Search the web
Sign In
New User? Sign Up
KEMSAS · KELAB MAYA SASTERA ALAM SABAH

Group Information

  • Members: 102
  • Category: Writing
  • Founded: Jan 29, 2001
  • Language: English
? Already a member? Sign in to Yahoo!

Yahoo! Groups Tips

Did you know...
Message search is now enhanced, find messages faster. Take it for a spin.

Messages

  Messages Help
Advanced
TERKENANG SEMASA DULU - Surat yang tidak kubalas   Message List  
Reply Message #4998 of 10358 |
  
> Dari kecil lagi saya telah dididik hidup susah hinggalah
> hari ini, saya tak kisah dengan keperitan yang sering
> menghinggapi perjuangan orang sastera. Demi cita-cita
> saya tidak akan berhenti, kerna saya tahu bukan mudah
> mencorak masa depan menjadi insan cemerlang Gemilang
> dan Terbilang. - ELWAN   
(Kemsas 15 Februari, 2005)    
 
   
                                                       SURAT YANG TIDAK KUBALAS   
 
            "aku kaku; suara dan penaku penampung nyawa" -  30 Disember, 71  (ms 25, Taufan)           
 
Sdr Abd Naddin menulis di sini 11 Februari lalu bahawa walaupun nampak tulisan saya tentang persuratan di Tawau itu ditujukan kepada Elwan, namun ia juga meluaskan pengetahuan ahli-ahli kemsas yang ada kecenderungan mengikuti perkembangan sastera tanah air. Maka tidaklah terjadi tulisan ini berupa hubungan peribadi ABM - Elwan. Itu perlu. Kalau personal betul, saya akan kirim surat saja, atau e-mail peribadi saja kepada Elwan!

Apabila Elwan memberitakan hal hidup susah, saya juga telah melalui hidup susah. Tapi "susah" itu pun subjektif. Susah Elwan barangkali lebih daripada susah saya. Atau sebaliknya? Dalam hal ini, "susah" saya ini ada juga kaitannnya dengan seni, termasuk sastera. Barangkali ini sesuai dikongsikan di sini.

Semasa saya masuk ke sekolah menengah, dan kami baru berpindah setelah ayah saya antara yang terlibat dalam "retrenchment" syarikat kayu balak mat salleh, ayah saya berkerja membawa bot yang mengangkut pelancong dan anak-anak kapal turun naik darat. Saya diberi belanja sekolah 50 sen. Dari kampung ke bandar tambang bas 15 sen. (Dari bandar ke sekolah pula, jaraknya satu batu, berjalan kaki.) Bererti 30 sen untuk tambang dan 20 sen belanja "makan". Saya gunakan 20 sen untuk membeli akhbar. Masa itu membeli akhbar bukan kerana sastera, tetapi saya suka mengumpul gambar-gambar seperti orang-orang besar, haiwan dan lekat pada buku latihan.Mana kenal buku skrap pada masa itu. Pakcik saya kemudian tinggal bersama kami. Dia beli akhbar setiap hari. Waktu petang saya tunggulah dia balik nak baca akhbar. Minat kepada sastera pun bermula. Waktu itu pula ada "perang" antara dua akhbar. Saya suka membacanya. Kemudian ada pula ruangan yang lebih kurang seperti forum. Pihak akhbar bagi tajuk, pembaca bagi pandangan. Disiarkan pula gambar-gambar "penulis" yang tulisannya lebih baik . Persis pertandingan, cuma tiada hadiah. Hadiahnya itulah, ruangan yang teratas bagi sumbangan yang terbaik bersama gambar si penulis. Ada beberapa orang "penulis" dari Sandakan  yang jadi penyumbang tetap. Saya ( Tingkatan 2) pun ikut serta. Tulisan budak Fajeer itu pula selalu dapat antara ruangan yang atas! Salah satu tajuk yang pernah diberikan ialah berkaitan dengan penyeragaman solat hari raya Semenanjung (waktu itu Malaysia Barat ) dan Sabah (Malaysia Timur). Dua tiga hari selepas penyiaran tulisan-tulisan itu, ada seorang pemimpin sebuah persatuan Islam (masa itu belum ada MUIS atau USIA) yang "fire" kami ; urusan agama bukan urusan budak-budak di akhbar, katanya. Budak-budak? Saya ok-lah, tapi macam Saroja dan Tinta Belukar tu,  dah jadi bapa-budak. Iyalah, maksudnya yang tak berilmu.Itu hak beliau itu Saya cam betul beliau hingga kini;  baru-baru ini beliau di Tawau semasa Perayaan Maal Hijrah Peringkat Negeri.
 
Dua akhbar yang dimaksudkan itu ialah Sabah Times dan Kinabalu Times. Editor Melayunya masing-masing 'Jambo' dan 'Raden'. Raden pernah menulis di akhbarnya tentang panduan menulis. Begitulah saya belajar sedikit-sedikit tentang penulisan. Walaupun sudah 35-36 tahun yang lalu, saya masih ingat bahawa antara yang diberikan teguran dalam rencana itu ialah tentang nama orang; jangan sekejap Osman dan sekejap lagi Othman. Rencana ringkas saya mengenai Rancangan Sg. Manila tersiar di Kinabalu Times setelah guru darjah membawa kami melawat. Ketika itu memang jarang sekali orang mengenali tempat itu.
 
Ada sebuah tabloid yang pertama di Sabah, kalau tak silap saya, Fajar Sabah (mohon orang lama betulkan saya jika salah) yang disiarkan setiap Minggu. Ia banyak menyiarkan karya kreatif. Saya pun turun ke bandar setiap hari Minggu dan beli akhbar itu. Dapat peruntukan tambahan daripada emak!
 
