Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini
menolak desakan Tan Sri Rafidah Aziz supaya beliau mengundurkan
diri selepas terheret dengan skandal projek ternakan lembu
syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
Bercakap kepada wartawan selepas
majlis penyampaian hamper sempena sambutan Maulidul Rasul, di
Wad Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kuala Lumpur hari
ini, Shahrizat berkata beliau tidak akan mengulas kerana dia
tidak mahu dianggap kurang ajar terhadap bekas ketuannya itu.
"Saya tidak mahu serang orang yang lebih tua daripada saya, saya
datang dari keluarga di mana ibu bapa saya mengajar saya untuk
tidak kurang ajar kepada sesiapa, lebih-lebih lagi mereka yang
lebih tua daripada saya, jadi saya akan tutup mulut," katanya.
Khamis lalu, akhbar Malay Mail menyiarkan pada halaman
utamanya, gesaan Rafidah supaya penggantinya meletakkan jawatan
kerana menimbulkan masalah kepada Umno.
Ditanya sama ada keengganan beliau untuk meletak jawatan dari
kerajaan mahupun parti akan menjejaskan reputasi Umno, Shahrizat
berkata kontroversi adalah perkara biasa bagi mana-mana pemimpin
politik.
Menurut beliau, di
seluruh dunia, baik pihak kerajaan mahupun pembangkang sentiasa
akan berdepan dengan isu dan kontroversi yang mencabar.
"Di serata dunia, setiap kerajaan dan setiap parti politik,
sama ada anda dengan kerajaan atau dengan pembangkang, anda
melalui tempoh yang penuh cabaran. Tidak ada yang luar biasa
atau aneh.
"When you are a leader, you will always (be) on the line of
fire," (bila anda jadi pemimpin, anda akan sentiasa berada di
sasaran serangan), katanya.
Perkara biasa
Jadi, apa yang berlaku ke atas dirinya dianggap sebagai perkara
biasa. Shahrizat berkata beliau tidak perlu menjawab pelbagai
tuduhan yang dilemparkan dan dia hanya bertanggungjawab kepada
Allah.
"Mengapa saya pergi ke Mekah tiga kali dalam dua setengah
bulan? Kerana saya takut kepada tuhan, saya minta petunjuk
dan bimbingan dari Allah," kata Shahrizat, yang juga Menteri
Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Menurutnya, beliau tidak akan menjawab soalan-soalan yang
berkaitan dengan NFC kerana siasatan masih berterusan tetapi
menegaskan bahawa beliau tidak seharusnya dilabelkan bersalah
tanpa proses yang sewajarnya.
"Sebagai seorang peguam dan bekas majistret, saya tidak
menghukum seseorang bersalah sehingga dibuktikan. Jadi, tidak,
saya tidak akan letak jawatan," katanya.
Malah, katanya, beliau juga memahami apa yang dilakukan oleh
pembangkang adalah semata-mata untuk melemahkan semangat beliau
selaku Ketua Wanita Umno, yang juga menjadi kekuatan kepada
parti itu dan BN.
Pengerusi
NFC Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah suami Shahrizat.
Syarikat itu dituduh menyalah-gunakan dana RM250 juta dalam
bentuk pinjaman mudah yang diberikan oleh kerajaan melalui dana
Kumpulan wang Simpanan Pekerja kepada NFC.
Projek NFC bertujuan untuk mengurangkan import daging lembu di
negara ini tetapi Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan
bahawa projek berkenaan telah tersasar jauh.
Berikutan itu, beberapa pemimpin PKR kemudiannya mendedahkan
bahawa pinjaman RM250 juta itu bukan digunakan untuk projek
ternakan lembu tetapi dibelanjakan kepada perkara-perkara yang
tidak ada kaitan, seperti pembelian kondominium mewah di Kuala
Lumpur dan Singapura.
Dana berkenaan juga didakwa digunakan untuk membeli beberapa
plot tanah utama di Putrajaya dan kereta mewah.
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi
meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan
pergantungan negara terhadap daging import.
p/s: ini yg aku tengah pikir:
"Mengapa saya pergi ke Mekah tiga kali dalam dua setengah
bulan? Kerana saya takut kepada tuhan,...
atte balik aurat tak tutup2 jugak cemane? takut tuhan takkan
kat mekah saje...
-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM WWW.HARUNYAHYA .COM
join : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
: malaysianews+subscribe@ googlegroups.com
-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.