Search the web
Sign In
New User? Sign Up
KEMSAS · KELAB MAYA SASTERA ALAM SABAH

Group Information

  • Members: 102
  • Category: Writing
  • Founded: Jan 29, 2001
  • Language: English
? Already a member? Sign in to Yahoo!

Yahoo! Groups Tips

Did you know...
Hear how Yahoo! Groups has changed the lives of others. Take me there.

Messages

  Messages Help
Advanced
TERKENANG SEMASA DULU - KRAKEN WAKES   Message List  
Reply Message #4894 of 10358 |
 
 
 
Coretan saya ini mungkin sedikit basi walaupun kata-katanya lama terkurung di benak. Semasa saya di Tingkatan Dua (1966), salah satu buku yang digunakan bagi mata pelajaran Literature ialah novel Kraken Wakes. Saya tak berapa cenderung mengikuti novel ini yang mungkin dalam versi ringkas (untuk teks sekolah), namun kerana ia menentukan "masa hadapan" (markah dikira!) terpaksalah menghayati kuliah guru orang putih yang saya tak pasti jika ia orang Amerika kerana namanya agak ganjil, Miss Glowacki. Novel ini menceritakan kisah makhluk luar dunia  yang mengocar-ngacirkan alam ini. Ia bermula dengan "ketibaan bebola api" yang menembusi langit dan hilang di lautan. Bom digugurkan ke laut menyebabkan makhluk tersebut membuat serangan balas. Kapal-kapal tenggelam tanpa sebab, maka kapal-kapal pun berlayar di tempat agak tohor. Terjadi bah melanda dunia. Iklim juga berubah-ubah. Jelas makhluk tersebut ingin menawan dunia dengan mencairkan kutub (melting the polar ice.)
 
 Saya memang meminati Literature. Semasa di Bridge Class kami membaca buku Tales from The Arabian Nights dan Treasure Island; dan di Tingkatan Satu saya sudah membaca Tales of Two Cities,  Moby Dick, dan lain-lain yang tak saya pasti mana yang jadi text books dan mana bacaan masa lapang yang dipinjam dari Library. Saya minat membaca cerita-cerita seperti The Three Musketeers dan The Prince and the Pauper dibandingkan dengan Kraken Wakes kerana walaupun semuanya fiksyen, namun yang lain-lain itu "lojik", tak seperti Kraken Wakes. Begitu "fikiran budak-budak" saya yang terbawa-bawa ke peringkat memasuki alam dewasa iaitu semasa mulai menulis. Saya tak berminat menulis cerpen yang berbentuk absurd kecuali apabila satu masa saya kecewa dengan manusia di sekeliling saya lalu menulis cerpen Egoisme yang mempersonifikasi egoisme.
 
Apabila maklum tentang tsunami, saya menjadi berminat untuk membaca Kraken Wakes semula untuk mengetahui jalan cerita bagaimana air laut boleh menenggelami dunia.  Saya membongkar almari dan kotak-kotak di rumah saya, mencari buku Kraken Wakes. Malang, saya tak menemuinya. Apapun saya menyedari bagaimana di sebalik absurdisme dalam karya sastera khususnya prosa, ada juga realitinya walaupun tidak tertera secara kata demi kata yang dinukil oleh penulis. Saya "masuk" internet dan agak terkejut juga rupa-rupanya Kraken Wakes itu sebuah buku popular hingga kini yang diberikan rating oleh pembaca. Atas kesuntukan masa (hanya dapat menelaah perkara-perkara begini dalam internet semasa waktu rihat tengah hari saja kerna tak ada kemudahan serupa di rumah) saya tak dapat mengikutinya dengan luas, cuma mengetahui ia di  beri rating kebanyakannya empat bintang, ada juga lima dan paling rendah tiga bintang.
                                                                                                     
Sebelum berlaku tsunami saya terbaca (dan menyimpan keratan akhbar Berita Harian, tetapi tercicir), di tempat tertentu kelihatan bebola api jatuh dari langit.  Semasa minum-minum dengan seorang YB di Gerai Bumiputera di sini seminggu lebih lalu (kebetulan Hj Ismaily di meja yang berlainan!) YB tersebut mengisahkan kepada saya berita yang didengar dari tv tentang glasier bergerak 2 km sehari dari Kutub Selatan dan jika ia pecah menjadi air, air itu boleh menjadi minuman penduduk Saudi Arabia selama 80 tahun!
 
Tsunami meninggalkan kesan kepada kita semua. Saya juga terlibat di Bilik Gerakan Polis semasa riuh tentang gegaran yang berlaku di negeri ini dua tiga hari lepas. Kepada saya, ia  membawa kenangan kerana saya sangat akrab dengan laut. Kerana itu ada Taufan! Peristiwa itu juga membawa saya mencari semula novel yang saya maksudkan dan teringat bagaimana hati saya menolak kisah-kisah seperti itu. Akhir sekali, saya dapati dalam tahun 2000/2001, novel ini dibaca setiap malam di Radio 7 BBC Digital selama setengah jam setiap malam... teringatlah Kebun Pak Awang dan Siti Zubaidah!!
 


Tue Feb 8, 2005 10:27 pm

MohdFajeer.AgBesar@...
Send Email Send Email

Message #4894 of 10358 |
Expand Messages Author Sort by Date

Coretan saya ini mungkin sedikit basi walaupun kata-katanya lama terkurung di benak. Semasa saya di Tingkatan Dua (1966), salah satu buku yang digunakan bagi...
A.B.M. Fajeer
MohdFajeer.AgBesar@... Send Email
Feb 8, 2005
6:24 am

saya terpanggil bila mana A.B.M Fajeer ( abang ) dalam memperkatakan tentang novel bertajuk " kraken wakes " yang pernah di ajar oleh gurunya pada tahun 1966,...
musafir_juta Offline Send Email Feb 8, 2005
11:35 am
Advanced

Copyright © 2010 Yahoo! Inc. All rights reserved.
Privacy Policy - Terms of Service - Guidelines NEW - Help