Group Sutera muncul kembali dengan sedikit pembaharuan.
Sutera ialah satu platfrom untuk berkongsi pelbagai ilmu dengan hampir 11,000 warga. Antara artikel-artikel ilmiah yang kerap disiarkan di Group Sutera ini ialah artikel-artikel Mempelajari Bahasa Inggeris Dengan Mudah yang ditulis oleh saudara Mohd Yusoff Noordin yang merupakan trainer bahasa Inggeris sepenuh masa dan telah menulis 5 buah buku mempelajari bahasa Inggeris. Kami tidak menyiarkan iklan-iklan Cepat Kaya atau yang berbentuk Spam. Anda bebas membincangkan berbagai topik.Namun aturlah barisan kekata dengan bahasa yang elok dibaca senang di pahami.Jangan menulis dengan 'kemarahan' tapi menulislah dengan 'penuh tanggung-jawab'.Agar Sutera dapat membina wawasan Ummah yang berilmu, progresif dan berlandaskan undang-undang ugama dan negara.