Search the web
Sign In
New User? Sign Up
KEMSAS · KELAB MAYA SASTERA ALAM SABAH

Group Information

  • Members: 102
  • Category: Writing
  • Founded: Jan 29, 2001
  • Language: English
? Already a member? Sign in to Yahoo!

Yahoo! Groups Tips

Did you know...
Real people. Real stories. See how Yahoo! Groups impacts members worldwide.

Messages

  Messages Help
Advanced
Terkenang semasa dulu - Nuri Jaguh   Message List  
Reply Message #5157 of 10358 |
                                       
                                                     
         Terkenang Semasa Dulu:
                                                              NURI JAGUH
 
 
Bijak adik saya yang seorang itu "menyesuaikan diri". Walaupun seolah-olah "cerpen" HALYM saya itu menariknya ke dalam cereka itu, dia masih boleh ketawa dan memberi penjelasan. Saya teringat semasa kuliah fardu ain dulu, guru kami Hj. Ibrahim dari JHEAINS berkata bahawa kita ketawa itu pun ada adabnya. Tidak baik mengekeh atau "lakak-lakak." Maksudnya (interpretasi saya) jangan ketawa kita ada abjad "o" dan "a". Tak manis kita ketawa "kah kah kah" atau "ho ho ho", terutama wanita. Lagi teruk kalau kha kha kha. Datuk WLT pun dengan lembut ketawa eh, eh, eh. (dan bukan he he he). Aduh, ada sesuatu yang saya kecarian (missed) semasa kecil dulu.... menarik rambut adik perempuan dan berebutan perahu dengan seorang adik lelaki! 
 
Saya tiba-tiba teringat peristiwa berkaitan sebuah cerpen saya yang tersiar di akhbar pada 17 Oktober, 1970 bertajuk Nuri Jaguh yang "membawa masalah" kepada saya. Waktu itu saya menuntut dalam Tingkatan 6 Rendah di Maktab Sabah, berusia belasan tahun, masih mentah dan berjauhan dari orang dewasa yang boleh memberi nasihat dan ketenangan dalam menghadapi tekanan.
 
Seperti biasa, pada hari Sabtu itu saya ke Tg. Aru untuk membeli akhbar Daily Express. Pada masa itu belum ada terbitan hari Minggu dan halaman sasteranya pada siaran Hari Sabtu. Cerpen saya Nuri Jaguh tersiar pada hari itu. Memanglah seronok membaca karya kita yang tersiar lalu baliklah ke asrama setelah mendapat  akhbar yang berkenaan.
 
Selang beberapa jam, saya diberi tahu yang saya dikehendaki ke asrama puteri untuk menemui si polan. Sesampai di luar asrama, saya dapati seorang penuntut wanita menangis di atas anak tangga dan bersama-bersamanya seorang lagi penuntut wanita dan seorang penuntut lelaki, berdiri. ( Beberapa tahun kemudian dua penuntut ini mendirikan rumah tangga.) Rupa-rupanya si penuntut yang menangis itu menganggap cerpen saya itu berkaitan dengan dirinya dan telah menghinanya. Saya nafikan, namun dia beralasankan beberapa latar hidup Nuri itu menyamai realiti hidupnya. Penuntut lelaki yang bersama-sama dengannya juga memarahi saya. Yang wanita memujuk.
 
Kalau setakat itu tak kisahlah. Kisah si penuntut yang menangis dan entah apa lagi itu  dikesani rakan-rakan seasramanya. Cerita itu melarat sedikit ke asrama lelaki. Saya menjadi bimbang kerana saya difahamkan bahawa dia telah menghubungi ayahnya!
 
Sepanjang hari itu hati saya dagdug. Selepas minum teh petang yang memang disediakan, saya duduk di dewan makan itu berfikir dan berfikir dengan seribu spekulasi. Matilah aku teraniaya! Kalau boleh nak pulang kampung. Kebetulan datang pula seorang junior tetapi lebih tua daripada saya. Dia juga penulis, tapi lebih cenderung menghantar cerpen ke radio kerana dibayar! Namanya Kassim. Sedang kami berbual, tiba-tiba datang pula seorang polis trafik dengan motor bike. Hati yang sudah tenang kembali dagdug dengan lebih kencang.
 
Melihat kegopohan saya atau wajah saya yang pucat, barangkali, Kassim menjelaskan bahawa anggota polis yang datang itu mencari anak saudaranya yang juga tinggal di asrama! Saya menjadi lega.
 
Apabila kini saya ingat kembali kisah itu, ah, betapa "paluinya" saya. Tak 'kan polis trafik  terlibat dalam hal seperti ini, kalaulah benar ada unsur "jenayah."
 
Cerpen itu menarik perhatian seorang penulis semaktab untuk membuat ulasan. Memang dia berhak melakukannya. Saya tak pasti kalau ia bersimpati dengan ' gadis' yang menganggap dia itulah "Nuri" dalam cerpen itu, maka ulasan itu lebih kepada membidas saya. Haknya. Saya dimaklumkan tentang tulisan itu oleh seorang penuntut lain  yang tak  teringat nama pena penulis tersebut yang terpampang di akhbar. Dia tak tahu yang si penulis itu semaktab dengan kami! Saya yang lurus ini bertanya kepada seorang rakan penulis jika dia ada membacanya kerana ulasan itu tersiar di terbitan hari biasa bukan edisi Sabtu. Katanya dia tak tahu;   saya mencari akhbar itu di bilik baca tetapi bahagian berkenaan sudah "dipotong". Entah macam mana saya dapat juga keratan ulasan itu akhirnya; rupa-rupanya ulasan itu ditulis oleh penulis semaktab yang saya tanyai itu!
 