Di Tingkatan 2, mata pelajaran "Literature" tidak sekadar melibatkan novel tetapi juga "poems". Itu yang menambah minat saya dalam puisi. Kami juga menggunakan buku teks "Stolen Prince" berupa "play". Kami bukan saja membaca tapi diajar melakonkannya hingga ke peringkat pertandingan antara barisan tempat duduk. Kumpulan saya dapat johan. Saya yang jadi "stolen prince" dapat markah kedua tertinggi dan yang jadi pengarah kami dapat markah yang tertinggi. Namun puisi saya yang pertama hanya tersiar ketika di Tingkatan 4 (1968). Sekarang agak mudah untuk pelajar mendapat tulisan mereka tersiar di akhbar kerana ada ruangan untuk pelajar.
 
Saya sangat dikawal oleh ibu saya. Kawan akrab saya adik kepada mantan mayor DBKK. Dia juga minat menulis dan menggunakan nama Kris Putih. Tulisannya lebih awal tersiar di akhbar daripada saya, bukan tulisan kreatif tetapi menghentam Lembaga Bandaran Sandakan kerana bau tandas awamnya begitu teruk sehingga boleh terhidu oleh kami yang menanti bas di terminal. Adalah satu dua puisinya yang tersiar di akhbar. Saya masih teringat cerita lucunya; katanya setiap kali dia berhadapan dengan mesin taip iparnya untuk menulis, perkataan yang selalu keluar di fikirannya ialah ":malam".Dia rupa-rupanya langsung menaip tanpa catatan! (Dia sudah kembali ke rahmatullah 1980).
 
Ada lagi sesuatu yang saya beli dengan simpanan 20 sen sehari itu. Benda itu masih digunakan oleh ahli-ahli keluarga atau tetamu yang datang ke rumah saya dan akan sentimental sepanjang hidup saya. 
 
Ketika saya di Tingkatan 3, form teacher saya, seorang peace corp, meminta saya "mengajarnya" bahasa melayu dan saya diberi upah. Saya mengajar dua kali seminggu. Upah yang pertama tidak langsung diberikan kepada saya. Sebaliknya saya dibawa ke Chartered Bank dan dibukakan akaun! Maka setiap minggulah saya ke bank untuk menyimpan!
 
Cerita mengenai hidup susah... Dalam dua dokumen berasingan dinyatakan ayah saya lahir dalam tahun 1905 dan 1907. Ketika saya di Tingkatan 4 (1968) bererti ayah saya berusia  lebih 60 tahun. Kerana bekerja keras semasa muda, ayah saja berpenyakitan. Namun terpaksa terus berkerja sehingga tengah malam, pulang ikut bas yang terakhir ketika orang pulang menonton midnight. Kadang-kadang tak balik. Maka esoknya ibu saya sediakan bekalan dan hantar ke jeti Pelabuhan Sandakan. Masa itu kehadiran seorang wanita keluar masuk pelabuhan (biasa dipanggil "kastum", kerana pejabat kastam di sana juga) bukanlah suatu yang biasa dilihat.
 
Dalam peperiksaan Junior Certificate of Education (JCE), kemudiannya menjadi LCE dan SRP saya mendapat Gred 1. Saya memilih aliran Sastera, kita panggil dulu Arts Stream apabila saya memasuki Tingkatan Empat..
 
 Pergaulan saya sangat disekat oleh ibu saya. Saya hanya boleh ke rumah orang  yang ada bau-bau bacang dengan ayah saya. Saya mendapat tahu taukeh Cina kedai papan di kampung itu memerlukan beberapa orang budak untuk bekerja di kuburan Cina, mengangkat pasir dan batu. Saya kepingin berkerja. Ibu saya tak bagi. Ayah saya, interfere. Berkerjalah saya sedangkan saya tak biasa kerja berat macam itu. Dua tiga hari kemudian, tinggal kami tiga orang, yang lain diberhentikan dan ada yang tak minat. Kami bertiga diberi kontrak RM 80.00 untuk habiskan kerja. Pandai juga kami berkira, kami minta tambah satu ringgit, bererti satu orang dapat RM 27.00. Kerja itu habis dalam tempoh 3 hari, bererti satu hari RM 9.00. Wang itu saya bagi kepada ibu saya kerana saya dapat dalam sepuluh ringgit  untuk gaji sebelum diberikan kontrak. Apabila tiba masa untuk menjelaskan wang peperiksaan tahun berikutnya, keluarga saya bermasalah. Wang RM 27.00 terbukti menjadi penyelamat, dengan izin-Nya!
 
Saya menduduki kedua-dua peperiksaan OSC dan MCE (Malay Certificate of Education). Maksudnya, jika gagal bahasa Inggeris dan tak dapat OSC penuh, saya masih boleh dapat MCE. Dengan izin-Nya, saya dapat kedua-duanya - Gred Pertama! Dengan keputusan itu tumpuan saya kepada mencari kerja. Pada waktu itu kelulusan begitu sudah cukup tinggi! Saya ditawarkan mengajar bahasa melayu di sekolah saya itu. Mengajarlah saya dengan segala tumpuan dan kemampuan sehingga terjejas minat dalam persuratan. Itu maka lahirnya Pudar oleh tugas (Taufan ms 11). tetapi saya mengajar hanya 3 bulan. Walhal saya sudah nekad untuk menjadi guru. Sebabnya? Saya belum mencapai usia 18 tahun. Saya sentiasa termuda di dalam kelas; sebabnya, saya di sekolah rendah 4 tahun sahaja. Saya melangkah dari darjah satu ke darjah dua dalam tahun yang sama. Tahun berikutnya terus ke darjah empat!
 
Kerana tiada pilihan dan atas galakan orang-orang tertentu, saya pun ke Maktab Sabah. Waktu saya di Tingkatan 6 rendah itu, ayah saya jatuh sakit. Saya tidak diberi tahu. Hubungan pun melalui surat sekali-sekala. Selama setahun itu saya tak pun mendengar suara ibu saya (Senja Menyaksi Air Mata. Taufan ms 12). Ada peristiwa saya memerlukan wang begitu mendesak. Nah! saya ke Chartered Bank kerana saya dibekalkan dengan buku akaun saya semasa "mengajar' guru saya dulu! Tapi sampai ke manalah wang itu.
 
