Berikut adalah penjelasan berkenaan status hadith: sumber http://www.al- fikrah.net/ Forums/viewtopic /t=6849.html matan (maksud hadith):
Do'a
malaikat Jibril menjelang Ramadhan " " Ya Allah tolong abaikan puasa
ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak
melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka
Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
status:
palsu , di reka cipta dgn memanipulasi dan mengubah suai hadith yg sahih dan merubah makna hadith sahih yg di ubah suai itu
*****Hadis ini (diatas) telah dipalsukan buktinya diterangkan dibawah*****
RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)
آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن:
يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً
ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه
السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ
رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم
يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة
قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده
أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين
Maksud hadis:
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:
Rasulullah
S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka
kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau
berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi:
Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin.
Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah,
kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum
pernah mendengarnya sebelum ini.
Lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya
Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang
yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu
aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua,
dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di
sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu
aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga,
dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah
tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia
ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya
Hadits
Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153
disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah,
diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih
Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]
Sesiapa yang terlibat menyebarkan hadis palsu ini silalah hentikannya ia adalah kerana.....
Dalil Pertama Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka. [
Hadis Sahih (Mutawattir) : Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim,
Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no –
109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no – 3
dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam).]
Dalil Kedua Barangsiapa
yang menceritakan dariku satu hadis yang ia sangka, sesungguhnya hadis
tersebut dusta/palsu, maka ia termasuk salah seorang dari para pendusta. [Hadis
Sahih: Dikeluarkan Muslim, Ibnu Majah, Tirmidzi, Ahmad. Lihat
Muqaddimah Sahih Muslim. Lihat juga Musnad Ahmad (Hadis Daripada
Samuroh Bin Jundud radhiallahu ‘anh) dengan lafaz yang sedikit berbeza.] Semoga kita dapat keberkatan dalam menyebarkan msg ini....... Wassalam... penjelasan lanjut rujuk archive: www.al-fikrah. net/Foru. ..puasa.html
|