Selepas itu lama juga saya tidak menulis cerpen. Ketungkalan! Berikut ini petikan ulasan cerpen itu.
 
SETELAH membaca cerpen yang berjudul Nuri Jaguh Karya Cerpenis A.B.M. Fazeer yang tersiar di Daily Express (17hb Oktober 1970) yang baru lalu itu saya merasa agak ragu sama ada cerpen ini dapat dijumlahkan dalam pengertian 'cerpen' yang sebenar-benarnya. Kerana unsur estitika sastera dalam temanya belum dpat dijadikan santapan ruhani. Lebih tegas saya katakan bahwa cerpen ini tidak bertema, apa yang dipentingkan oleh cerpenisnya ialah perlukisan watak dalam cerpen.
 
Mengapa pula saya ragukan bahawa Nuri Jaguh bukan cerpen dan tidak bertema pula? Berpegangkan kepada faktor-faktor yang saya akan utarakan selanjutnya maka saya rasa soalan ini bisa berjawab.
 
Kerana cerpen ini tidak mempunyai tema atau dasar secara otomatis  ianya bukan cerpen. Dasar adalah yang paling penting dalam penciptaan sebuah cerpen yang bernilai. Sebuah cerpen yang dihasilkan kerana memenuhkan masa lapang atau  dengan tujuan yang menyeleweng tanpa tujuan serta dasar yang konkrit tidak ada ertinya sama sekali dan tidak berguna.
 
Yang dikatakan dasar itu tidak bermaana bahwa pengarang harus menyatakan dengan nyata dan jelas serta terang-terangan, tetapi cukuplah dengan dapat memberi kesedaran kepada pembaca agar bisa mereka (pembaca) merasa isi didalam keseluruhan ceritanya, memandangkan  isi cerpen ini hanya mempunyai pergerakan maka ini bisa mencerminkan  idea pengarang yang sempit dan terkongkong.
 
Karena sebuah cerpen yang baik dan bernilai mestilah pembentukannya mengandungi Enam Syarat yang tertentu atau Dasar: Tema, Plot, Perlukisan Watak, Suspen, Kelekasan Atmosphere, Limited Focus dan Batas. Baiklah saya sarankan di mana lahir syarat-syarat tersebut di Nuri Jaguh.
 
Susunan cerita atau plotnya tidak ujud dalam karya tersebut, mungkin pengolahannya dibuat secara terburu-buru berserta dengan fikiran yang kacau bilau. Plotnya menjadi kucar kacir, seperti: Nuri satu hari diperkatakan di satu tempat kemudian pula muncul ditempat lain, tiba-tiba berada di bilik darjah, jadi kalau pun dikatakan secara flashback pun tidak bisa diakui.
 
Menyentuh soal SUSPEN, kita tidak dapat menemui dimana syarat ini dipergunakan. Tidak ada unsur-unsur yang menarik minat pembacha untuk menimati hingga keahir cerita, atau dalam cerpen in A.B.M, Fazeer tidak dapat mengolah satu development  (perkembangan) dalam suspen yang membawa klimeks.
 
Baru sekali baca pun kita sudah bisa menangkap inti yang dipaparkan dalam NJ ialah perwatakan pelakunya. Sayang sekali ianuya seperti sengaja diperhebat-hebatkan atau sengan ditunjul-tunjulkan. Sebuah cerpen itu akan merasa hidup dan bernyawa apabila watak-watak yang mengambil bahagian dilukiskan dengan hidup dan bersahaja. Tetapi tidak pula halnya dengan Nuri dalam NJ. Nuri tadi adalah persis patung yang terdapat dalam tayangan wayang kulit, yang mana menjadi Dalangnya atau penggeraknya ialah Sipengarang tadi yang sengaja melontarkan sipelaku ke sana kemari.
 
 
Begitu petikan ulasan cerpen Nuri Jaguh itu, sekadar membolehkan pembaca dari generasi baru "melihat" bentuk tulisan era 70-an itu, contohnya, ia menyebut 6 syarat "dasar" cerpen.
 
                                                                          ABM FAJEER,  11.26 pagi,  Sabtu ketiga, (19) Mac, 2005


Mon Mar 21, 2005 4:11 pm

MohdFajeer.AgBesar@...
Send Email Send Email

Message #5157 of 10358 |
Expand Messages Author Sort by Date

Terkenang Semasa Dulu: NURI JAGUH Bijak adik saya yang seorang itu "menyesuaikan diri". Walaupun seolah-olah "cerpen" HALYM saya itu menariknya ke dalam cereka...
A.B.M. Fajeer
MohdFajeer.AgBesar@... Send Email
Mar 21, 2005
12:08 am
Advanced

Copyright © 2010 Yahoo! Inc. All rights reserved.
Privacy Policy - Terms of Service - Guidelines NEW - Help