Ada suatu pengalaman yang tidak akan saya lupa sebelum saya menyambung pelajaran ke KK. Saya tidak pasti apakah menyambung pelajaran ke pra Uni itu ada bayarannya.Dulu sukar nak dapat orang Sandakan yang melanjutkan pelajaran ke peringkat itu untuk kita dengar pengalamannya. Kalau ada pun, orang yang berada. Ada seorang tokoh kecil politik, dan terlibat dalam PERPESA juga, mencadangkan saya berjumpa seorang menteri yang kebetulan berada di Sandakan. Musim itu, menteri tak semua orang yang berani jumpa. Tapi saya beranikan diri dan pergi ke Hotel Nak yang waktu itu terbesar di Sandakan. (dua bintang) Saya ketuk pintunya. Pak menteri keluar dengan kain pelikat. Panik juga, dia persis guru silat. Saya pun bagi tahu saya nak sambung pelajaran ke Tingkatan Enam dan nak dapat biasiswa. Beliau panggil pegawainya di bilik sebelah untuk dapatkan maklumat saya..
 
Tokoh PERPESA yang sama ini juga, yang kebetulan bekas tentera, membawa saya berjumpa dengan pengurus sebuah syarikat keselamatan untuk mendapatkan saya pekerjaan. Itu pun saya turut. Kata pengurus itu, syarikat itu tidak memerlukan kerani, malah budak pejabat pun, kerana semua kerja dia yang buat.
 
Memanglah kita di asrama semuanya ada...makan, minum dan tempat tinggal. Itulah biasiswanya! Tapi nak juga beli Milo atau Nescafe, almaklum asrama! Bagaimana dengan sabun mandi dan sabun cuci! Itulah yang menjadikan saya penyanyi! Saya dibawa merakam lagu di RTM oleh Sdr Syarifuddin, yang masa ini di Bhgn Protokol, JKM. Lagu-lagu yang saya rakam pertama kali dalam slot pancaragam mingguan itu ialah keroncong, Terkenang-kenang dan Setangkai Bunga Mawar. Penerbit-penerbit program tertarik kepada saya. Mungkin kerana bakat saya, tapi yang saya rasa aset saya pada waktu itu ialah disiplin. Kalau rakaman mulai pukul 9.00 pagi, 8.30 saya dah duduk di sofa usang di bawah tangga nak naik ke tempat rakaman itu.
 
Pertama kali saya terlibat dalam persembahan pentas, saya meminjam tali leher rakan seasrama. Dari situ, terbuka lagi satu peluang cari duit...cerpen! Cerpen yang tersiar di radio dibayar RM 22.50.  Kiraannya 15 minit kali RM 1.50. Untuk rakaman menyanyi pada waktu itu, hanya RM 4.50 sebuah lagu. Saya masih dalam gred C.  Kalau B dibayar RM 7.00  dan bagi A, seperti allahyarham AJ Ajamain, MY Ahmad dan MY Ismail, RM 9.00 satu lagu. Untuk rakaman luar lebih dari itu. Nah, kalau saya dapat menyanyi dua lagu dan sebuah cerpen tersiar sebulan, sudah menjadi RM 31.50. Dah kira ok-lah tu, walau tanpa kiriman dari kampung! Saya sudah boleh keluar makan di gerai semasa free night pada malam Minggu. Almaklum makanan di asrama!  
 
Suatu yang menjadi kenangan saya ialah berkenalan dengan editor Daily Express dan editor Sabah Times. Sdr Herman Noor Ayub memang saya kenali (dari jauh) sejak di Sandakan lagi .Dia mengajar di sekolah rendah di sekolah yang sama. (Datuk) Lamri Alisaputra, juga penulis dari Maktab Sabah, membawa saya menemuinya di Tg. Aru.  Sementara En. AK Aliuddin, saya hubungi melalui telefon setelah mendapat nombor telefon dari direktori. Saya dibawa beliau ke rumahnya di Tg. Aru minum petang.Begitu tebal muka saya!
 
Ada peristiwa sehari sebelum hari raya. Saya sudah tak punyai wang.. Saya sangat berharap untuk mendapat envelope dari Perbendaharaan. Sebaik menyimpan buku di kelas pagi itu, saya langsung ke pejabat Maktab Sabah. Tapi tak ada surat untuk saya. Saya hampa. Petang itu saya sangat sedih. Saya berjalan ke sekolah membawa hati nan lara lalu terjumpa dengan seorang rakan sekelas (seorang wanita,sekarang Datuk). Dia bagi tahu saya ada surat untuk saya. Saya tak percaya kerana pengetua hanya mengambil surat  waktu petang dan letakkan di kotak surat di pejabat esok harinya. Dalam tak percaya, saya bergegas juga ke pejabat, ibarat orang nak tenggelam, nampak sepotong kayu kecil pun akan dijangkau! Betul ada. Ah, kalau boleh berteriak, saya akan berteriak kegembiraan. Langsug berlari ke Bangunan Urus Setia yang berdekatan untuk menukar voucer! Esoknya dapatlah meraikan hari raya.
 
Cuti penggal saya tak balik kerana tiada tambang. Hanya saya dan sahabat saya, Kris Putih tak balik. Dia pandai memasak.Kebetulan kami prefect, dan di dalam bilik khas kami itu ada dapur kecil. Kami tak perlu keluar makan.
 
Semasa cuti panjang hujung tahun, baru saya dapat balik ke Sandakan. Ayah saya sudah tidak lagi berkerja di syarikat perkapalan itu akibat sakit.Balik ke maktab, saya tidak tertumpu kepada pelajaran. Stress. Saya sudah menjangka saya tidak akan dapat keputusan yang baik.Macam-macam option di benak saya. Mohon kerja di RTM, atau menjadi guru di Sandakan atau jadi kerani di mana-mana jabatan di Sandakan. (Pessimistik, Taufan ms 15)
 
Balik ke Sandakan selepas peperiksaan, saya cuba mencari kerja. Namun hati saya masih di KK  kerana saya berasa saya mempunyai peluang yang baik di sana. Kris Putih, kawan saya dari Sandakan sudah pun berkhidmat dengan Jabatan Penerbangan. (Civil Aviation) dan tak lama selepas itu berkahwin dengan teman sekelas kami. 
 
