Bagi pihak moderator ex-STTJ@yahoogroups.com, saya mengucapkan SYABAS
dan TAHNIAH kepada semua ahli groups yang berdaftar. Komitment dan
semangata ANDA semua dalam mengeratkan ikatan silaturrahim dan
persaudaraan biarpun telah bertahun-tahun terpisah dan membawa haluan
kehidupan masing-masing setelah berakhirnya alam persekolahan di bumi
STTJ yang pernah mempertemukan kita semua dulu, diharap dapat
dimanfaatkan ke arah kebaikan dan penuh keikhlasan dan kejujuran.
Saya benar-benar berharap agar semua warga ex STTJ yang
berlainan batch, usia, negeri dan bidang pendidikan dan pekerjaan,
dapat mengunakan platform ex-STTJ@yahoogroups.com ini bukan sekadar
untuk ikatan ukhuwah, berbicara, mengenali dan menyampaikan berita,
tetapi juga lebih jauh lagi dapat membentuk keperibadian jatidiri,
peluang pekerjaan, jaringan perniagaan dan sebuah keluarga yang dapat menyumbangkan sesuatu yang berharga buat semua ahli ex STTJ.
Saya amat menghargai pandangan dan pendapat masing-masing kerana
saudara/i semua mampu menjana tajuk perbincangan dan topik perbualan
yang saya percaya boleh membuka minda dan kebolehan berfikir secara
matang, berilmu dan berwibawa. Bersesuaian dengan apa yang telah bumi
STTJ pernah didik dan ajar kita dulu, bukan?
Untuk itu saya memberi peluang kepada semua untuk kita sama-sama fikir
dan merelaisasikan apa-apa sahaja program yang boleh digerakkan secara
bersama semua batch dan ahli berdaftar ex STTJ ini. Idea dan pandangan
ada boleh terus diemaillkan kepada saya atau kepada semua ahli untuk
kita sama-sama pertimbang dan menjayakan yang mana baik dan
bersesuaian. Insya'ALLAH.
Akhir kata, jangan mengharapkan apakah sumbangan yang ex STTJ sediakan
pada kita kalau kita sendiri tidak mahu menyumbangkan idea dan buah
fikiran yang bernas dan proaktif untuk menggerakkan aktiviti ex STTJ.
SALAM BUAT SEMUA
MANSOR ADAM
012-3753082
mansoradam_pgtm@yahoo.com