Skip to search.
Barisan-Alternatif · Justice for All Malaysians -

Group Information

? Already a member? Sign in to Yahoo!

Yahoo! Groups Tips

Did you know...
Message search is now enhanced, find messages faster. Take it for a spin.

Messages

  Messages Help
Advanced
Sisters in Syaitan (SIS) lebih sesat dari Al-Arqam   Message List  
Reply Message #4548 of 4582 |

Sisters in Syaitan (SIS) lebih sesat dari Al-Arqam.
Mengapa Al-Arqam di HARAMkan tapi SIS dihalalkan bebas untuk menyesatkan Umat
Manusia Islam ???
JAWABAN: Kerana SIS di anggotai oleh anak-beranak 2 bekas PM Malaysia dan
ramai ahli-ahli UMNO Baru yang munafiq dan murtad.



Penjelasan Khalid Samad persoalan usul Sisters in Islam (SIS) 
Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)

Kebelakangan ini banyak yang disebut berhubung persoalan usul Sisters in Islam.
Oleh kerana ianya merupakan usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan
Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam yang bersidang pada 12 April 2009, saya
kira adalah wajar penjelasan lanjut diberikan bagi menghuraikan isu ini.
Iklan   
   
   

Seterusnya pada 23 April 2009 jam 9.00 malam mesyuarat AJK kawasan diadakan dan
usul-usul dibincang. Pada masa itu saya telah membaca usul Dewan Muslimat
Kawasan dan saya menyatakan usul ini perlu diubah ayat-ayatnya kerana kelihatan
agak keras dan cenderung kepada penggunaan kuasa.

Usul itu perlu menzahirkan kecenderungan PAS untuk berbincang, berhujjah dan
berinteraksi, bukan menghukum, mengharamkan atau menyekat dan menahan, jelas
saya lagi. Ahli mesyuarat bersetuju dan usul itu dikembalikan untuk diubah.

Saya menegur susunan ayat tersebut kerana sikap yang mementingkan usaha dakwah
dan bukan menghukum adalah sikap yang lebih menepati kaedah Islam. Ini kerana
kita semua tahu ayat 125 Surah An-Nahl yang bermaksud :

"Serulah kepada jalan Tuhan mu secara hikmah dan contoh dan kata-kata yang baik
dan berhujjahlah dengan mereka dengan cara yang terbaik�"

Ayat ini jelas memberikan penekanan kepada persoalan hikmah atau kebijaksanaan,
contoh dan kata-kata yang baik serta penghujjahan secara yang terbaik. Ianya
merupakan kaedah-kaedah yang menekankan 'persuasion' atau 'usaha mengajak dan
meyakinkan' dan bukan kaedah 'coercion' atau paksaan.

Sambil itu kita juga melihat bagaimana dalam sejarah Islam telah wujud banyak
ketika di mana fahaman-fahaman yang menyeleweng telah muncul dan bagaimana
penyelewengan ini telah dihadapi oleh para Alim Ulama� Islam dengan
penerangan, pengupasan dan penghujjahan yang tepat dan padu.

Kisah hidup Imam Al-Ghazali (RahimahuLlah) di mana beliau berhadapan dengan
golongan ahli falsafah yang terpengaruh dengan falsafah Yunani termasuk
Aristotle dan golongan Batiniyyah telah diketahui umum. Imam Al-Ghazali telah
mengarang kitab-kitab seperti 'Maqasid Al-Falaasafah', 'Tahaafut Al-Falaasafah'
dan sebagainya untuk memerangi pemikiran ini. Begitu juga beliau mengarang
'Al-Mustaz'hiri' untuk mendedahkan penyelewengan golongan Batiniyyah.

Usaha untuk memaksa ummat Islam berpegang kepada satu fahaman pernah dilakukan
pada zaman Khalifah Al-Mu'tasim. Pada masa itu golongan Mu�tazillah yang
berkuasa dan dengan sokongan Al-Mu'tasim, mereka berusaha untuk memaksa ummat
Islam menerima fahaman mereka. Berlakulah kisah penjara dan sebat ke atas Imam
Ahmad Ibn Hambal. Adalah amat jelas, mereka ini bukan contoh ikutan kita.