Saya memohon kerja di suatu badan berkanun, Tapi gagal. Ada rakan-rakan (yang lebih sesuai saya gelar abang-abang) yang menasihati saya untuk melanjutkan pelajaran. Saya menyambut hari jadi saya ke-19 dengan sebuah puisi (30 Disember, 1971, Taufan, ms 24). Semangat yang diberikan menimbulkan hasrat "Aku akan pergi melangkah mencapai ijazah." Ini "setelah "kelmarin kukutuk bumiku kerana insan sesama/ tidak menimbang permohonanku hanya kerana/ tidak kupunya kartu dari bapak-bapak!".
 
Menghairankan,  saya menerima pelawaan untuk masuk UM. Bidangnya English! Saya tak tahu dengan ijazah itu boleh jadi apa. Dahulu berapa kerat saja orang kita yang pegang ijazah untuk saya bertanya. Saya begitu indecisive apatah lagi sesudah memohon jawatan di Lembaga Bandaran Sandakan. Baru di KK dah selalu home sick, apatah pula di KL. Orang tua pula uzur. Saya diberikan surat peringatan oleh UM kerana tidak menjawab tawaran yang diberikan. Saya masih belum menjawab. Yang tetap dalam ingatan saya ialah saya menggunakan alamat (care of) Pegawai Pelajaran! Dia sendiri menghantar surat itu ke rumah. Saya "tergamak" begitu kerana semasa darjah 4 dan dia guru darjah, saya tolong dia jualkan kueh/mi yang dititipkan oleh ibunya.
 
Saya lupa sama ada puisi Aku Perancang Hidupku yang tersiar pada 12 April, 1972 (Taufan ms 27) itu saya cipta sesudah atau sebelum saya dapat kerja di Lembaga Bandaran. Tetapi ketika itu saya sudah muktamad dalam memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran. biarlah kuhadapi / cerca -  beruk dihulur bunga / keji - menumpah air tempayan / segalanya / kerana satu persoalan dua pandangan! ....Yang pasti Aku Mahu Liar (Taufan ms 28) terhasil semasa saya sudah di LBS.... patahnya perjalanan ilmuku / nan senasib kematian ayam di atas guni padi  / tidak kubiarkan menerus membeku fikiran. Akhirnya saya menerima surat ketiga daripad UM menyatakan bahawa setelah surat-surat awal tidak dibalas, maka tawaran ditarik balik. Saya terpaksa menerima kenyataan bahawa saya sudah menguburkan impian untuk menjadi seorang graduate !
 
Saya merupakan pilihan kedua dalam jawatan yang dipohon, Penolong Pegawai Kerja. Saya melapor diri bertugas pada 14 Feb. 1972, kerana esoknya Tahun Baru Cina. Gaji pokok saya RM 290. Setelah tolak cukai dan potongan KWSP, saya dapat RM 271. Saya ditugaskan menerima tempahan dewan masyarakat dan padang, menguruskan pasar, menghadiri mesyuarat-mesyuarat di luar pejabat (seperti di Pejabat Daerah) dan mencatat minit untuk semua mesyuarat (8 jawatankuasa). Yang terakhir itu yang mencabar. Di samping volume, minit-minit itu pula dicatat dalam bahasa inggeris!  Kerana banyak kerja yang nak dilaksanakan, saya tak banyak masa untuk mengisi 'keremajaan' saya seperti orang lain. 
 
Pada Sabtu petang saya tak balik kerana menghabiskan minit-minit mesyuarat dan surat-menyurat. Hari Minggu periksa pasar. Bos saya, yang juga pendaftar kenderaan, menurunkan pula kuasanya itu kepada saya. Maka saya kena berhadapan juga dengan pemohon-pemohon untuk lesen-lesen memandu. ! Kadang-kadang mesyuarat berlarutan. Pada masa itu Lembaga juga sedang mempertimbangkan untuk menerimapakai undang-undang kecil berkaitan antisampah dan kawalan letak kereta. Mesyuarat bertambah, namun saya tetap bersabar...semuanya demi RM271.00!
 
Timbullah persoalan minit-minit mesyuarat yang dalam bahasa Inggeris itu! Pada waktu itu persoalan penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen rasmi kerajaan menjadi isu. (Ala, sampai sekarang pun belum habis ceritanya...) Lembaga membuat keputusan memberikan saya elaun untuk menterjemah minit-minit mesyuarat. RM 200! Tapi saya secara tidak langsung menggadaikan masa remaja saya. Yang mengurangkan tekanan saya ialah pesanan bos saya bahawa kalau suatu hari dia keluar daripada perkhidmatan, saya mudah  menggantikannya atas dasar pengalaman. Memang agak akrab juga. Pada hari Minggu, sedang saya dan merinyu-merinyu pasar menyelia kerja mencuci pasar, dia datang dan angkut kami ke Sabah Hotel untuk makan tengah hari. Itulah kali pertama saya masuk ke dewan makan hotel!  Ada waktu apabila nak pulang makan, dia hantar saya pulang dengan kereta Jaguar jenis sport. Tapi apabila mesyuarat berlarutan hingga melintasa pukul satu, saya tak balik dan tak makan tengah hari. Dari situlah hingga ke hari ini saya biasa tak makan tengah hari. Makan sekali ketika orang lain minum teh!
 
Maha Benar Allah!  Bertahun-tahun selepas itu baru saya menghayati makna dugaan. Bos saya itu banyak cuti yang tertangguh. Apabila dia bercuti saya mendapat elaun memangku. Kerana beza gaji yang agak besar, saya mendapat elaun yang agak besar. Dengan elaun itu kami bertiga sekeluarga sudah boleh minum air sejuk apabila saya mampu membeli peti ais! Kemudian saya mampu beli tv, maka kami tidak perlu lagi ke rumah pakcik saya untuk menonton. Saya masih ingat, hobi saya dan ayah saya ialah gusti. Tapi gusti dulu tak macam sekarang yang banyak menipu. Bisinglah kami anak-beranak. Ah! to think of it..... Wish you are still around pa!
 
