JEMPUTAN
KE PROMOSI PEMBUKAAN AKAUN DAN PENAMBAHAN DEPOSIT SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN
NASIONAL
(SSPN)
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..
Tuan/puan,
Dengan segala hotmatnya perkara di atas adalah dirujuk dan memaklumkan
bahawa pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) akan mengadakan
Promosi Pembukaan akaun SSPN seperti maklumat berikut ;
Tarikh
: 20 & 21 April
2007 (Jumaat dan Sabtu)
Masa
: 9.30 pagi hingga
5.30 petang
Tempat
: DEWAN PERNIAGAAN
DAN PERINDUSTRIAN
CINA KELANTAN, JALAN KEBUN SULTAN,
KOTA BHARU, KELANTAN.
2. Sehubungan dengan itu, pihak PTPTN memohon
kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk membuat hebahan kepada semua warga kerja dan rakan taulan yang berminat untuk
membuka akaun SSPN pada hari berkenaan supaya membawa bersama-sama salinan dokumen-dokumen seperti mana berikut
:-
a)
Salinan Kad
Pengenalan/Kad Tentera/Kad polis ibubapa/penjaga serta pasangan;
b)
Salinan Kad
Pengenalan/Sijl kelahiran anak
(Surat
Perakuan/Sijil Anak Angkat bagi Ibu Bapa yang ingin membuka akaun bagi anak
angkat di bawah jagaan mereka)
***Bagi keluarga yang berpendapatan tidak
melebihi RM1,200.00 dan berminat untuk mendapatkan Geran Sepadan sila sertakan
salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan.
4.
Perbadanan amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat menghadiri program
promosi tersebut bagi tujuan pembukaan akaun ataupun membuat penambahan deposit
semasa sesi promosi dan pembukaan kaunter sepertimana maklumat yang dinyatakan
di atas. Pemberian cenderamata yang menarik dan istimewa menanti
pendeposit-pendeposit yang membuka atau menambah deposit mereka mengikut jumlah
yang ditetapkan.
5.
Bersama-sama ini juga disertakan risalah promosi tersebut dan kenyataan Menteri
mengenai SSPN untuk edaran pihak tuan kepada semua saudara mara dan rakan taulan. Maklumat lanjut mengenai SSPN
boleh diperolehi di Laman Web PTPTN di www.ptptn.gov.my.
Sekian,
terima kasih.
” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”JAMINAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN”
Saya
yang menurut perintah,
( MASRI BIN MAHMOOD )
b.p.
Ketua Eksekutif
Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tel : 03-2093 9889
Faks : 03-2098 6589
Email : masri@ptptn.gov.my