akan membeli rumah darpada pemaju pada harga RM100k, dan menjualkan kepada
anda pada harga RM400k. Kenapa rumah berharga RM100k menjadi RM400k? Ini kerana
bank telah mencampurkan kiraan riba 9% setahun & BLR untuk tempoh 30 tahun
(($9,000 + BLR) x 30 tahun + RM100k). Oleh itu kita mengambil angka terdekat
kepada RM400k sebagai Harga Jualan kepada Peminjam.
Sistem inilah yang didakwa ulama-ulama perbankan Islam sebagai bukan riba,
tetapi perniagaan. Ini kerana tiada faedah, tetapi Harga Jualan. Terlebih dahulu
saya katakan ini adalah riba dan tiada bezanya dengan pengajaran dari cerita
larangan menangkap ikan pada hari Sabtu.
Maksudnya: "…Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk)
bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari
Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi
cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari
lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji
mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik…"; Al-A'raaf:163
Perbuatan ulama hari ini membenarkan riba telah digambarkan dalam surah
Al-A'raaf. Kisahnya di mana terdapat suatu kampung Yahudi yang dilarang
menangkap ikan di hari Sabtu. Namun di bawah taqdir Allah ikan-ikan itu hanya
muncul ke permukaan air laut di hari Sabtu sedangkan di hari-hari lainnya ikan
tidak muncul. Maka apa yang dilakukan warga kampung itu? Mereke meletakkan jala
ikan di malam Sabtu. Lalu pada hari Sabtu mereka menyaksikan ikan-ikan tersebut
masuk ke dalam jeratan jala yang telah mereka pasang. Kemudian begitu tiba hari
ahad mereka gulung jala tadi sebelum ikan-ikan tersebut sempat keluar darinya.
Oleh itu adakah mereka menangkap ikan pada hari Sabtu? Mereka menyatakan
larangan Allah ialah menangkap ikan dan mereka hanya mengepung tetapi tidak
menangkapnya. Mereka ini cuba berlaku bijak, maka Allah menukar mereka kepada
monyet dan khinzir. Apakah pengajarannya pada sistem perbankan Islam hari ini?
Tiada bezanya dan mereka menjawab "…larangan Allah ialah transaksi riba dan
mereka hanya menukarkan maksud riba kepada Harga Jualan (iaitu perniagaan)…".
Kehidupan ini sangat singkat dan kita lihat sahaja nanti siapakah yang bijak,
mereka atau Allah swt. Sekarang kita teruskan dengan rasional dan penjelasan
larangan riba (bersambung di
http://muslimvillage.wordpress.com/2009/07/04/0407/)