Pada awal tahun 70-an itu, MARA sudah membuka pejabatnya di Sandakan; hanya seorang pegawai, seorang kerani dan seorang pemandu. Apabila jawatan itu diiklankan saya turut memohon. Sebenanya ia sama gred dengan jawatan saya di LBS, tetapi yang di MARA itu sudah disesuaikan dengan laporan gaji kerajaan. Perkara itu diketahi oleh bos saya. Saya ditegur juga kerana memohon tanpa melalui ketua jabatan - dia. Saya jelaskan masalah saya.( Pada waktu itu saya sudah steady  dengan seorang gadis yang berjualan di pasar, keluarganya memang kenalan bapa saya.) Dia nasihatkan saya memohon review of salary.  Saya ikut saja demi menghormatinya dan dengan alasan bahawa jawatan itu membolehkan pemohon berkelulusan Gred 1 OSC tetapi saya HSC. Saya dicadangkan untuk diberikan gaji permulaan RM 410.00 tertakluk kepada kelulusan Kementerian. Mula-mula kementerian tolak kerana saya bukan full cert. Bos saya jawab... dan diluluskan retrospecitvely!  Ribu juga tunggakan saya terima. Dengan perkembangan baru itu, saya beli kereta second hand Vauhall Viva dengan pinjaman daripada LBS. Hari pertama saya bawa pulang kereta itu, petangnya saya bawa bapa saya round-round bandar, kebetulan beliau lama tak turun bandar.
 
Keluarku dari bilik dingin dengan kebekuan di jemala / sidang selesai membicara planning di mana-mana / aku lemas di tengahnya sekarang ke gubuk tua jua / seribu langkah longlai dalam keriuhan kereta-kereta menyala sudah ( Pulang Malam 
 ms 34, TaufanPuisi itu adalah cantuman realiti dan khayalan. Keadaan saya yang keluar dari bilik mesyuarat itu memang benar. Tapi isteri muda tercinta itu adalah khayalan akan bagaimana kelak seorang isteri menanti saya. Yang sebenarnya, ibu saya yang menanti kepulangan saya di hujung jambatan.(Saya baru terbaca bahawa ada kesalahan dalam puisi ini. Semasa draf diberi mungkin nama Nan itu dieja nan, maka saya betulkan dan buat catatan "nama isteri", itu pula turut tersiar. Nan itu singkatan gadis impian saya yang benar-benar telah menjadi isteri saya.) Apa pun terima kasih atas usaha menerbitkan antologi ini kerna ia dapat merakamkan segala suka duka saya dalam hidup yang telah saya lalui.
 
Semasa saya menuntut di KK, dua kali saya menyertai pertandingan Bintang RTM. Pada kali pertama (1970) saya masuk ke pusingan kedua. Kali kedua (1971), hanyut di pusingan pertama. Kembali ke Sandakan, saya masih diberikan tawaran untuk menyanyi di radio dan tv. Untuk "menambah-nambah"  saya terima pelawaan itu. Saya mengambil bahagian dalam Pertandingan Bintang Kinabalu anjuran USNO. Saya menjadi johan. Tak ada hadiah wang tunai!
 
 Saya menyertai Bintang RTM dalam rentak baru dan Talentime bahagian kadazan 1972. Semuanya kerana wang. Saya mendapat tempat pertama dan mewakili Sandakan ke peringkat Negeri dan tempat kedua dalam bahagian kadazan (makhraj tak baik, kut.) Di peringkat negeri saya mendapat naib johan dan dapat mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan. Keputusan itu agak kontroversial juga di Sandakan. Saya tak kisah, janji dapat ke KL. Dengan izin Allah, saya menjadi johan walaupun melalui cabaran yang perit. Semasa raptai, saya yang terakhir. Pulang ke hotel dah gelap. Hanya sempat untuk mandi dan tukar pakaian. Hotel tempat kami menginap yang tak ada bintang. Turun ke bawah, saya sempat beli kueh terang bulan dan oren dua biji sebelum van tiba. Di dalam van itu saya makan kueh terang bulan (apam balik) itu. Sementara menunggu acara bermula, saya sempat mengopak oren dan dapat membasahi tekak. Mana ada mineral/drinking water masa itu. Memang sukar juga menyanyi dengan orkestra kali pertama. Apatah pula lagu Tiga Malam itu berentak asli pada awal lagu. Sebagai johan saya mendapat wang tunai RM 1,000 sahaja. Tak ada piala, kecuali piala pusingan.
 
Wang satu ribu itu tidak saya sentuh. Dengan wang bayaran rakaman semasa raptai itu saya dapat beli sebuah beg "james bond" atau brief case untuk keperluan bermesyuarat di KK. Sebelum itu kalau ada mesyuarat di KK saya bawa beg kanvas ibu saya belikan di "pasar atas" Sandakan. Wang RM 1,000 itu kami gunakan untuk beli papan menggantikan dinding rumah yang usang!
 
Semasa perayaan menyambut kemerdekaan 10 tahun Sabah, saya menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Juga kerana duit. Kalau tidak, saya tak menyertai semuanya. Saya johan dalam pertandingan menulis rencana ketiga-tiga peringkat, daerah, bahagian dan negeri. Dalam pertandingan cerpen, saya setakat menang di peringkat daerah. Di peringkat bahagian mendapat tempat kedua. Dalam pertandingan syarahan dan berbahas mendapat tempat kedua di peringkat negeri. Pasangan saya berbahas ialah (Datuk Abd. Malek Chua). Memang dari dulu dialah kawan dan dialah "musuh:. Semasa di sekolah menengah, dalam pertandingan peringkat sekolah kami bersaing, tetapi satu kumpulan dalam bahagian terbuka.Semasa majlis penerimaan hadiah, piala-piala Hj. Malek dan saya memenuhi meja kecil ketika kami bergambar bersama... piala itu satu bukti pencapaian, tapi wang yang saya peroleh juga penting. Keadaan "susah" itu menyebabkan saya seperti menjadi hamba wang! Namun saya tetap bersyukur kerana saya tidak pernah melakukan penipuan sekecil mana pun, selain menggunakan bakat yang Allah berikan kepada saya.
 
