Search the web
Sign In
New User? Sign Up
KEMSAS · KELAB MAYA SASTERA ALAM SABAH

Group Information

  • Members: 102
  • Category: Writing
  • Founded: Jan 29, 2001
  • Language: English
? Already a member? Sign in to Yahoo!

Yahoo! Groups Tips

Did you know...
Hear how Yahoo! Groups has changed the lives of others. Take me there.

Messages

  Messages Help
Advanced
Detik-detik Perjuangan: dari kotak kecil   Message List  
Reply Message #7598 of 10358 |
[Moga Allah SWT sentiasa mencucuri Rahmat ke atas roh Allahyarhamah  
 Hajah Sairah Haji Antin. Al-Fatihah...]
 
Ada bezanya membaca teks pada buku dan menonton teks atas pentas. Satu situasi yang normal. Namun telah terjadi bila teks tidak diadun dengan baik dipindahkan ke atas pentas sebagaimana malam 11 September yang telah dihadiri oleh para pembesar Negeri. Maksud saya teks yang sebaik mana sekali pun begitu tertakluk kepada kearifan sutradaranya selain para pemain yang berjaya memainkan watak dan adunan elemen-eleman bantu yang lain. Misalnya fakta yang terpilih atau adaptasi yang sesuai dalam sesuatu adegan wajar diambil perhatian. Sudah tentu telah diamati teks itu sesuai untuk pentas perdana, tetapi selepas tontonan awal (preview maksud saya)  apakah tidak dikesan  kebenaran telah mengatasi sensitiviti masyarakat?
 
Di hadapan anda memang ada pelbagai dimensi manusia yang citra rasanya berbeza antara satu sama lain. Dan apabila di hadapan anda itu seorang pembesar Negeri dimensinya lebih besar lagi. Meskipun citra rasanya belum menentukan nilai mana yang baik dan tidak baik, benar atau tidak benar, sesuai atau tidak sesuai untuk dirinya. Untuk menunaikan citarasa mereka yang mendambai hiburan,  pementasan perdana 'Detik-detik Perjuangan' bolehlah diberikan bintang di tahap baik.
 
Bagaimana pula dengan nilai-nilai yang seharusnya ditonjolkan dari teks teater tersebut? Bendera yang tiba-tiba dikibar? Mengapa bendera British? Mana Britishnya? Wajarkan Gerila Kinabalu pimpinan Albert Kwok dijadikan pejuang penting berbandung Tun Mustapha? Ini berkaitan fakta. Selain daripada itu aksi yang keterlaluan oleh beberapa pelakon yang kadang-kadang kelihatan 'lawak bodoh' yang diulang-ulangkan dalam adegan awal dan gelagat orang Jepun yang ditertawakan penonton, telah menjerumuskan sebuah persembahan perdana jatuh ke tahap biasa-biasa sahaja. Orang tua yang tak batuk tetapi buat-buat batuk (apakah orang tua semestinya batuk atau jalan terbongkok-bongkok?). Saya fikir watak Mejar General Akashi (lakonan Abd Hamid Hj Ikul) terpengaruh dengan lakonan Omar Rojik dalam filem 'Matahari' dan 'Sarjan Hasan'. Terlebih aksinya. Pertemuan Upas Rustam (lakonan Ali Annah) dan Salma (lakonan Nurul Shafiqah)  di hujung cerita juga kurang dramatik, menambahkan lagi puncak pementasan kurang sentuhan.
 
Sekadar tepukan belum mampu melengkapkan tahap perdananya, tahap yang berbeza melainkan sedikit  berbanding dengan dua buah teater yang lalu: Orang-orang Pulau dan 1897. Kita berharap tahap sedikit yang kelihatan dalam pementasan teater perdana 2006 ini akan meningkat di tahun-tahun mendatang.
 
 
HA
 
 
 



Yahoo! Messenger with Voice. Make PC-to-Phone Calls to the US (and 30+ countries) for 2¢/min or less.

Tue Sep 12, 2006 7:45 am

hasyuda
Offline Offline
Send Email Send Email

Message #7598 of 10358 |
Expand Messages Author Sort by Date

[Moga Allah SWT sentiasa mencucuri Rahmat ke atas roh Allahyarhamah Hajah Sairah Haji Antin. Al-Fatihah...] Ada bezanya membaca teks pada buku dan menonton...
Hasyuda Abadi
hasyuda Offline Send Email
Sep 12, 2006
7:46 am

Saya tertarik sangat dengan pemerhatian Sdra. HA ini. Maklumlah, saya tak dapat datang. Dan, saya tertanya-tanya.. bagaimana agaknya Detik-Detik Perjuangan...
Rem
rdambul Offline Send Email
Sep 12, 2006
5:29 pm

Emm sayang sekali, termasuk saya, komentar 'brutal' Rem amat ditunggu sebagai sebuah reaksi selepas pentas lengang menandakan teater perdana tahun ini siap...
Hasyuda Abadi
hasyuda Offline Send Email
Sep 13, 2006
3:56 am

Seronok membaca komen seperti ini.Timbul cemburu kerana kami tidak berkesempatan dan berpeluang menyaksikannya.Apa pun bentuk komen penonton khususnya...
ABM Fajeer
MohdFajeer.AgBesar@... Send Email
Sep 13, 2006
6:31 am

Saya juga seperti kanda Fajeer. Cemburu dengan orang-orang KK yang berkesempatan tengok teater perdana tahun ini. Daripada semalam lagi, saya tertunggu-tunggu...
Rem
rdambul Offline Send Email
Sep 13, 2006
8:23 am

Sebenarnya, apa pun 'jenis bendera' yang dikibar oleh Albert Kwok pada ketika itu, saya rasa tidak signifikan sangat. Lagi pun, pada masa itu, Sabah belum ada...
Rem
rdambul Offline Send Email
Sep 16, 2006
1:48 am

Memahami tentang sifat subjektif sesuatu situasi zaman lalu, pada padangan generasi masa kini, barangkali samalah dengan perjuangan para pemimpin sekarang,...
Hasyuda Abadi
hasyuda Offline Send Email
Sep 16, 2006
4:31 am

apa yang saya khuatirkan ialah kegagalan kita meletakkan sejarah pada tempatnya yang betul. Apa yang mendorong Albert Kwok memberontak. (?) Mengapa dia...
abd.naddin shaiddin
fawzantawfiq@... Send Email
Sep 16, 2006
7:01 am

Sejarah sebetulnya bukan sejenis ilmu bersifat 'sains empirikal'. Ia boleh saja ditakrif dengan pelbagai interpretasi. Bergantung kepada siapa peniliknya. Ya,...
Rem
rdambul Offline Send Email
Sep 16, 2006
7:02 pm
Advanced

Copyright © 2010 Yahoo! Inc. All rights reserved.
Privacy Policy - Terms of Service - Guidelines NEW - Help