Selamat Datang ke halaman e-Group BAKA SERI/ SEMI ABIM Sg. Ramal Dalam. E-group ini bertujuan untuk menjadi alat perhubungan dan perkongsian maklumat antara ahli-ahli BAKA. Ruang ini khusus kepada ibu-bapa dan guru-guru Sekolah Rendah dan Menengah Islam, Sungai Ramal Dalam, Kajang sahaja.
Nama penuh BAKA ialah Badan Keluarga Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Menengah/ Rendah Islam ABIM yang beralamat di Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tiap-tiap ibubapa dan guru di sekolah adalah secara automatik menjadi ahli BAKA SERI/ SEMI. Namun, untuk menjadi ahli e-group ini, sila nyatakan nama dan kelas anak yang belajar di SERI atau SEMI ABIM.
Harap maklum bahawa BAKA dan lebih-lebih lagi ruang e-group ini adalah badan yang terdiri secara majoriti oleh ibu-bapa. Oleh yang demikian, makluman mengenai aktiviti sekolah akan terus dibekalkan oleh pihak sekolah kepada ibu-bapa. Sebarang pengumuman oleh pihak sekolah menerusi ruang ini adalah terletak kepada budi-bicara pihak sekolah.