Waktu kini menunjukkan pukul 8.04 malam, empat minit lewat dari had masa yang saya tentukan.  Apa pun, berada di pejabat waktu begini benar-benar menimbulkan mood  menulis dan nostalgia ketika hidup jauh lebih susah daripada  yang sekarang. Memang sekarang pun banyak ujian selain daripada persoalan materialisme. Apabila saya berada di kalangan tokoh, saya terasa out of place. Bagaimana peritnya mendengar mereka bercerita tentang pengalaman dan cita-cita untuk melangkah lebih jauh dalam bidang keilmuan mereka...dan yang sangat pahit apabila ditanya, "You daripada universiti mana / You graduate kat mana?" Situasi seperti ini dan yang seumpama dengannya membuat saya teringat dua pucuk surat yang tidak kubalas tiga puluh tiga tahun yang lalu!!
 
Semua surah yang ada di dalam Quran itu sama. Mungkin ada yang menjadi berlainan disebabkan situasi tertentu, seperti Yaa sin, Ayatul kursi dan Al Ikhlas. Saya lebih banyak membaca Al Insyirah ketika berjemaah dengan keluarga.Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kelapangan. (Adinda Makbul barangkali pun masih ingat.  Tetapi Hj. Ismaily cenderung kepada ayat Al Humazah).
 
Memang banyak nak dikatakan tentang hidup susah. Susah bukan sekadar dari aspek memenuhi keperluan seharian. Sekarang ini pun dari segi tersurat memang tidak ada yang susah. Tapi jauhari mengenal manikam. Petang tadi saya terjumpa seorang sahabat saya dan orang kanan saya dalam Warisan. Dia menyebut perkataan "susah" yang merujuk cabaran terkini dalam hidup saya. Itulah sahabat sejati.
 
Saya tidak tahu, selain Elwan, berapa orang yang akan membaca coretan yang berjala-jela ini, namun saya pasti cucu-cucu saya akan membaca omelan datuk mereka kerana sesuatu itu akan menjadi berharga setelah orang yang menciptanya sudah tiada. Kepada yang lain, kini dapatlah memahami peristiwa di sebalik beberapa puisi dalam Taufan.
              
 Pukul 8.45 malam, Ahad, 20 Februari, 2005 

----- Original Message -----
From: elwan howie <howie_a29@...>
To: <KEMSAS@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, February 15, 2005 9:23 PM
Subject: Re: [KEMSAS] - Persuratan (Tawau) ELWAN