Berdasarkan hujjah-hujjah sebegini maka dipersetujui untuk usul itu diubahsuai.
Malangnya ianya tidak dilakukan dan apabila tiba masa untuk menyerahkan
usul-usul kepada PAS Pusat, bentuk yang asal telah diserahkan.

Tidak setuju pendirian SIS

Pindaan yang dicadangkan oleh saya dan diterima oleh mesyaurat pada malam itu
tidak menafikan bahawa ada banyak yang kita tidak setuju dengan pendirian
Sisters in Islam. Ada yang kita rasa jelas bercanggah dengan syariat itu sendiri
dan kita masih tetap berpendirian begitu. Namun apa yang penting ialah soal cara
atau 'uslub' dakwah yang bersesuaian dengan Islam, bersesuaian dengan kaedah
menerang, mengupas, berhujjah dan meyakinkan pihak pendengar. Bukan menghukum
dan menggunakan kekuasaan untuk menyekat dan memaksa.

Petang semalam, pada jam 2 petang 14 Jun, telah diadakan satu sidang media di
mana perkara ini telah cuba saya jelaskan. Walaubagaimanapun, saya tidak tahu
apa yang akan tersiar pada pagi ini dan apa pandangan masyarakat terhadap
penjelasan yang telah dibuat semalam.

Namun biarlah saya mengaku tersilap dari cuba menutupnya dan dengan mengaku
kesilapan ini dapat membuka ruang untuk membuat penjelasan sejelas-jelasnya
berhubung sifat dan kaedah Islam membawa perubahan di dalam sesebuah masyarakat.
PAS tidak cenderung kepada paksaan dan pengharaman, tetapi cenderung kepada
perbahasan dan penerangan!

Kesilapan saya adalah tidak menentukan usul itu diubahsuai sebelum ianya
dihantar dengan usul-usul lain ke pihak Pusat. Hakikatnya, saya pun sebenarnya
terlupa perkara ini sama sekali sehinggalah ianya ditimbulkan pada hari terakhir
Muktamar oleh seorang pemberita. Pada hari itu barulah saya teringat kembali
akan isu usul berkanaan dan bagaimana ianya sepatutnya diubahsuai.

Ada pula yang bertanya, "Adakah perlu tuan meminta maaf kepada Sisters in
Islam?" Saya menjawab kalau perlu saya meminta maaf, ianya adalah kepada PAS
kerana telah memberikan peluang pihak lawan memburuk-burukkan kita dengan
tuduhan-tuduhan 'cenderung memaksa'.

Seterusnya PAS Shah Alam akan menulis kepada PAS Pusat untuk menjelaskan bahawa
usul tersebut adalah berbentuk asal sebelum diubahsuai. Pengubahsuaian perlu
supaya menjelaskan kehendak sebenar yang ingin dibawa, iaitu supaya Majlis Fatwa
Kebangsaan menyelidik dan mengkaji pendirian Sisters in Islam berhubung beberapa
isu dan membetulkannya sekiranya didapati bertentangan dengan syariat Islam
melalui proses perbahasan dan pengupasan yang jelas dan meyakinkan semua pihak.
Persoalan pengharaman dan pemulihan ahli tidak merupakan matlamat disebalik usul
berkenaan. - azm _









Wed Jun 17, 2009 11:25 am

salmahumno
Offline Offline
Send Email Send Email

Message #4548 of 4582 |
Expand Messages Author Sort by Date

Sisters in Syaitan (SIS) lebih sesat dari Al-Arqam. Mengapa Al-Arqam di HARAMkan tapi SIS dihalalkan bebas untuk menyesatkan Umat Manusia Islam ??? JAWABAN:...
salmahumno@...
salmahumno Offline Send Email
Jun 17, 2009
11:26 am
Advanced

Copyright © 2010 Yahoo! Inc. All rights reserved.
Privacy Policy - Terms of Service - Guidelines NEW - Help