> Sungguh baik pakcik ABM kepada saya. Insyaallah, Anak
> kecil ini akan tiba juga ke Sandakan untuk bersastera
> di sana. Jangankan rumah kampung, bawa jambatan pun
> anak kecil ini sanggup berbaring demi kemajuan sastera
> negara.
>
> Dari kecil lagi saya telah didik hidup susah hinggalah
> hari ini, saya tak kisah dengan keperitan yang sering
> menghinggapi perjuangan orang sastera. Demi cita-cita
> saya tidak akan berhenti, kerna saya tahu bukan mudah
> mencorak masa depan menjadi insan cemerlang Gemilang
> dan Terbilang
.
>
> Terima kasih kepada Pakcik ABM sekali lagi. Waktu ini
> saya sedang cuba menyiapkan sebuah novel untuk di
> kirim ke RYTHM Publication.
>
> semoga kita terus berkarya.
>
> salam sayang dari anak  kecil
> Semut Jingga
> Tawau.
>
> --- "A.B.M. Fajeer" <MohdFajeer.AgBesar@...>
> wrote:
>
> >
> >    Saya baca dah biografi itu. Elwan lahir dalam
> > tahun 1980. Anak pertama
> > saya lahir dalam tahun 1974, yang kedua, di
> > Sebatik(!), 1977 dan yang
> > keempat 1981 (yang lelaki-lelaki). Jadi,
> > kira-kiranya kena "panggil"  saya
> > "uncle"! Takpa, mana-mana pun boleh. Saya buat
> > tulisan itu pada 8hb dengan
> > harapan akan sempat dibaca oleh elwan sebelum saya
> > ke Tawau esoknya.
> > Malangnya, selepas saya "send" tentang Kraken Wakes
> > itu, perkhidmatan e-mail
> > tergendala. Hari itu kita cuti setengah hari kerana
> > menjelang Tahun Baru
> > Cina. Saya menggunakan e-mail rasmi. Tergendalalah
> > yang kisah Tawau tu. Saya
> > hubungi sdr Hasyuda. Dia bagi no. h/set Elwan....
> > tapi sampai saya balik ke
> > Sandakan off terus!
> >
> > Saya tertarik kepada minat Elwan dan teringat akan
> > diri saya sendiri dulu.
> > Ketika berusia belasan tahun saya sudah "ikut-ikut"
> > dengan penulis-penulis
> > yang sudah dewasa dari segi umur dan pengalaman -
> > Kembara Muda, Monosari,
> > Saroja, OmIbraadl, Sayudin Ali, Roza, dan Ismail B.
> > Mereka mengalu-alukan
> > kehadiran saya, kadang-kadang saja dibuli oleh
> > Kembara Muda! Tapi dia juga
> > yang banyak "memanjakan" saya! Agaknya kerana itu
> > saya ada "daya ketahanan"
> > untuk terus berada "di sini" hingga kini. Itu yang
> > nak saya tiru dan lakukan
> > kepada Elwan! Saya berasa lebih terharu apabila
> > Elwan menyatakan tiada kawan
> > dan aktivis di sana. Warisan setiap tahun buat
> > aktiviti Diskusi Sastera dua
> > tiga kali dan baca puisi. Diskusi Sastera itu
> > merupakan aktiviti Warisan
> > yang pertama selepas didaftar dalam tahun 1981.
> > Kerana itu kami kekalkan
> > namanya sehingga sekarang walaupun saya sendiri tak
> > berapa minat dengan yang
> > ada "si" itu (maksudnya daripada Inggeris.)
> >
> > Kalau kita ada aktiviti di sini, kita akan pelawa
> > Elwan datang. Naik bas
> > saja pun boleh. Saya drive hari itu tak sampai 5
> > jam. Boleh menginap di
> > rumah saya, rumah kampung biasa saja. Asal bisa
> > tidur saja, kan! Kalau kita
> > jumpa, benda yang saya nak beri Elwan ialah Majalah
> > Pesta 1978 (Elwan, waktu
> > tu di mana ya?!) Menulislah.
> >
> >
> >
> > From: elwan howie <howie_a29@...>
> > To: <KEMSAS@yahoogroups.com>
> > Sent: Sunday, February 13, 2005 8:57 PM
> > Subject: Re: [KEMSAS] TERKENANG SEMASA DULU -
> > Persuratan (Tawau)
> >
> >
> > >
> > > Assalamualaikum abang ABM Fajeer. Rasanya abang
> > bisa
> > > membaca serba sedikit biodata saya di Biografi
> > para
> > > penulis sabah terbitan DBP 2004.
> > >
> > > Terima kasih untuk semua fakta perkembangan
> > sastera
> > > daerah Tawau, yang abang berikan kepda saya.
> > Rasanya
> > > selepas membaca semua itu saya rasa berbangga
> > kerna
> > > sekurang-kurangnya daerah ini (Tawau) perna jadi
> > salah
> > > satu medan pembangunan bahasa Melayu dan Sastera.
> > >
> > > saya sekali adik baru membuka email ini dan kerana
> > > kelewatan ini saya tidak dapat menghubungi abang.
> > > Kalau tidak kita bisa berbual rancak membicarakan
> > > tentang sastera di daerah ini. sesungguhnya
> > pengalaman
> > > dan kisah dari abang sangat saya harapkan bagi
> > > menyuntik semangat perjuangan saya untuk menjadi
> > salah
> > > seorang pejuang sastera dan bahasa.
> > >
> > > Saya tidak punya kawan yang komit dengan aktivitas
> > > sastera di daerah ini. Mungkin sebab itulah saya
> > rasa
> > > sunyi di daerah ini, akhir saya terpaksa setiap
> > tahun
> > > ke KK untuk bertemu rakan -rakan di sana.
> > >
> > > bagaimana jika kementerian belia dan sukan bersama
> > > DBPCS mengadakan aktiviti sastera di daerah ini
> > > sempena hari merdeka. Apa pandangan Abang. Kita
> > turun
> > > ramai-ramai berdeklimasi disini. macam mana?
> > >
> > >
> > > Salam perjuang dari adik
> > > Semut Jingga
> > > Tawau.
> > > --- "A.B.M. Fajeer"
> > <MohdFajeer.AgBesar@...>
> > > wrote:
> > >
> > > >
> > > > Maaf, saya lari dari kerancakan bicara tentang
> > > > tsunami untuk meladeni nostalgia saya. Saya
> > > > mengikuti
> > > > tulisan-tulisan elwan @ semut jingga dengan
> > > > biasa-biasa saja sehingga yang berkaitan dengan
> > > > saranan agar DBPCS menoleh-noleh juga ke Pantai
> > > > Timur Sabah, khususnya Tawau. Saya respond
> > kepada
> > > > tulisannya itu dengan menyampaikan jaminan
> > mantan
> > > > Pengarah semasa berucap di satu majlis anjuran
> > > > Warisan. Saya tidak tahu sebenarnya umur elwan,
> > > > tetapi dengan selalu menggelar dirinya sebagai
> > > > "adik", agaknya dia dalam peringkat remaja. Jika
> > > > demikian, saya ragu jika elwan berpeluang
> > menyoroti
> > > > beberapa hal yang berkaitan dengan sastera di
> > Tawau.
> > > > Inilah nak saya bicarakan di sini sekadar
> > > > mengemaskinikan pengetahuan elwan dan mungkin
> > > > pembaca-pembaca yang lain.
> > > >
> > > > "Melihat dari jauh" kelihatan kebelakangan ini
> > > > memang Tawau seperti layu dalam konteks aktiviti
> > > > sastera selain daripada kegiatan pementasan
> > RUSTA.
> > > > Lain halnya dalam tahun 60-an ke 80-an. Daerah
> > Tawau
> > > > sendiri telah melahirkan dan didatangi ramai
> > penulis
> > > > yang agak berwibawa. Yang terlintas di fikiran
> > saya
> > > > detik ini nama-nama  (Hj.) Hussein Kasau, Herman
> > > > Leiking, Linge Abdullah (Suriakanta) Jublee
> > Ibrahim,
> > > > Arfah Wahid, Y.Andamel, Muda Lesa, Mahpan, Misba
> > Ab,
> > > > Suriakanta, Amy M Nas dan dua  beradik Samsiah
> > dan
> > > > Maimunah Bahrun.  Banyak nama yang saya tidak
> > ingati
> > > > walaupun wajah mereka masih dapat saya
> > bayangkan.
> > > > Menurut Linge melalui satu tulisan, Perpesa
> > Tawau,
> > > > yang kemudiannya menjadi BAHASA pada awal 1970,
> > > > dipengerusikan oleh Murni S., seorang penulis
> > yang
> > > > aktif dalam tahun 60-an, yang saya sangka di
> > > > Semporna.
> > > >
> > > >  Ketika puisi Menggugat Zaman nukilan Monosari
> > dari
> > > > Sandakan dipilih puisi terbaik Sabah 1970,
> > cerpen
> > > > Hussin Kasau dari Tawau pula dipilih yang
> > terbaik
> > > > bagi kategori cerpen. Apabila Hadiah Sastera
> > Sabah
> > > > yang pertama diadakan, dan saya satu-satunya
> > dari
> > > > Sandakan penerima, Linge Abdullah dari Tawau
> > juga
> > > > menjadi penerima. Saya ditukarkan ke Tawau dalam
> > > > tahun 1974. Entah macam mana saya secara tidak
> > > > langsung terlibat dalam satu kumpulan untuk
> > > > menonjolkan (Datuk) Baharom Hj Abu Bakar
> > Titingan
> > > > sebagai Pengerusi BAHASA Tawau iaitu
> > "alternatif"
> > > > kepada incumbent Matin Datuk Hj Pandin (Mahpan).
> > > > Bagaimanapun usaha itu gagal. Namun rakan-rakan
> > > > Matin mencadangkan agar sebagai calon yang
> > gagal,
> > > > Baharom dipilih sebagai Naib Ketua secara
> > otomatik.
> > > > Begitu komprominya.( Kata-kata kita sekarang ini
> > > > "rapatkan barisan"). Yang mengusulkannya itu
> > > > Allahyarham Datuk Jaafar Hj. Ampong yang masa
> > itu
> > > > staf saya di Lembaga Bandaran Tawau (Pengurus
> > Dewan
> > > > Masyarakat). Kemudian saya dan Mohd. Yaakub Hj
> > > > Nasroh (Amy M Nas, Penerima Hadiah Cerpen
> > Terbaik
> > > > Sabah 1971) dicalonkan pula sebagai Setiausaha.
> > Saya
> >
> === message truncated ===
>
>
>
>
> __________________________________
> Do you Yahoo!?
> Read only the mail you want - Yahoo! Mail SpamGuard.
> http://promotions.yahoo.com/new_mail
>
>
>
>
>
> ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
> In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
> At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
> http://us.click.yahoo.com/S.QlOD/3MnJAA/Zx0JAA/FpYylB/TM
> --------------------------------------------------------------------~->
>
>
>
> Lawan Web Ikatan Penulis Sabah:
> http://webips.tripod.com
>
> Ingin menyertai IPS, sila e-mel kepada:
> ipenulissabah@... atau jasniykb@... atau melayari laman web
IPS.


Tue Feb 22, 2005 1:26 am

MohdFajeer.AgBesar@...
Send Email Send Email

Message #4998 of 10358 |
Expand Messages Author Sort by Date

... SURAT YANG TIDAK KUBALAS "aku kaku; suara dan penaku penampung nyawa" - 30 Disember, 71 (ms 25, Taufan) Sdr Abd Naddin menulis di sini 11 Februari lalu...
A.B.M. Fajeer
MohdFajeer.AgBesar@... Send Email
Feb 22, 2005
7:21 am

terima kasih.saya membaca sampai habis tulisan ABM itu. membaca kisah-kisah yang diperturunkan oleh ABM adalah satu peluang yang saya tidak akan lepaskan....
abd.naddin shaiddin
fawzantawfiq@... Send Email
Feb 22, 2005
12:59 pm

Saya pun membaca sampai habis. Siap 'print' lagi, sebab jenuh sangat mengadap skrin komputer. Berpinar mata. 'Print' pakai font Times Roman saiz 10 dan langkau...
Rem
rdambul Offline Send Email
Feb 22, 2005
1:59 pm

Saya membaca sebahagian kisah hidup sdr. Belum baca semua (terharu, kerana skrip hidup sdr. Hampir menyamai skrip kehidupan hamba) sebenarnya kita HEBAT,...
nadin
nadin@... Send Email
Feb 23, 2005
2:30 am

Waktu menghantar mesej ringkas (SMS) kepada Abang Fajeer semalam, saya menyatakan betapa catatannya ini termasuklah catatan-catatan yang sebelumnya, dihantar...
Hasyuda Abadi
hasyuda Offline Send Email
Feb 23, 2005
3:00 am

Assalamualaikum Sdra.ABM, Tahniah dan syabas buat Sdra,seperti Sdra Nadin dinding sukma saya tersentuh bila membaca naskhah Sdra.ABM,walaubagaimanapun selagi...
Sukare Saifudin
shukrisaifuddin Offline Send Email
Feb 23, 2005
3:56 am

Assalamualaikum, hati saya diruntun pilu membaca catatan saudara A.B.M Fajeer. Seharusnya saya memanggil dengan gelaran Pak Fajeer kalau boleh. Kalau tak silap...
mimi memmie
memmie77@... Send Email
Feb 24, 2005
5:36 am

... From: A.B.M. Fajeer To: kemsas@yahoogroups.com Sent: Monday, February 21, 2005 5:26 PM Subject: [KEMSAS] TERKENANG SEMASA DULU - Surat yang tidak kubalas ...
A.B.M. Fajeer
MohdFajeer.AgBesar@... Send Email
Feb 27, 2005
3:08 am

Terima kasih. Elwan yang "mendorong" saya menulis begitu. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi jika ada manfaatnya. ( Pukul 8.49 malam, 28 Feb.) ... From: Sukare...
A.B.M. Fajeer
MohdFajeer.AgBesar@... Send Email
Mar 1, 2005
12:39 am

Saya juga mengucapkan syabas kerana jelas sdra juga berjaya melalui hidup yang sama. Cuma kita berharap tidak dilihat bahawa kita komplen kepada Tuhan akan...
A.B.M. Fajeer
MohdFajeer.AgBesar@... Send Email
Mar 1, 2005
12:40 am

Terima kasih kerna menghormati saya. Memang wajar panggilan itu kerana Lenny sebaya dengan anak saya.Namanya Mohd. Fairudeen. Baru berkahwin beberapa bulan ...
A.B.M. Fajeer
MohdFajeer.AgBesar@... Send Email
Mar 1, 2005
12:40 am

Assalamualaikum, terima kasih Pak Fajeer. Benar, saya baru melihat kembali catatan dan gambar lama. Tolonglah sampaikan salam saya kepada Fairudeen (Papai)....
mimi memmie
memmie77 Offline Send Email
Mar 7, 2005
3:10 pm
Advanced

Copyright © 2010 Yahoo! Inc. All rights reserved.
Privacy Policy - Terms of Service - Guidelines NEW - Help